.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Wednesday, May 15, 2019

Tajuk 1010 : Masalah kajian ada didepan mata !



1. Bertemu sekumpulan PG semalam, tentunya aku mengharapkan sedikit kelainan. Ternyata ia tetap sama, ramai yang tersangkut dalam pencarian masalah 'sesuatu yang belum dibuat lagi'..

2. Bila aku berikan penjelasan bahawa masalah kajian akademik master / PhD / doctorate adalah berbentuk HIPOTETIKAL, bermaksud PG sendiri yang menformulasikannya dari apa yang sedang berlaku, bukan mencari 'apa yang tidak dibuat lagi' sebelum-sebelumnya.


3. Tentunya aku terkejut, sejumlah kelompok yang ramai, tetapi tetap menikus bila diminta mencari 'gap' sedang itu tidak menepati apa-apapun tujuan kajian dilakukan.

4. Kajian tidak dibuat untuk mencari apa-apa...

a. yang belum dibuat oleh pengkaji lepas
b. yang belum atau tidak dikaji sebelum ini
c. yang tidak diterokai atau kurang diterokai
d. yang hilang atau tidak lengkap dalam kajian lepas
e. yang lemah / kontradiksi dapatan kajian lepas

5. Kerana dengan arahan baca.. baca.. sampai ratusan artikel, ia hanya menyulitkan yang dah sedia sulit... kerana semakin banyak dibaca..

f. makin tiada lagi ruang yang tidak dikaji
g. makin kebelakang dan outdated bahan yang dibaca
h. makin membuang masa dengan sia-sia
i. makin sukar apa yang 'dijumpai' memberi impak
j. makin hilang signifikan

6. Kajian dilakukan kerana PG ingin melakukan sesuatu yang dia sendiri berminat, ada pengetahuan tentangnya dan menjangkakan dapatan kajian akan memberi kefahaman serta mengurangkan kesan masalah yang dikaji, sekaligus memberi impak yg signifikan secara lansung atau tidak lansung kepada pihak2 yang berkaitan dengan masalah tersebut.

7. Bacaan mendalam dilakukan selepas masalah kajian diformulasi.. bagi memastikan ia satu kajian yg researchability... bacalah semahu2nya dan sebanyak2nya secara fokus.. mdalam dan bmakna !

8. Tentu terkilan... sehebat2 individu dgn pengalaman berpuluh tahun dalam industri tetapi terus menikus bila menjadi PG. Menjadi tikus merayap dan mencari 'apa yang tak ada' dan menyelongkar 'sisa-sisa' peninggalan kajian lepas, sedang pengalaman hebat yang dimiliki sangat banyak untuk mengenalpasti masalah yang berlambak dan terbentang didepan mata, hanya tunggu masa utk diformulasi sebagai satu research problem yang mantap dan sentap - dalam sekelip mata !

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...