Utk bacaan mereka yang KUAT semangat saja.
Ini tajuk yang tak ada sapa nak tulis, malah mungkin jauh dari pemikiran scholar2 hebat Msia. Oleh kerana aku ni sekadar insan biasa maka biarlah aku yang tulis.
1. EdD / DBA adalah professional doctorate, bermakna kajian berkaitan dgn profession yang diceburi dalam industri masing2, dan utk menyelesaikan masalah yang authentic dan realistic.
2. Kajian dalam profession social science spt pendidikan dan training lebih mendambakan kebolehan menjalankan kajian cause-n-effect, experimental, pernambahabaikan serta mengurus intervention serta memahami fenomena yang berlaku secara lebih mendalam. Ini adalah aspek practical yang perlu dikuasai utk menyumbang secara direct kepada industri masing2.
3. Maka, persoalan generalisasi bukan keutamaan dalam kajian EdD / DBA. Biarlah kajian hipotetikal ini dijalankan oleh calon PhD. Buatlah generalisasi semahunya !
4. Oleh itu, analisis yang mengkaji isu2 hipotetikal dari literature melalui kaji selidik umum yang dianalisis dgn EFA / CFA / SEM / Rasch / PLS bukan satu keperluan, malah 'tiada byk gunanya' dalam industri masing2
5. Aku sekadar nak tanya...pernahkah dan perlukah CEO... director... polisi makers... dalam satu2 industri yang khusus membuat presentation dari dapatan analisis spt SEM ?
6. Pergilah mana2 conference.. persidangan.. seminar atas muka bumi ini.. dari KL sampai Geneva, semua presentation oleh orang besar2 termasuk Jobs, Gate, atau Tun M sendiri hanya memerlukan bar chart.. atau pie chart atau sekadar perbandingan % sahaja.. kerana itu dah cukup POWER utk difahami wpun berbentuk diskriptif.
7. Maka keutamaan kepada pemegang EdD / DBA yang bukan bakal pensyarah atau academician... adalah mendalami satu2 isu yang specific dalam industri masing2... berupaya menformulasi masalah kepada RQ yang realisitik kerana itu profession mereka, diikuti dgn analisis menepati keperluan utk menjawab RQ tersebut.
8. Dalam pendidikan / training misalnya, masalah berat beg (yang tak pernah selesai), analisis kandungan buku teks, perlaksanaan PBD, analisis kurikulum / DSKP, intervensi PBL, keberkesanan PLC, yang semua ini boleh dijalankan dgn descriptive analysis, analisis dokumen, study-case(s), in-depth interview, experimental design, AR dgn analisis spt regression, t-test, ANOVA / MANOVA, clinical interview, thematic analysis dll yang memberikan interpretasi yang lebih khusus kepada masalah yang dikaji dalam profession masing2 dan boleh merangka langkah improvement.
9. Sebab itulah EdD / DBA perlu ambil banyak taught courses supaya menampung pembacaan dan pemahaman yang melingkari kajian khusus yang ingin dilakukan, sementara calon PG diyakini boleh melakukannya dgn sendiri ketika melakukan kajian yang 'mendalam' dan 'menjela'
OT

No comments:
Post a Comment