.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, May 14, 2019

Tajuk 961 : "Isu, Problem, Propose" dalam "Problem Statement"



Perkara ini tak ada dalam kelas Research Methodology... atau ditulis secara explicit dalam mana2 buku.. cayolah cakap den..

Baca slow2

Pertama
“Problem” sering dtgkn "isu". Kalau tak ada problem... tak der lah isu. "Isu" pelajar Malaysia berada dalam kelompok tercorot dalam TIMSS / PISA datang dari "problem" pengajaran yang tidak menepati keperluan soalan dalam TIMMS / PISA yang berunsur HOT. Ini termasuk juga problem dari guru yang tidak dilatih utk mengajar dgn unsur HOT atau kurikulum yg tidak menepati keperluan TIMMS / PISA. Satu isu mungkin disumbangkan oleh banyak problem..... maka anda pun membuat review utk mencadangkan sebahagian pernyeleisaian kepada satu problem yang anda pilih paling sesuai utk kajian dan bidang anda. Ini kemudiannya anda rakamkan dalam objektif...

"Kajian ini dijalankan bertujuan utk menentukan / mengenalpasti ........ bla..bla..bla.."

Oleh itu 3 aspek ini - Isu (atau symptom) - problem - propose - tidak boleh dipisahkan dalam menyediakan "Problem Statement" ibarat irama dan lagu.

Kedua
Maka nak buat PhD / Master kena tahu isu...(paling baik yang tengah hot... ada urgency... supaya jelas signifikan) yang selalunya dikenalpasti dari simpton...dan di review masalahnya utk cuba dikaji dan dicadangkan sebahagian penyelesaian.

Ramai calon PhD yang bakal jadi "Dr" kantoi bila menulis problem statement - bhg paling penting dlm tesis. Kenapa? Sebab yg ditulis menjela2 tu adalah SYMPTOM bukan PROBLEM.

Anda pening kepala - ini satu simptom. Nenek akupun tahu symptom tu, mkn 2 biji panadol settled... tak perlu buat PhD. Tapi masalah yang menyebabkan pening kepada tu yang perlu kenalpasti dan dicadangkan penyelesaiannya bukan symptom.

Ketiga
Ada yang confused antara sympton dgn problem. Aku bagi contoh mudah dan simple2....contoh tahap PT3.... pandai2lah generate sendiri utk tahap master / PhD utk bezakan symptom dgn problem !

1. Sukar memahami konsep sains yang abstrak (problem) - % gagal dalam peperiksaan jadi isu (symptom)

2. peraturan asrama terlalu ketat (problem) - pelajar memberontak jadi isu (symptom).

3. pengajaran sains/maths kurang aspek pemikiran aras tinggi atau HOT (problem) - Malaysia tercorot dalam ujian PISA / TIMMS menjadi isu (symptom)

Keempat:
Persoalan yang difokuskan utk dapat penyeleisan
1. Bagaimana nak atasi kesukaran memahami konsep sains yang abstrak?
2. Bagaimana nak menyediakan peraturan asrama yang lebih fleksibel?
3. Bagaimana mengajar sains / maths dgn pemikiran aras tinggi?

Bukannya:

1. Bagaimana nak kurangkan isu kegagalan tapi tidak melihat problem kesukaran pelajar memahami konsep sains yang abstrak supaya cadangan penyelesaian yang sesuai dapat diberikan hasil dari kajian?

2. Bagaiman nak kurangkan isu pemberontakkan pelajar asrama tapi tidak menyentuh peraturan ketat asrama yang menjadi punca masalah.... supaya boleh dikaji utk cadangan pnyelesaiannya?

3. Bagaimana isu nak naikkan ranking PISA / TIMMS tanpa meneliti masalah dalam mengajar sains / maths dgn pemikiran aras tinggi supaya cadangan penyelesaian dapat dikemukakan?

Jadi gagal peperiksaan, fenomena memberontak dan keciciran dalam PISA / TIMMS adalah symptom tetapi inilah yang ditulis menjela2 sebagai masalah dan pernyataan masalah.... sedangkan problem sebenar tidak dijelaskan... abih camno?

Kelima
Memahami isu (symptom) dan mengenalpasti problem yang menyumbang sebahagian dari isu tersebut serta merangka cadangan penyelesaian adalah cara berfikir yang betul.... dan inilah tujuan perlunya sebuah PROPOSAL...... bukan cari gap sebab gap tidak semestinya satu isu ! Kalau bukan isu, mana nak dapat problemnya.... tu yang berpusing2 tak jumpa jalan pulang !!

Keenam
Sebab itu antara cadangan penyelesaian yang lazim dalam kajian termasuklah:
1. Uji keberkesanan intervention utk kurangkan masalah sekaligus meredaka isu
2. Membina prototype yang lebih effective
3. Membina model / modul utk memahami isu yang membawa kepada masalah dgn lebih mendalam / komprehensif
4. Mengenalpasti faktor2 menyumbng kepada masalah supaya difahami malah terus dapat dikaji isu yang berkaitan secara lebih mendalam ....

OT


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...