.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, May 16, 2019

Tajuk 1243 : Arah tuju pendidikan...


Aku nak tulis ringkas, dari sudut pandang aku..

1. Percaya tak, sejak puluhan tahun dulu, dah byk sungguh tesis PhD yang sentuh pasal exam-oriented dan kesannya – ada sapa kesah? Akhirnya kita hanya perlukan seorang Menteri yang bercakap tentangnya bukan ribuan tesis PhD.

2. Anak seorang rakan yang mengikuti bapanya belajar di ‘oversea’ peringkat elementary pernah memberitahu sekolahnya di Msia persis penjara dlm erti kata semuanya mesti ikut skema sambil menjalani hukuman memikul beg yang berat setiap hari. Anak ni melahirkan kekecewaannya. Begitu juga anak rakan yang lain yg juga belajar di ‘oversea’, sanggup membantu rakan yang lemah BI tanpa disuruh oleh guru kerana empati yang tinggi, fenomena yang sukar dilihat terpupuk dalam anak2 yang bersekolah disini.

3. Kita tak akan nampak reality sendiri jika tidak dibandingkan dengan realiti ‘yang lebih baik’ ditempat lain. Kadang2 akupun tak leh bayangkan, anak2 Tahap 1 bawa 16 buku - 4 buku teks dgn 4 buku akiviti serta 8 buku latihan, yang diperlukan hanyalah 4-6 sahaja. Aku katakan, kita tak perlukan buku teks sebanyak itu di Tahap 1.

4. Guru yang cekap dan berpengalaman boleh melakukan semuanya serentak – mengajar sains dalam maths, memupuk nilai dan adab sambil mengajar bahasa dan dalam masa yang sama meningkatkan curiousity murid Tahap 1 tentang belajar dan meneroka ilmu dari pembacaan. Malangnya semua pihak telah terbiasa dgn buku teks dan buku aktiviti serta rutin yang skema. Anak2 makin tidak seronok ke sekolah utk tujuan belajar.

Mungkin ada yang kata – kalau nak seronok, bukan di sekolah tempatnya.

5. Ini mentaliti yang tak tahu makna keghairahan dan curiousity utk belajar yg tertanam dalam diri anak2. Ini mentaliti tak tak sedar wujudnya potensi berbeza dalam diri anak2 dan potensi yang berbeza inilah yang membangunkan negara.

Ramai juga yang berkata – ibubapa patut didik anak mereka dulu dirumah.

6. Aku nak bagi tahu… wpun kita semua tahu..
- tiada ibubapa yang mahu jadikan anak mereka samseng
- tidak semua ibubapa well-educated
- tidak semua ibubapa melalui zaman sekolah yang indah
- ramai ibubapa dari kelompok disadvantages
- terdapat murid LD yg perlukan pendekatan berbeza

7. Dalam masa yang sama, ramai juga ibubapa yang menyediakan anak2 mereka kesekolah, dgn tuisyen, kelas fardhu ain, pelbagai buku, exposure dll termasuk saban malam mengajar anak2 mereka. Malah aku percaya... majority membantu anak2 mereka utk 'berjaya' disekolah.

8. Selama ini kita hanya berjaya membuat transformasi dgn meningkatkan APA yang perlu disampaikan kpd murid tetapi transformasi kita gagal diiringi dgn BAGAIMANA untuk merealisasikannya kepada murid dalam bilik darjah. Kita gah dgn top-down policy. Guru jadi pihak SYMP. Bila ini berlaku, maka fenomena one-size-fits-all tidak dapat dielakkan, sedang ia bukan ciri pendidikan yg universal. Langkah inipun sudah satu yang pencong atas nama pendidikan.

9. Kini.. masa utk perubahan kita difokuskan kepada guru yang mula diberikan otonomi dan akauntabiliti dalam melaksanakan PBD dan LINUS ikut kesesuaian kelas mulai Tahap 1 dgn ketiadaan peperiksaan setara. Aku percaya, semua sistem sokongan PPD / JPN akan membantu guru membawa perubahan ini ke dalam bilik darjah.

10. Dalam masa yang sama, aku mohon diteliti semula isi dan penyampaian buku teks dan susunatur DSKP supaya dikurangkan elemen yang 'berulang2' dan 'tanpa keperluan'

Semua pihak dah mainkan peranan masing2. Apa yang perlu kita adalah gerakan bersama dalam ‘arah tuju’ baru pendidikan utk membangun potensi manusiawi..

OT


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...