.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, May 17, 2019

Tajuk 1364 : Air mata gugur lagi...




Semalam... aku menerima satu pesanan jauh nun di utara utk bertanya beberapa soalan. PG tersebut diberikan 12 bulan kerana mendapat major correction. SV beliau sendiri 'tidak arif' tentang isu methodologi yang perlukan correction tersebut kerana melibatkan kuanti dan kuali sedang beliau lebih kepada 'content'.

Oleh kerana saya tidak tahu apa yang berlaku, maka saya minta dia buat WA call. Sedar tak sedar.. berlansunglah perbincangan hampir 2 jam.


Ini beberapa pengajaran:

1. Panel bila memberikan komen, inginkan PG menjelaskan dengan lebih mendalam aspek yang ditulis, tidak semestinya perkara tersebut salah dan perlu ditukar dgn aspek lain. Cuma betulkan dgn menulis secara kritis.

2. Isu Likert scale, para dan non-para analisis adalah grey area, maka perlu disokong dengan kajian / tulisan / kupasan oleh expert yang well known dalam isu tersebut (spt penulis buku), bukan dari artikel2 yang authornya setaraf dgn kajian anda.

3. Bila melibatlan sampling, tidak cukup menyatakan ia cluster atau stratified tetapi jelaskan apa yang dilakukan sehingga menyakinkan pembaca ia satu proses randomization.

4. Kajian kualitatif bukan sekadar memetik 'quotation' itu dan ini tetapi perlu mengikuti dgn prosidur spt Thematic Analysis atau Document Analysis. Kalau Thematic Analysis perlukan 5 langkah dari familiarizing with data.. searching for themes, reviweing themes, defining and naming themes hinggalah producing the report. Tunjukkan proses ini diikuti sepenuhnya.

5. Alhamdullillah... kerana persoalan yang ditanya berada dalam pengetahuan saya, maka bolehlah saya jelaskan satu persatu .. hingga kelihatan wajah suram bertukar ceria..

6. Tentunya part akhir paling syahdu. Dia "MERAYU" utk membayar RM300 sejam atas perbincangan di atas kerana pernah membayar personal consultation seorang pensyarah dgn harga yang sama sebelum itu.

6. Lebih syahdu lagi, dia menangguh2kan utk tidak bertanyakan hal ini kepada saya kerana dia TAKUT saya tidak menerima bayaran kerana sangkaannya setiap pertemuan dan perbincangan dgn pensyarah selain dari SV, pasti RM jadi sandaran. Namun selepas ding dong ding dong walaupun dah abiskan RM utk personal coaching tanpa nampak sinar .. dia beranikan diri utk WA aku.

7. Aku spt biasa, selepas menjelaskan apa yang aku tahu... aku menolak rayuan sebarang bayaran, dan tentunya lebih mengejutkan lagi, atas apa yang dihadapi, aku hadiahkan pula buku Nipis Tapi Kritis utk membantu beliau menjawab beberapa persoalan yang ditanya.

8. Tiada apa yang lebih menggembirakan.. dari melihat air mata gugur lagi... gugur kerana kegembiraan dan rasa syukur! Aku cuma tumpang gembira... gembira kerana mengembalikan apa yang Allah anugerahkan.... kepada yang lebih memerlukannya...

OT


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...