Setiap kajian bermula dgn satu isu / masalah / keperluan yang mestilah bersifat “RESEARCHABLE”. Dalam kajian quantitative misalnya…. kajian yang “researchable” adalah kajian yang parameter, IV, DV, mediator, moderatornya boleh diukur dgn instrument bagi menghasilkan data, bagi menjawab dan menjelaskan isu / masalah / keperluan yang dikaji.
Pelajar perlu memastikan pilihan isu / masalah / keperluan yang mempunyai kepentingan / SIGNIFICANCE OF STUDY SUPAYA ISU / MASALAH / KEPERLUAN YANG DIKAJI MEMBERI MAKNA DALAM konteks CONTRIBUTION TO KNOWLEDGE disamping meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pelajar dalam menjalankan research SECARA INDEPENDENT / ORIGINAL. Rekabentuk / teory/ analisis … kajian mestilah menghasilkan satu kajian yang unique / NOVEL dalam bentuk2 spt berikut supaya jelas sumbangannya kepada knowledge dalam bidang yang dikaji dan memudahkan dapatan diterbitkan / publisable dalam journal2
- Memantapkan teori yang boleh memberian penjelasan yang lebih komprehensif
- Mengesahkan keberkesanan intervention / model / modul / prosidur dalam memahami isu / masalah / keperluan
- Mengesahkan status hubungan / kesan / pengaruh IV-mediator-DV supaya dapat difahami isu / masalah / keperluan yang ditimbulkan
- Membina / revised instrument yang boleh mengukur isu / masalah / keperluan yang sama dalam setting yang lain
- Menghasilkan simulator / prototype / innovation / mathematical formulation / algorithm yang diuji untuk memenuhi sesuatu keperluan
Sebagai PG yg novis, anda perlu membuat preliminary search spt
- meneliti isu semasa dalam mass media
- berdiskusi dgn yang berpengalaman
- menggunakan pengalaman sendiri
- membuat pembacaan awal isu2 semasa dalam artikel2 terbaik utk mengetahui Isu / masalah / keperluan dalam bidang kajian anda yg uniq (novel).
Ini diikuti dgn bacaan lanjut dalam literature untuk mendapatkan idea akan THEORY dan METHODOLOGY (analisis, sample) yang berkaitan dengan kajian anda.
Isu / masalah / keperluan kemudiannya dinyatakan secara jelas dalam PROBLEM STATEMENT. Ini dikuti dgn OBJECTIVE kajian yang yang didetailkan dengan RESEARCH QUESTION / HIPOTESIS yang researchable.
Soalan kajian / hipotesis ini akan terjawab dgn dapatan kajian sekaligus menjawab objektif kajian. Bila dah tercapai objektif kajian, maka dicadangkan pula kajian masa depan. Inilah urutan yang berlaku dalam kajian…
OT
No comments:
Post a Comment