.
"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"
MORE THAN 3 MILLION HITS !
Statistik
SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI
Pertanyaan: zahinothman@gmail.com
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...
Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...
Wednesday, May 15, 2019
Tajuk 1108 : Kita masih muda ?
Secara relatif, sistem pendidikan kita masih muda. Kalau di UK, sekolah (berorientasikan agama) bermula abad ke 8 dan menjadi pendidikan formal serta wajib pada sekitar 1880an. Pendidikan formal kita bermula secara terbuka dan ketara sekitar 1956 dgn adanya Razak Report walaupun sekolah missionary (British) dan sekolah pondok bermula lebih awal.
Kita mengikut adunan dari UK dgn MCE dan HSC pun dipanelkan dari UK suatu ketika dahulu, sebelum diserahkan sepenuhnya kepada kita. Perubahan berlaku, sehingga kini kita ada KSSM, KSSR dgn UPSR, PT3 dan SPM.
Secara peribadi, kita masih mencari rentak. Maka perbincangan apapun perlu dialu-alukan dengan niat meningkatkan kesedaran pelbagai pihak akan kepentingan pendidikan. Yang di atas, tentunya memikul tanggungjawab besar membawa haluan pendidikan. Yang dibawah juga perlu menyatakan pandangan walaupun dalam ruang lngkup kecil dan terpencil.
Pendidikan kita telah melalui beberapa transformasi secara top-down. Tibalah masanya untuk membina satu equilibrium dengan membawa pandangan bottom-up pula supaya transformasi adalah atas citarasa bersama, terutama dari guru.
Guru berada dibarisan hadapan. Guru adalah juru kemudi dalam bilik darjah. Maka, pandangan guru adalah pandangan yang tidak ternilai yang perlu sentiasa didengari.
OT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment