Tulislah straight forward sayang oii.... dan buang "lazy words" yang tidak perlu spt "adalah" "di mana"... "tertentu", "dan lain-lain"....
Berikut 10 contoh "sebenar" dari satu thesis pelajar yang sampai dimeja aku... utk tatapan PG yg tulis dalam BM (spt UKM):
Contoh 1: Dll tu apa ?
a. Pembelajaran berkesan wujud apabila pelajar memperolehi kemahiran tertentu serta mampu menggabungkan sikap, pengetahuan, minat dan lain-lain .
Lebih baik:
b. Pembelajaran berkesan wujud apabila pelajar memperolehi kemahiran mengenalpasti isi penting serta mampu menggabungkan aspek psikologi seperti sikap, minat dan pengetahuan sedia ada.
Contoh 2: Lazy word
a. Walau bagaimanapun, sebagaimana yang kita semua tahu, pendekatan PCK telah dikritik kerana kesukaran untuk merealisasikannya dalam pengajaran bilik darjah.
Lebih baik:
b. Walau bagaimanapun, pendekatan PCK telah dikritik kerana kesukaran merealisasi pendekatan tersebut dalam pengajaran bilik darjah.
Contoh 3: adalah..
a. Tujuan kajian ini dibentuk adalah bagi mengenalpasti .... (adoii sesak nafas aku...)
Lebih baik:
b. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti.....
Contoh 4: di mana..
a. Satu pendekatan pendidikan di mana penyelesaian masalah dijadikan fokus.....
Lebih baik:
b. Penyelesaian masalah dijadikan fokus dalam....
Contoh 5: di mana..
a. Pencapaian kumpulan pelajar dari ujian pasca diukur di mana kumpulan yang mendapat skor tertinggi.... (iskhhh.. mesti nak guna jugak "di mana"...)
Lebih baik:
b. Kumpulan pelajar yang mendapat skor tertinggi dalam ujian pasca....
Contoh 6: adalah...
a. Batasan kajian ini adalah melibatkan hanya sekolah teknik dan vokasional......
Lebih baik:
b. Kajian ini dibataskan kepada sekolah teknik dan vokasional....
Contoh 7: adalah..
a. Fokus dalam PBL adalah pembelajaran yang cuba menyelesaikan masalah sebenar....
Lebih baik:
b. PBL memberi fokus kepada penyelesaian masalah sebenar....
Contoh 8: songsang..
a. Menggunakan PBL sebagai satu pendekatan dalam pembelajaran adalah kini menjadi keutamaan...
Lebih baik:
b. PBL adalah satu pendekatan dalam pembelajaran yang kini menjadi keutamaan..
Contoh 9: di mana..
a. Teori PBL ini penting di mana dalam teori ini pelajar didedahkan kepada penyelesaian masalah sebenar dalam kehidupan seharian.
Lebih baik:
b. Berdasarkan teori PBL, pelajar didedahkan kepada aktiviti penyelesaian masalah sebenar dalam kehidupan seharian.
Contoh 10: songsang...
a. Dalam mencipta masalah menerusi pendekatan PBL, aras kognitif Bloom perlu diambilkira.
..
Lebih baik:
b. Mencipta masalah dalam pendekatan PBL perlulah mengambilkira aras kognitif Bloom.
OT

No comments:
Post a Comment