.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, May 16, 2019

Tajuk 1295 : Tukar fungsi SBP ? Ini idea baru?


Penubuhan asal SBP utk bantu anak2 yang 'pintar' (baca straight As) tetapi berada dalam persekitaran disadvantages terutama dari keluarga SES rendah dan luar bandar, dikhususkan kpd bumiputera utk maju dalam bidang esp sains.

Lama2 objektif ini cair... bila keta mewah mula membanjiri SBP utk menghantar anak masing2..

Pendapat aku tentang SBP?

Maka aku pun bertolak kepada objektif ASAL yang hampir sama spt di atas tetapi aku menulis tentang SBP sbg public education, maka keutamaan perlu kepada public..

1. Isu yang aku lihat bukan isu 5% murid 'pintar' dari kelompok keutamaan yang berebut2 ke SBP, tetapi 60% murid mediocre yang 'berpotensi' dari kelompok yang sama, yang ditinggalkan disekolah yang sama.

2. Aku tidak bimbang 5% murid pintar ini, tetapi lebih bimbangkan 60% yang juga ingin belajar sebagaimana 5% tersebut, tetapi tidak cukup 'pintar' utk mendapat As, walaupun 2A, 3B.

3. Jika alasan 5% ini perlu diselamatkan utk terus maju, tentunya alasan yang sama lebih valid utk kelompok yang lebih besar peratusannya.

4. Murid pintar mempunyai motivasi intrinsik maka persekitaran tidak banyak mempengaruhi mereka, sedang majoriti murid mediocre bergantung kepada motivasi ekstrinsik yang memerlukan intervention dan persekitaran yang memotivasikan.

5. Kalau memang 5% tersebut pintar, boleh sahaja diadakan program / intervention utk pastikan mereka terus 'pintar' disekolah yang sama, sambil fokus yang lebih, wajar diberikan kepada yang 'ingin belajar' tetapi tidak berapa 'pintar' dan yang ada LD serta tercicir.

6. Maka perkasakan sekolah harian perlu menjadi agenda utama, mendapat fokus dan keutamaan, dgn lebih perhatian kepada sekolah yang ada ramai murid dari kelompok 'disadvantages' supaya tindakan ini dilakukan kepada massa, bukan segelintir yang 'pintar'

Abis SBP nak dijadikan apa?

Ini soalan besar utk orang kecik macam aku nak jawab. Biarlah orang besar2 yang fikirkan. Apapun berikut adalah satu pandangan... dan kemungkinan...

7. Jadikan sahaja SBP sekolah berprestasi utk menggilap potensi murid berprestasi sederhana rendah tetapi berbakat / genius / tanpa mengira status keluarga.

8. Maka perlu ada satu ujian khas... atau apa sahaja.. termasuk assessment dari guru untuk memilih kumpulan ini. Maybe disyaratkan murid dibawah 2A sahaja yang menduduki ujian tersebut.

9. Kejayaan SBP akan lebih bermakna jika dapat menggilap potensi kumpulan ini... dan tentunya ibubapa yang ada anak straight As kurang bercakap tentang SBP, dan ibubapa yang anak mereka ke SBP plak tidak akan mewar2kan spt sekarang... bukan apa... takut plak orang tahu anak mereka dapat 2A dan ke bawah... tetapi tetap menaruh harapan SBP akan menggilap potensi anak2 mereka. Amacam ?

10. Namun, bayangkan kehebatan SBP yang menerima murid 2A dan ke bawah lalu menghasilkan peratusan lebih banyak As dalam SPM (ini dari segi akademik) misalnya, sedang yang dapat straight As disekolah biasa dijangka akan terus mengekalkan prestasi mereka.. dan yang tercicir terus diberikan perhatian

OT
Adenium aku bukan jenis stereotype sbb aku bukan giler.. tapi unik


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...