.
"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"
MORE THAN 3 MILLION HITS !
Statistik
SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI
Pertanyaan: zahinothman@gmail.com
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...
Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...
Wednesday, May 15, 2019
Tajuk 1073 : Dari 30 ke 100 dan ke 300..
Kisah benar utk difahami oleh PG generasi online...
1. Kisah bermula.... katalah 20 tahun dulu... ketika tiadanya EndNote, Mendeley, NVivo dan Atlas.ti... serta internet, semuanya manual. Artikel terkini dalam bentuk hardcopy hanya muncul selepas beberapa tahun diterbitkan dalam bentuk hardcopy di perpustakaan.
2. Kalau diandaikan tahun 1990 ketika itu, maka hanya ada artikel 1987 dan sebelumnya di rak perpustakaan. Tiada internet, tiada big data, tiada search engine, tiada online data base, maka PG diminta mencari apa sahaja yang 'belum dibuat lagi' kerana tiada siapa yang tahu apa yang dilakukan ditempat2 lain yang belum diterbitkan.
3. Sementelahan, tiada paksaan kpd PG utk menerbtkan artikel maka yang popular ketika itu adalah proceeding yang juga tidak diterbitkan dan tidak dilanggan oleh perpustakaan. Inilah zaman kegemilangan GAP yang didefinisikan sebagai 'sesuatu yang belum dibuat kajian lepas'.
5. Rupanya pemikiran gap ini diteruskan sehinggalah kini oleh old school yang cuba diwariskan kepada PG yang tidak pernah tidak pasrah. Kehadiran hampir semua artikel terkini malah artikel 2019 telah lama muncul didada skrin komputer dan hp... untuk mengetahui isu semasa, isu terkini, isu hangat, namun kelompok gap masih meneruskan tradisi mencari apa yang 'tak ada' dalam kajian silam... termasuklah 'apa yang kurang / jarang' dilakukan. Ini menjadikan tajuk2 tesis khususnya social science semakin terkebelakang... dan mengambil masa 2, 3 semester utk mendapatkannya. OMG.
6. Kalau dulu diminta baca 30 artikel kerana kesukaran mendapatkan artikel ... yang memakan masa berbulan2 baru diperolehi dalam bentuk hardcopy... maka di era internet ini, di'upgrade' dengan membaca 100 artikel pula... dan tidak mustahil bila semakin sukar menemui 'apa yang tak dibuat lagi'... sedang artikel pula mudah di akses, jumlah artikel yang perlu dicari akan dinaikkan ke 300 ! Cayolah cakap den.
Itu jer aku nak tulis !
OT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment