.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, May 16, 2019

Tajuk 1273 : Tiada kuali... tiada kajian kuanti !!


Sekadar satu pemikiran... utk bahan berfikir...

1. Dalam sosial sains, pertimbangan semuanya bermula dari kuali. Pemilihan teori, memahami persoalan kajian, mendapatkan konstruk serta membina item kaji selidik semuanya berdasarkan pertimbangan kuali. Wpun ada analisis kuanti, logic pemilihannya pun berdasarkan penilaian kuali.


2. Argumen2 yang digunakan dalam menyokong teori, pembinaan kerangka itu dan ini, serta pemilihan variable dan konstruk yang melibatkan pelbagai sumber sebelum dijalankan pengumpulan data, memerlukan penilaian kuali yang kritis.

3. Tak perlu lah kata penilaian kuali bukan saintifik kerana anda tidak boleh memulakan kajian kuanti tanpa penilaian kuali. Kalau penilaian kuali ini tidak saintifik maka kajian kuanti anda pun tiada nilai..

4. Jgn katalah analisis kuali bukan maqam PhD, sedang kajian kuanti anda dalam sosial sains semuanya diasaskan dulu dengan pertimbangan dan analisis kuali, apatah lagi bila mendapatkan permasalah yang hipotetikal. Tanpa pertimbangan kuali, apa yang anda boleh lakukan - terus analisis data ?

5. Begitulah cara pemikiran mereka yang mengatakan kajian kuali tidak saintifik sedang asas kajian kuanti mereka adalah berasaskan pertimbangan kuali.

6. Kajian kuali boleh tegak sendiri tapi kajian kuanti akn nothing tanpa analisis kualitatif !

7. Tanpa pertimbangan kuali ini, tiadalah permasalahan kajian dan LR yang dapat dilakukan dgn menganalisis dan mensintesis kajian lepas. Ada sesapa guna analisis kuantitatif utk menyediakan LR yang kritis?

OT


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...