.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, May 16, 2019

Tajuk 1297 : 10 sebab kenapa Postgraduate lebih DAHSYAT dari wartawan !


Hari2 anda menulis... membaca... cari dan kupas info... dan bercita2 supaya tulisan anda akan dipublish. Ini samalah macam kerja wartawan...

Percayalah...wartawan memang dahsyat.... tetapi anda sebagai PG LAGI dahsyat !


1.
Wartawan hasilkan tajuk tulisan orang ramai suka baca
Tajuk kajian anda pulak seboleh2nya tidak pernah orang baca

2.
Wartawan menganalisis maklumat dari macam2 sumber
Anda hanya boleh analisis maklumat dari sumber primer yang sahih sahaja

3.
Wartawan perlukan tulisan yang kreatif wpun tak novel
Anda perlukan tulisan wpun tak kreatif tapi mesti novel

4.
Wartawan pergi field work dgn krew naik van semua orang sambut
Anda pergi field work sorang2 sampai naik angin.. otak berserabut

5.
Wartawan kadang2 buat survey 2, 3 orang jer
Anda ambil responden wajib 2 ... 3 ratus orang

6.
Wartawan mesti MS OFFICE savvy
Anda mesti SPSS, NVIVO, AMOS, ATLAS.ti, Mendeley... savvy !

7.
Wartawan tulis berita berhari-hari
Anda tulis thesis bertahun-tahun

8.
Hasil tulisan wartawan kuar paper hingga ramai yang excited
Hasil tulisan anda kuar jurnal bukan setakat editor yg excited tapi ramai yg cited

9.
Selepas 4 tahun, wartawan jadi senior
Selepas 4 tahun.. anda dapat doktor.. perghh !

10.
Wartawan dijemput masa press conference
Anda jadi presenter masa conference !

Dahsyat tak?

Bonus..

11.
Tapi kan... klu anda wartawan yg buat PhD... tentu andalah yg terdahsyat... Lim Fheng Fheng

OT


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...