.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, May 14, 2019

Tajuk 916 : Lagi2 pasal tebal...



Maaf klu cara berfikir aku ini tidak popular. Ramai yang kecoh2 PG mesti baca jurnal sampai beratus artikel.. "tak PhD kalau tak membaca sampai menangis.." dan cari sampai ke akar umbinya.. jadi kalau baca bukupun agaknya mestilah dari kulit ke kulit… malah kalau buat proposal mesti sampai beratus mukasurat sebelum boleh defense… LR dalam proposal pulak mesti tebal2, supaya sampai tahap PhD ! Kalau tidak... mana tahu PG tu ada pengetahuan tentang kajiannya?


Meh nk habaq sat... PhD dan research

1. Pengetahuan boleh dicari… malah ramai yang boleh membaca dan mendalami banyak perkara tanpa PhD pun... yang malang dah dapat PhD malas nak membaca..

2. PhD dan research tak dapat dipisahkan. Research adalah satu kemahiran unik. Membaca jurnal dan apa sahaja rujukan utk membuat research lebih bertujuan menjustifikasikan keperluan kajian yang dilakukan dgn menjurus hasilnya kepada sumbangan utk lebih memahami pengetahuan semasa / sedia ada.

3. Kemahiran membuat research dgn teliti dan memahami setiap langkah yang diambil serta aspek2 methodology itulah yang menjadi keperluan adanya research dalam PhD, bukan LR yang menjela yang perlu dicungkil beratus artikel sampai ke akar umbinya.

4. Proses membuat kajian inilah yang perlu diletakkan keutamaan.. dipantau utk dikuasai PG… dan sebahagian besar masa diperuntukkan utk kajian dijalankan dgn teliti… lalu meningkatkan validity dan significant dapatan utk dikongsi dalam jurnal berimpak tinggi. Sebab itu jugalah artikel2 high impact perlukan dapatan yang hebat dgn teori yang precise dan concise sahaja, cukup ditulis dalam artikel dgn beberapa helai pages ... bukan yang mnjela2 dan bergulung2 macam roti jala.

5. PhD tidak akan lebih baik dgn membaca ribuan artikel sehingga dicari asal usulnya tapi PhD yang baik berasaskan kajian dan pilihan bacaan yang teliti yang akhirnya memberi “wisdom’ dan ‘insight’ kepada pengetahuan yang ada, mempersiapkan diri sebagai independent researcher selepas bergraduat tuk terus meneroka potensi dalam bidang kajian !

6. Malah… tiada masalah pun kajian yang hanya berasaskan teori semasa yang simple tetapi dikaji secara teliti dan mendalam sebagai proses latihan menjadi researcher yang kompeten. Kajian PhD yang hebat2 banyak yang datang dari idea yang simple dan praktikal….yang menyumbang kepada kemajuan pengetahuan menuju masa depan.... bukan dari pembacaan meleret yg dibuat2 dan dipaksa2kan.. hanya kerana dogma "PhD mesti tebal".

7. Apa masalahnya tesis PhD yang relatively nipis tetapi menghasilkan dapatan yang lebih “outstanding” spt thesis di Jepun atau dissertation di US ?

OT


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...