Rasional kan...
1. Kelas Research Methodology selalunya mengajar PG dgn pendekatan kajian antaranya..
- Experimental research (ER)
- Correlational research (CR)
- Causal-comparative research (CCR)
- Survey research (SR)
- Etnography research (EtR)
- Study case research (ScR)
2. PG bebas untuk mengkaji masalah yang diminati dalam bidang masing2 maka selepas 14 minggu ikut kursus Research Methodology, tentu ada satu jenis research yang sesuai,
3. Jika PG berada dalam bidang pedagogi dan ingin menguji keberkesanan satu intervensi maka ER lah yang terbaik dgn memastikan 3 ciri berikut:
- researchable (ada rujukan dan asas theory)
- doable (dapat disiapkan dalam tempoh pengajian)
- rigorous (detail / mendalam)
4. Proses membina intervensi (spt simulasi komputer) pun dah cukup rumit dan detail (dgn validation expert, pre-test, reliability test, degree of agreement dan segala macamnya). Sementara itu, experimental research which using t-test as a main statistical analysis is the MOST conclusive research, coz the researcher actually establishes differences treatments and study their effects, the findings are likely to be the MOST clear-cut interpretation.
5. Maka aku tak faham kenapa kajian ER yang menggunakan SPSS dianggap ‘maqam rendah’ sehingga PG diminta tukar tajuk dan perlu belajar analisis yang katanya 'canggih' spt SEM-AMOS. Apa bendanya yang canggih ? Kajian melibatkan SEM-AMOS adalah correctional research utk menguji model fitness sahaja (yang diambil dari LR) bukan utk uji intervensi.
6. Adakah kerana SEM-AMOS menghasilkan diagram berceranggah (dihasilkan oleh komputer) dgn pelbagai fit indexes (juga oleh komputer) maka ia dianggap bermaqam tinggi, sedang semua ini hanya angka2 statistik utk menentukan hubungan / korelasi antara pembolehubah dan konstruk dari kaji selidik yang juga diambil dari LR.
7. Apa yang PG buat hanyalah membandingkan fit indexes ini dgn julat nilai yang juga diambil dari LR. Maknanya, PG dgn zero knowledge statistik dan SEM-AMOS pun boleh lakukan jika menghadiri bengkel utk menjalankan analisis tersebut... tak da tinggi manapun maqamnya. Cer tanya selepas 6 bulan graduated, ramailah yang gagap nak jelaskan analisis yg dia dah buat.
8. Aku berbangga mempunyai PG yang dah graduated dengan SEM-AMOS, dan akan lahirkan PG dgn RASCH MODEL serta PG yang membuat kajian details experimental dgn t-test / ANOVA / MANOVA serta thematic analysis dgn DDR pula.. sebab setiap kajian ada keperluannya.
9.. Aku tidak pernah merendahkan mana2 pendekatan kerana ia wujud atas keperluan bagi menjawap RQ dan mencapai objektif kajian. Apa barang nak katakan t-test bermaqam rendah, malah ada yang kata guna SPSS tu hanya untuk undergrad sedang berjuta2 product dan intervensi yang membawa impak lansung kepada application dalam dunia ini menggunakan t-test dan lain2 analisis comparison dalam SPSS.
10. Persoalannya bukan terletak kepada SPSS, t-test, ANOVA, SEM atau RASCH dll analysis, tetapi kepada usaha menjadikan kajian PG scientific enough for doctorate / master level. Malah... kajian qualitative yang masih ramai anggap bermaqam rendah itupun berupaya menghasilkan dapatan yang jauh lebih 'mendalam' jika dilakukan secara scientific dgn validation dan triangulation... bbanding dgn model fitness...
OT

No comments:
Post a Comment