.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Wednesday, May 15, 2019

Tajuk 1094 : Inkuiri - Apa maksud mengajar sains kpd anak-anak?



1. Scientific skills yang kecoh untuk diajar kepada anak-anak adalah generic skill yang terpupuk secara 'natural' ketika anak-anak kita belajar sains. Kemahiran ini bukan dipaksakan kepada anak-anak utk dikuasai sebagaimana menguasai pemahaman sains.

2. Scientific skills yang berasal dari scientific thinking spt membuat hipotesis dan mengeksperimen tidak perlu dipelajari, apatah lagi disekolah rendah, sebab anak2 kita bukan lagi saintis utk tahu "how scientists think".


3. Anak-anak mempunyai tendency natural yang tinggi utk belajar.. membuat experiment asas, and explore, lalu meningkatkan engagement mereka kepada sains, bukannya memaksa mereka belajar scientific thinking untuk faham sains.

4. Matlamat asas mempelajari sains adalah untuk memahami dunia semulajadi dgn apa yang dinamakan inquiry bagi menjawab pertanyaan What and Why (peringkat rendah) dan ditambah How (peringkat menengah ke atas). .. contohnya kenapa pokok hidup, haiwan membiak, penyu bertelor, air berwap, kuman membiak, lampu menyala, bola melantun, berlaku malam dan siang.. etc.

5. Inilah inquiry atau dynamic process of being open to wonder and puzzlement and coming to know and understand the world around us ! Jangan tak tahu, orang kampungpun bila menoreh getah, pergi memancing atau berkebun, tetap menggunakan pengetahuan asas sains.

6. Bila orang dewasa gah sangat nak mengajar anak2 ini dari Tahun 1 untuk menjadi saintis sehingga perlu tahu saintifik thinking melebihi pemahaman terhadap fenomena sains, maka sains yang logik dan menarik menjadi sukar, kaku dan beku.

7. Biar anak2 belajar fakta dan konsep asas dulu bagi memahami dunia sains sekitar mereka. Malangnya, bila belajar sains sekolah rendah.. kita orang dewasa bayangkan sekumpulan anak2 pakai lab coat, dalam makmal sains memegang mikroskop sedang membuat eksperimen, memikirkan hipotesis, dan melukis graf untuk membuat inferens.

8. Mengajar sains untuk menguasai scientific skills dan scientific thinking hanya bermula bila anak-anak dah mempunyai kecenderungan dan minat serta pemahaman yang kuat dengan sains. Sebab itu, kemahiran tersebut patut mula diajar diperingkat menengah, bukan dari Tahun 1 !

9. Implikasinya, anak-anak dapati sains yang sebenarnya mudah dan menarik diperingkat awal, tetapi menjadi kompleks dan complicated. Anak-anak kampung sepatutnya ada 'sedikit' anvantages kerana persekitaran mereka lebih kaya dengan fenomena sains, malangnya mereka juga menjauhi sains dan tertinggal kebelakang.

10. Tolong jangan salahkan anak-anak yang menjauhi sains dan cikgu yang pening sebelum waktunya kerana kitalah puncanya !

Kenapalah suka sangat nak complicated kan benda yang asalnya simple .. sdg byk lagi anak-anak tu nak belajar..

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...