.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, May 16, 2019

Tajuk 1301 : Mari belajar mensintesis ayat dengan suara sendiri...


Katakan ini empat artikel releven (dummy) yang anda baca dan fahami maksudnya tetapi kesemua artikel ini tiada kaitan secara lansung dengan tujuan pernyataan anda untuk menyokong kajian yang anda buat. Anda ingin menulis satu pernyataan yang menyokong perlunya kajian terhadap rekabentuk jalanraya di bandar dengan pengubahsuaian tertentu bagi mengurangkan risiko kemalangan penunggang motosikal.

 Ali (2014)
.... motosikal adalah kenderaan yang mampu dimiliki oleh golongan berpendapatan sederhana ……
 Baba (2014)
.... keadaan jalan yang sesak di bandaraya negara Asean, menjadikan motosikal sebagai pilihan utama penduduk untuk bergerak…..
 Chan (2016)
….. sehingga penggunaan motosikal menjimatkan 30% penggunaan bahanapi petrol kerana kapasiti injinnya yang kecil.
 Don (2015)
... penunggang motosikal terdedah kepada bahaya kecederaan apabila berlaku kemalangan walaupun memakai topi keledar akibat terhentak kepada kenderaan lain..


Berikut adalah perenggan dgn suara anda sendiri yang anda boleh tulis sdgn mensintesis idea dari artikel di atas utk kajian anda.

"Manusia memerlukan kenderaan untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan pelbagai tujuan. Oleh itu, memiliki kenderaan sendiri seperti motosikal dan kereta telah menjadi satu keperluan. Keperluan memiliki kenderaan telah menjadikan jumlahnya semakin bertambah di jalanraya terutama di bandar-bandar besar seluruh Malaysia. Penduduk bandar yang kebanyakkannya terdiri dari golongan berpendapatan sederhana telah memilih motosikal sebagai kenderaan utama (Ali, 2009; Baba, 2014) kerana faktor penjimatkan penggunaan petrol sehingga 30% (Chan, 2012) dan mudahnya pergerakkan motosikal walaupun dalam keadaan jalanraya yang sesak.

Pertambahan bilangan motosikal di jalanraya menyebabkan meningkatnya kadar kemalangan yang melibatkan penunggang motosikal walaupun mereka memakai topi keledar dengan sempurna (Don, 2001). Dengan ini, wujud keperluan untuk mengkaji pula rekabentuk jalanraya di bandar dengan cadangan pengubahsuaian yang berpotensi mengurangkan risiko kemalangan motosikal apabila berkongsi jalan raya bersamasama kenderaan lain."

Perhatikan tiada perkatan faveret ‘ia’, ‘ianya’, ‘ini kerana’. ‘di mana ianya’ dalam ayat di atas yg berlambak wujud dlm penulisan PG... ntah apa2..

OT


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...