1. Anda perlu explore sebab tajuk anda tentunya unik.. explore dari databases dan Mendeley. Explore secara sistematik, bukan buka google schoolar macam tu jer. Kena tahu primary keyword, secondary keyword, shared keyword... field of publication dll. Jgn main taram je
2. Anda tak ada pengalaman maka bina group utk saling bertukar pengalaman. Ini adalah SYNERGY ! Sapa yang kata PG is a lonely journey adalah mereka yang tinggal di lonely planet. Skit2 nk down... down to earth tak kena tempat
3. Anda dan rakan berbeza SV.. maka berkongsilah teguran dan pandangan masing2 SV. Kalau anda ada 3 kawan kamcing giler, spt anda ada 9 SVs yg anda boleh cedok pandangan mereka. Itupun kalau anda cari mereka ...
4. Berkongsi info bengkel analisis data utk dihadiri lebih awal dari senior... supaya tahu keperluannya. Jgn takut melabor masa dan skit kewangan kerana hasilnya sgt drastik... dan bombastik
5. Aturkan pertemuan kerap dgn SV diawal2 semester - crucial ! Tak perlu masa tertentu, tetapi tetapi paling tidak setiap bulan utk verify progress anda. Anda byr yuran ribu2 tau.... anda berhak dpt a gud supervision. Pertemuan mestilah ada 'substances' bukan touch-n-go... sampai ada yang driving 3 jam pergi balik, jumpa SV xsampai 30 minit dgn alasan ada meeting ! Demand for more meaningful discussion ma...
6. Blaja buat review article bila dah dapat tajuk... dan terlibat dgn atleast satu conference to feel the heat dalam bidang anda. Kalau dah 3 semester, satu conference / kolokium pun tak pernah tahu.... anda jenis tunggu bersuap dgn hal2 spt ini. Jgn salahkan SV sebab info berlambak dipasaran. Join jer kolokium IPTA/S lain... kadang2 RM50 jer dan lokasinya pun dekat dgn anda !
7. Jangka artikel yg bakal diterbitkan... tahu Scimago... tahu Clarivate...
Semua diatas adalah 'momentum' utk meletakkan anda dalam 'track' PG dan tidak tercicir atau menyimpang jauh lalu terpinga2... Anda bukan sahaja utk abiskan pengajian tetapi menceduk makna kesarjanaan. Kalau anda tak lalui sebahagian besar yang ditulis di atas... tentu ada yang memuyskilkan...
OT

No comments:
Post a Comment