.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, May 16, 2019

Tajuk 1236 : Lima panduan umum tulis nombor dlm tesis / teks ilmiah.


1. Jika nombor <10 gunalah perkataan.. satu, dua, tiga… sembilan, one, two...

2. Jika nombor > 9 gunalah nombor…10, 11, 130, 13423….


Contoh:
Terdapat 120 anak yatim beragama Islam, lapan darinya keturunan Rohingya.

3. Jika digunakan dengan unit, tarikh atau apa2lah yang bersiri, gunakan nombor

Contoh:
Tingkatan 1, Semester 2, berumur 52 tahun, 25 km/jam, 1.22 mm, harijadi ke-15, Lorong 124, Tingkat 25 KLCC

4. Jika pengukuran dilakukan secara tepat, gunakan nombor

Contoh:
Setiap hari sejumlah 5 kg daging diberikan kepada harimau tersebut.

Sebanyak 1000 ringgit telah dikeluarkan untuk membaiki komputer.

5. Jika pengukuran adalah anggaran, gunakan perkataan

Contoh:
Dapatan awal menunjukkan sebanyak lima kg daging sehari diperlukan untuk membesarkan seekor harimau.

Anggaran seribu ringgit diperlukan untuk membaiki komputer tersebut.

Last ... jika digabungkan jadilah cam ni...sengaja aku panjangkan ayat ni utk lebih banyak info.

Contoh:
Dua buah lori yang sarat dengan lebih sepuluh ribu mercun berharga sekitar lima belas ribu ringgit yang disorokkan dalam 15 kotak kayu telah memecut dengan kelajuan 120 km/jam dan dianggarkan sampai ke destinasi dalam masa lima jam setelah melalui jarak sejauh 105 km.

Aku bukan pakar bahasa, tapi aku cubalah buat ikut pengalaman aku... kalau salah sila betulkan... supaya anda tak meraban ikut sukati jer bila melibatkan penulisan ilmiah.

OT


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...