1. Ada satu taklimat menyatakan thesis EdD tak perlu TEBAL... 3/4 dari ketebalan PhD dah memadai...
2. Ada juga jabatan yg tetapkan selagi proposal tak TEBAL 100 pages, tak layak PD
3. Malah jadi kebiasaan kalau yang ditulis tu tak berapa nak TEBAL akan ditegur 'klu tebal macam ni bukan maqam PhD'....
Aku setuju tebal atau nipis bukan isunya... jika ia memang satu yang menepati nature kajian... cuma... melihat ketebalan sebagai satu indikator awal dan menjadikan penilaian dari ketebalan... yang tebal lebih berkualiti dan lebih difahami adalah satu yang meleset.
Then...
4. Aku tunjukkan bahawa thesis PhD di US termasuk uni terhebat.. biasa je 120 pages yang pasti masuk kategori nipis
5. Aku munculkan thesis di Uni of Tokyo sekitar 100 pages dan ini adalah satu yang di'saran'kan di Jepun... yang tentunya tidak akan dapat diterima akan kenipisan tersebut.
6. Aku juga berikan contoh proposal PhD dgn 7 pages dari US, yg layakknya dianggap sebagai draf sahaja
Then...
7. Aku menulis buku 'Nipis tapi Kritis' ... dgn berpuluh contoh...memberi kritikan kenapa ketebalan bukan satu keperluan
8. Aku menulis betapa akhirnya hanya artikel yang 'nipis' dari tesis yang tebal tersebut sahaja yg ada nilai yang diterbitkan dan dirujuk dan diperlukan untuk promotion
9. Aku juga menulis... tebal dan menebalkan dua perkara berbeza... dan tebal bukan membawa maksud mengusai apa yang ditebalkan jika tidak diuji kefahaman tersebut...
Then...
10. Bukan sahaja mendambakan yang tebal... formatnya pulak sangat ketat, sedang yang mendambakan nipis, formatnya flexible... dan kualitinya unquestionable....
Salam Ramadan...
OT

No comments:
Post a Comment