.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, May 16, 2019

Tajuk 1258 : Hanya kerana silibus Spore dan Barat lebih tinggi ?




Kita utamakn agama / adab maka dari kecil anak2 kita yg muslim belajar agama dgn Feqah.. Tauhid.. Sirah dll hinggalah anak2 ada yg blaja 14 subjek pada Tahun 1. Maka... aku nk bagi perspektif lain... dlm situasi semasa negara kita yg anak2 wajib ke sekolah kerajaan..

1. Agama boleh shj ditangguhkan dan tidak diajar disekolah utk Tahun 1 sbg satu subjek.
2. Tahun 1 hanya diterapkn kesopanan, nilai dan adab. Anak2 Tahun 1 boleh terus belajar solat dgn ustaz tapi bukan sbg satu subjek.
3. Tahun 1 fokus kpd 3 M ... membaca, menulis dan mengira tanpa subjek.
4. Membaca dan menulis termasuk BM..BI..dan AlQuran / Jawi, bukan dlm bentuk subjek matter tapi kemahiran.
5. Begitu juga dgn kemahiran mengira.. bukan blaja maths tapi kemahiran yg diberikn tahap.
6. Tahun 2 baru ada subjek spt sains dan maths (digabungkan)..BM... BI dan Agama / Moral
7. Tahun 3 baru subjek Sains dan Maths jadi 2 subjek berbeza.
8. Selepas Tahun 1.. murid yg tidak menguasai 3M mesti mengikuti program khas pemulihan.. yg dah kuasai diberikan enrichment.. serta implimentasii zero reject.
9. Nak cepat sgt ajar mcm2 tu pasal apa ? Pasal Spore dah ajar atau pasal silibus barat dah ajar? Klupun benar... itu bukan matlamat akhir.. yg bermula awal kerana mereka terkawal dan mindset mungkin bbeza.
10. Kita mesti ada strategi sendiri utk akhirnya boleh menyayingi mereka tanpa mengorbankan anak2 kita...


Maka...
11. Buku teks diganti dgn buku kemahiran...
12. Isu beg berat settled 100 %
13. Tenaga guru dimaksimakn utk ajar kemahiran 3M bukan lagi subjek matter
14. Bertepatan dgn ketiadaan ujian setara
15. Memudahkan pengurusan dan latihan guru secara fokus kpd kemahiran
16. Ada tahap2 kemahiran yg perlu dicapai utk dibantu oleh ibubapa... bukan dlm bentuk gred spt yg mereka mahukan
17. Dpt memantau murid lebih baik
18. Murid yg advanced diberikan enrichment dan aktiviti kepimpinan misalnya... utk memimpin murid lain
19. Sekolah2 bhampiran boleh wujudkn PLC sesama guru
20. Ibubapa boleh juga belajar utk mengajar kemahiran ini dirumah
21. Percayalah... ia akn mengurangkn stress murid.. ibubapa juga YB Menteri...

Penat aku menulis... tapi aku belum giler

OT


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...