Syabas kerana bahagian Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan KPM secara konsisten menerbitkan jurnal. Setelah meneliti beberapa artikel, byk tajuk yang menarik, terutama kajian oleh guru di sekolah.
Namun aku perasan ada sesuatu yang boleh dikongsi apabila melihat format penulisan senarai nama author.
Dalam jurnal ini, nama pengarang ditulis dgn 6 format berbeza.. menarik perhatian aku... sbb tak selaras dgn standard penulisan artikel jurnal...
1. Ali Abu
2. Dr. ALI ABU
3. Dr. Ali Abu
4. Ali Abu, PHD.
5. DR. ALI ABU
6. Ali Abu, Ph.D
Artikel jurnal yg standard (spt Scopus dan ERA) wajib ada
(a) nama pengarang (tanpa salutation) dan
(b) affiliation (bagi memudahkan perhubungan)
Emel adalah optional bergantung kepada jurnal. Asterisk (*) pula bermakna corresponding author. Jika tiada (*) maka 1st author adalah juga corresponding author.
Secara ringkas, 1st author adalah individu yang menjalankan kajian dan menulis artikel, manakala corresponding author adalah author utk urusan pertanyaan dll berkaitan penerbitan artikel.
Maka hanya format penulisan nom 1. sahaja cara menamakan pengarang patut digunakan secara konsisten dalam semua artikel jurnal, bukan 2 - 6, dgn 'PhD' dan 'Dr.'
Sekian adanya......
OT



No comments:
Post a Comment