1. Sedikit pengalaman aku menjadi panel, aku mulakan dulu dgn ucapan tahniah kpd PG dan SV kerana berjaya menyiapkan satu kajian PhD dan diikuti dengan soalan terbuka... seperti..
Apa pengetahuan paling signifikan yg diperolehi
sepanjang menjalankan kajian ?
Apakah halangan yang dihadapi dan bagaimana mengatasinya sepanjang menjalankan kajian ?
Sebabnya 2 perkara diatas tidak tercatat dlm tesis.
2. Aku ingin PG bertenang dulu dan percaya ….
a) VIVA bukan bertujuan untuk interrogate PG khususnya dalam social science yang ada pelbagai school of thought
b) Viva 'bukan lagi masa' untuk bertanya mengapa mengunakan method ini bukan itu kerana PG telahpun melalui CE, PD, seminar dll presentation bersama supervisory committee..
c) Aku sebagai panel is not in a position untuk mengubah theory, mempersoalkan analisis PG yang digunakan sehingga semuanya perlu dirombak semula, atau resubmission. Ini tugas yang telah dilalui bersama SV dan teamnya.
d) Tentunya aku tiada sebab plak nak menunjuk-nunjuk yang aku tahu semua… sebab aku lebih selesa dalam spirit membetulkan apa yang PG dan SVnya terlepas pandang dalam kajiannya
3. Viva adalah forum bagi PG membuktikan dia telah melakukan sendiri satu kajian original dan menjelaskan bagaimana dapatan kajian berpotensi menyumbang kepada knowledge. Nothing perfect, maka panel boleh melihat aspek2 yang perlu dimantapkan lagi dari semua segi.
4. Selain dari itu, PG selepas bertahun2 menjalankan kajian, sepatutnya lulus samada dengan minor atau major… kerana Viva adalah ‘oral examination’ utk menilai PG mempersembahkan kajiannnya secara LISAN, sedang ‘batang tubuh’ tesis / dissertasi tersebut telahpun dinilai banyak kali sepanjang tempoh pengajian.
5. Aku kongsi idea ini dengan banyak kenalan aku di obersi, sebab itu ada yg santai sahaja.... malah ada uni yang PGnya dah published tesis dalam bentuk buku dgn ISBN lagi sebelum VIVA ...
6. Motif aku... viva bukan utk ditakuti dan ditakut2kan siap dgn amaran mcm2... dan sampai resubmission. Kat Oz.. semua PG pun xder viva... tak kecoh2pun.. berjuta2 PG seluruh dunia blaja kat sana..
7. Kes-kes resubmission hanya berlaku jika terdapat keadaan PG fabricated data atau plagiarism.
OT

No comments:
Post a Comment