Master / PhD as an Academic Research
– The journey is JUST as important as the destination !
1. Perbualan dgn beberapa peserta bengkel masih membawa lagu lama. Dgn jelas masih ada PG menyatakan bahawa research mestilah original iaitu yang BELUM pernah dibuat orang ! Itulah yang selalu tekankan kpd PG... dan difahami secara harfiah... maklumlah PG tiada pengalaman.
2. Aku nak bertanya apa yang original – teori, instrument, analisis data? Maybe ada yang kata – data itulah yang original? Abis kenapa berbangga dgn data yang “original” kalau data tu terhasil dari teori dan instrument kajian lepas yang dah “PERNAH dibuat orang” !
.
3. Dgn berbekalkan pengetahuan “LAMA” yang diajar dlm kelas research methology, PG diminta buat research yang “BARU” dgn penekanan kpd “kajian yang TAK PERNAH dibuat lagi” sambil meminta mereka membuat literature review yang mendalam dari “kajian lepas yang PERNAH dibuat” …. emmm.. PG pun confused.
4. Research adalah satu PROSES dan PROSES inilah yang penting… yang perlu DIPASTIKAN dapat dikuasai oleh semua PG.
5. Kalau ikutkan aku…. terutama disiplin sosial sains.... buat jer tajuk apapun dalam bidang masing2…. asalkan PROSES yang diikuti oleh PG menepati standard master / PhD…. Sebab kajian yang original adalah “kajian yang dilakukan sendiri oleh PG" bukan “kajian yang tak pernah dilakukan orang” !
Aku nyatakan lagi ….For master / PhD research….the journey is just as important as the destination !
OT

No comments:
Post a Comment