1. Adanya 'problem' barulah adanya 'research', maka research problem (RP) adalah perkara pertama dan utama perlu difahami oleh PG.
2. Istilah yang digunakan utk mencari RP adalah FORMULATION atau IDENTIFICATION. Identification of RP membawa maksud mengenalpasti satu situasi / fenomena / concept yang berpotensi mendatangkan halangan (masalah) untuk mencapai sesuatu, yang memerlukan research untuk memahami dan mengurangkan halangan tersebut.
3. RP sebaiknya diminati oleh PG dan sumber RP boleh sahaja antaranya:
- latarbelakang pengalaman industri PG
- isu dan situasi semasa yang melingkari PG
- trend dalam sosial yang mudah diperhatikan
- initiative pelbagai pihak (spt STEM) yg perlukan kajian dari PG
- pemerhatian mendalam secara khusus sesuatu isu oleh PG
- perasaan ingin tahu PG thdp hubungan faktor-faktor atau sebab-akibat
4. Setelah mengenalpasti katakan isu dan situasi semasa seperti money-laundering, STEM Education, zakat dan entepreneur, pengurusan risiko bahan buang kimia dll yang berada dalam bidang pengetahuan PG, bolehlah masalah ini diformulasi utk memenuhi kriteria RP yang ada 3 ciri berikut:
a. researchable (ada rujukan dan asas theory)
b. doable (dapat disiapkan dalam tempoh pengajian)
c. rigorous (methodology dan analisis yang detail / mendalam)
Contoh:
Isu pendidikan STEM di Malaysia dan penurunan peratus murid terlibat dengan STEM, fokus kepada kelompok murid dari keluarga dalam kumpulan M40 kebawah (murid M40)...
Maka RP diformulasikan seperti:
a. Pendidikan STEM kurang diminati murid M40
b. Perlaksaan strategi pengajaran tidak mengambilkira situasi kognitif murid M40 ketika memproses maklumat
Dari masalah ini boleh di ubah dalam bentuk persoalan kajian..
a. Bagaimanakah teori pemprosesan maklumat berfungsi memberi kefahaman kepada murid M40 dalam STEM?
b. Bagaimanakah perkaitan dapat diwujudkan antara aktiviti pengajaran dan sistem pemprosesan maklumat murid M40 dari pandangan / konsensus pakar?
c. Bagaimanakah reka bentuk dan pembangunan kerangka pedagogi yang praktikal bagi mengaitkan aktiviti pengajaran STEM dengan teori pemprosesan maklumat murid?
5. Maka wujud keperluan untuk melakukan pendekatan DDR disepadukan dengan ADDIE, berasaskan pula teori pemprosesan maklumat pelajar.
6. Tentulah sesuatu yang sangat pelek, bila PG diminta terlebih dahulu mendapatkan research gap sedang masalah tersedia depan mata yang hanya perlu dikenalpasti dan diformulasi supaya sesuai untuk kajian.
7. Research gap tidak perlu dan tidak diperlukan, malah ia menjadi satu masalah pula kepada PG untuk memulakan kajian, melambatkan dan tidak membawa apa2 makna pun... terhadap apa2 kepada kajian PG... menyusahkan PG tanpa sebab.... bila nak mencari sesuatu yang 'tiada' !
OT
No comments:
Post a Comment