1. Ada byk peel anak2 kita. Ank yg kelihatan angel boleh shj mengambil pencil kawan sedang pencil sendiri hilang ntah kemana. Mlm maknya pulak bising semua benda pun hilang. Anak2 tak sedar mereka lakukan sesuatu yg tidak disukai orang 'tua'.
2. Ini antara insiden yg kita jarang ambil pot. Ini juga yg saya tulis sbg pengisian diawal2 persekolahan dgn melatih murid2 belajar sharing sbg satu adab.. nilai yg xmmerlukan subjek agamapun.
3. Dirumah ibubapa tidak terlatih dgn psikologi anak2 sehingga setiap kesalahan berakhir dgn kemarahan dan dibiarkn shj. Ank2 tidak terlatih dgn cara ini. Semuanya mjadi ketara sebaik shj ank2 memasuki dunia sosial psekolahan.. khususnya Tahun 1.
4. Latihan ini sangat ketara disekolah luar negara malah sampai tahap anak sendiri menegur pula, bukan sebaliknya. Tentunya sy juga pernah ditegur oleh anak sendiri... berkesan sungguh apa yg mereka perolehi disekolah.
5. Sbg contoh... amalan menghantar anak yg baru memasuki dunia psekolahan sampai ke kelas oleh ibubapa bukan amalan disini. Amalan guru menunggu kedatangan murid dikelas juga bukan amalan disini. Stationery dan byk bhn dikongsi bersama dlm kelas. Akn kelihatan awkward jika ia dilakukan disini.
6. Sukar dijangka bgaimana pihak sekolah melihat aspek ini. Generasi ibubapa hari ini terdidik dgn keluarga dan sistem pendidikan yg mereka lalui. Maka budaya yg diwarisi diwariskan pula kpd anak2.
7. Bolehkah institusi pendidikan mmulakan langkah mmbina sikap awalan ank2 spt sharing.. caring.. sbg satu aktiviti yg diberi perhatian sepanjang PBD berjalan?
8. Ibubapa anggap anak mereka lah yg terbaik... tetapi ada kalanya menjadi lain bila mereka mula berkawan. Maka amat sesuai fokus Tahap 1 juga diberikan kpd aspek ini dlm semangat ketiadaan exam setara. Ibubapa boleh shj dimaklumkan dlm bentuk lisan atau tulisan perilaku baik atau sebaliknya utk pengukuhan dan pemulihan
OT

No comments:
Post a Comment