.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, May 14, 2019

Tajuk 944 : Pendidikan STEM atau aliran sains atau.... ?



Masa depan anak-anak kita
Pendidikan STEM atau aliran sains atau.... ?

Ramai pakar menjangkakan..
a. pekerjaan masa depan tidak akan sama dgn yg ada sekarang dan..
b. dunia berubah dgn adanya IOT dan IR4.0


Maka dgn itu kita perlukan murid mengambil yg dulu disebut aliran sains... ini disebut pendidikan STEM ..

Aku selalu gak fikir...
1. Subjek dan aliran sains tiba2 disebut pendidikan STEM oleh semua pihak
2. Kandungan subjek2 tu sama sahaja.. kimia.. fizik.. bio.. dll... dan klu berubahpun hanyalah penambahan kandungan dan susunan tajuk sahaja.
3. Klu dipanggil pendidikan STEM... dimanakah elemen teknologi dan engineering... dari sekolah rendah sampai at least SPM jika murid ambil pure science / aliran sains tulin ?
4. Robotik? Itu bukan subjek...sekadar aktiviti.. sama spt aktiviti lain dan bukan yg dipelajari secara khusus
5. Apa yg dipelajari dlm subjek sains sekarang pun hampir sama jer spt zaman aku blaja kimia dulu
6. Klu guru digalakkan buat ekperimen...buat exploration misalnya... adakah itu perkara baru ? Mmg itulah pendekatan mengajar sains sejak lama dulu serata dunia.
7. Klu mmg nk galakkan murid ambil aliran sains...ia juga telah lama jadi keutamaan.. sejak 1967 lagi.
8. STEM itu sendiri satu integrasi... sdg subjek sains.. maths diajar terpisah2 sejak dulu..

Aku lebih cenderung menyatakan bhw Pendidikan STEM disekolah hanya wujud jika...
9. Silibus dirombak dgn drastik... dgn kandungannya integrated ke arah STEM... termasuk kewujudan elemen engineering dan teknologi yg ketara dlm subjek utama sains dan maths dgn amali juga diubahsuai selari dgn STEM.
10. Selepas itu elemen STEM yg lebih authentic bmula di matrikulasi ... dan universiti... juga dgn silibus yg dirombak.

Terakhir... soalan aku...jika diperingkat sekolah...
11. Apanya yg STEM ?
12. Apa beza aliran sains dan kini kita menyebutnya pula pendidikan STEM?
13. Jika berbeza aliran sains dgn STEM - apanya yg berbeza? Klu sama.. apa perlunya dipanggil STEM ?
14. Apa pula kaitan STEM (jika mmg ada) dgn aliran sains di sekolah ?
15. Bagaimana kaitan aliran sains atau STEM jika wujud disekolah dgn IR4.0 dan IOT jika itulah silibusnya sejak dulu?
16. Bagaimana nak dikaitkn STEM disekolah (jika mmg wujud) dgn pekerjaan yg tak wujud lagi?
17. Adakah kita ingin menghasilkn saintis atau pelajar sains atau apa ?
18. Klu isinya sama... hanya kulit atau sebutan shj berubah spt dari KLSM.. KBSM.. KSSM atau dari KBKK ke KBAT... apa jaminan ia berjaya atau bbeza kali ini dgn panggilan STEM pula?
19. Apa perubahan infra khususnya makmal bila aliran sains kini disebut STEM?
20. Klu strategi demi strategi dulu gagal melonjakkan murid mengambil sains.. malah menurunkannya.... atas premis apa ia akan berjaya pula kali ini?

God nite... salam sayang
Bahan berfikir hujung minggu.. selari dgn amalan 4C... PAK21.

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...