1. Tiada mana2 statement pun termasuk bila EdD diperkenalkn oleh Harvard Uni pd 1921 di mana jua pun yang menyebut program EdD berbanding dgn PhD
- lebih senang
- kurang detail
- tak laku
- bukan setaraf ‘full research’
- tak boleh jadi lecturer
- banyak coursework
- tak sampai maqam PhD
- tak layak dapat biasiswa
2. Program EdD bukan program bagi PG yang tak boleh nak buat PhD sebab katanya susah, maka EdD sebagai alternatif yang lebih senang. Maka dilancarkan lah program EdD dgn disediakan schedule coursework yang banyak bagi memantapkan calon yang 'tak ada pendidikan' atau calon yang 'takut nak buat PhD' supaya senang lulus. Sapalah punya idea dangkal macam ni?
3. Kenapa ada tanggapan seperti di atas?
4. Tanggapan ini berpunca dari penggubal dasar dalam pendidikan yang mungkin tak jelas keperluan EdD. Lebih hairan lagi wujudnya program EdD spt alternatif pulak kepada calon yang 'takut' nak buat PhD. Apa guna buat program EdD at the first place klu hanya dijadikan program alternatif second class ?
5. Sila fahami perbezaan EdD dan PhD – saya jelaskan secara mudah takut tak sampai maqam utk memahaminya.
a. EdD adalah professional doctorate yang fokus kepada profession perguruan utk pengajar / individu berpengalaman dalam sektor pendidikan menjadi “pemimpin” perubahan dalam organisasi pendidikan negara yang melibatkan kajian berorientasikan 'actual educational setting' seperti kurikulum, pengajaran dalam kelas, latihan practical, PnP, penggunaan teknologi, buku teks, pemulihan, Linus, streaming, VLfrog, perlaksanaan STEM, flipped classroom, SBP.. MRSM.. beban guru, pentadbiran pendidikan dll secara praktikal.
b. Ringkasnya EdD bertujuan melahirkan bakal “pentadbir” dan “policy makers” pendidikan yang ingin meneraju perubahan dalam praktis pendidikan khususnya sekolah melalui kajian. Pengetua atau pegawai di bahagian kurikulum misalnya, lebih sesuai mengambil EdD, bukannya PhD. Walau bagaimanapun 'setting' dan 'practical' ini boleh sahaja dikembangkan diperingkat matrikulasi, universiti malah apa sahaja badan yang terlibat dgn pendidikan spt kolej komuniti... ILP malah diperingkat tadika dan pusat serenti sekalipun. No big deal.
c. PhD pula sesuai diambil oleh calon yang ingin membuat kajian yang lebih berbentuk hypothetical and more theoretical knowledge, maka tesis PhD misalnya melibatkan LR yang lebih panjang berbanding EdD (lebih menjela bukan bermakna maqam tinggi !). Mereka perlu membuat kajian ‘novel’ bagi mengembangkan pengetahuan sebagai sumbangan kepada pengetahuan dalam pendidikan.
Calon PhD lebih sesuai utk menjadi pensyarah yang tahu banyak teori bukan practical. Tentu weird jika calon PhD yang tak pernah masuk kelas, buat PhD dan mencadangkan praktis amalan dalam kelas hanya dgn satu kajian hypothetical? Lebih weird lagi SV yang tak tahu amende yang berlaku di sekolah atau tak pernah menjejakkan kakipun ke kolej komuniti misalnya dan lain2 institusi pendidikan tetapi hanya tahu teori menyelia calon EdD !
d. Maka dgn itu, kedua2 EdD dan PhD ada fokus masing2 yang selama ini hanya disandarkan kepada PhD. EdD diwujudkan supaya calon sepatutnya tidak perlu mengambil terlalu banyak kursus (kerana berpengalaman) tetapi lebih fokus kepada kajian yang applied / praktikal sedang PhD adalah kajian berasaskan theoretical knowledge yang calon perlu banyak membuat pembacaan disamping mengambil beberapa courseworks.
e. Oleh itu kajian EdD lebih praktical tanpa perlu teori yang menjela2 bukan bermakna ia mudah, cincai, kurang detail, rendah maqamnya. Kajian EdD adalah full research, lengkap dan detail, tetapi bukan menjela2. Malah dibenarkan membuat beberapa kajian berskala kecil yang lengkap lalu digabungkan meritnya sebagai satu kajian bertaraf doctorate. Ini sama spt PhD by publication, yang membenarkan satu kajian dilakukan dalam beberapa tahap untuk menghasilkan beberapa publications.
f. Universiti yg ada program pendidikan tetap perlu bbrp pensyarah dgn EdD yg mahir selok belok 'actual educational setting' dan kajian bkaitan praktis .. jadi peluang mjadi pensyarah bagi calon EdD tetap diperlukan.
6. Suka saya sebut, wpun ada ratusan ribu tesis PhD dalam pendidikan yang dikatakan full research, tapi kebanyakkannya ‘tidak praktikal’ utk dilaksanakan dlm actual educational setting, maka EdD diperlukan dalam keadaan ini. PhD ada ruang tersendiri utk menghasilkan penyelidik bagi mengembangkan teori pendidikan.
7. Saya sgt hairan EdD yang memang perlu utk kemajuan pendidikan dan kepimpinan diinstitusi pendidikan seperti sekolah, kolej komuniti, kolej vokasional, ILP dll melalui kajian yang praktikal dianaktirikan malah tidak layak mendapat biasiswa. Weird. Sia2lah Harvard Uni yang mula menjalankan program EdD sejak 1921 tetapi masih tidak difahami fungsinya pada tahun 2019 !
8. Dalam industri misalnya, mereka dgn Doctor of Engineering yang menjalankan kajian practical lebih diperlukan dari mereka yang ada PhD yang kajiannya bersifat hipotetikal.
OT

No comments:
Post a Comment