.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, December 30, 2011

TAJUK 290 - Ketahui 10 supervision styles

Aku nak sambung sikit pasal SV tapi kali ini pasal supervision styles pulak.

Apsal ko ni bro….. ko ada buat kajian ker?

Em…. Tak juga..cuma pemerhatian dan kisah2 yang yang aku dengar dan baca..... di sana sini

Woo.. patutlah byk citer ko ni…

Saja aku nak dokumen kan dalam blog ini…. Utk bacaan sahaja…sebab byk students macam kecewa sebab cara supervision tidak menepati expectation mereka...

Perlu ker tahu style supervision ni bro?

Terserah..... bila aku tulis beberapa style supervision yang basic2 jer kat bawah ni, maknanya ko bersedialah berhadapan dengan SV yang mempunyai pelbagai style supervision. Jgn kecewa jika style SV ko tak ngam dgn ko.... atau jeles sebab SV org lain banyak membantu sedang SV ko buat derk jer..... 

Ada berapa stail supervision ko nak tulis ni?

Ntahlah…. Aku tulis jer… tak sure lagi sampai berapa... maybe lapan...

Wokey….. teruskan bro..

Pertama – Style formal

SV dgn style supervision ini menekankan proses supervision yang formal dan ikut schedule. SV jumpa pelajar, supervise dgn cara formal. Arahkan supervisee siapkan tajuk, objektif dll….. Tak ada bincang hal2 lain…. Hanya  research…..supervisee mesti buat appointment secara rasmi….spt melalui PA….dan kes ini selalu terjadi bila SV adalah juga Dekan atau Ketua Jabatan…. Tak boleh main ketuk pintu dan terjah. Kalau SV nak jumpapun…. samada RA atau PA dia yang aturkan…..Emmmm… selalunya research akan berjalan dengan baik sebab SV jenis ini mengikut schedule betul2….
Style supervision ini sesuai utk yang biasa dengan protocol…. Boleh keep up dgn schedule…..

Kedua – Syle tak formal

Yang  ini tak der barrier… tak der schedule.  SV dan supervisee boleh pergi café sama2….. boleh bertepuk tampar…. SV boleh call supervisee tengah2 malampun jika nak berbual…. Selalunya SV ni kenal  dengan supervisee….Ada advantage sebab boleh minta bantuan direct dari SV, tak der protokol2.....
Style supervision ini sesuai utk supervisee  yang boleh stay focus dalam membuat research


Ini style ninja !!


Ketiga – Style collaborate

Style ketiga ini menekankan kolaborasi. SV terlibat dalam menjalankan research supervisee, maybe supervisee adalah RA yang juga student PhD atau master bagi project SV. Style ini ada advantage sebab SV akan pastikan kejayaan research yang dijalankan.
Style supervision ini sesuai dengan supervisee yang matured….. dan ada pengalaman sedikit sebanyak membuat research

Keempat – Style coach

Sv jenis ini mementingkan output dan latihan kepada SV. Dia akan pastikan SV memiliki segala kemahiran asas dalam membuat research termasuk memberi pengalaman supervisee membuat presentation di mana2 seminar ataupun menggalakkan supervisee menulis dalam chapter atapun journal bersama. Advantage nya supervisee akan lebih confident….
Style supervision ini sesuai untuk supervisee yang boleh bekerja extra time....

Kelima – Style QC (Quality control ... ala2 Queen Control jugaklah)

SV jenis ini agak cerewet dan memastikan supervisee mengikut semua quality yang diperlukan dalam penulisan thesis. Semua yang ditulis akan dipersoalkan rasionalnya. Semuanya mesti dipastikan sempurna sehingga mencapai satu standard quality yang dikehendaki oleh SV…. Supervisee tak boleh memandai2 tukar itu dan ini wpun kajiannya sendiri..... mesti mendapat green light dari SV.....Selalunya SV pompuan ler….
Style supervision ini sesuai untuk supervisee yang tahan leteran dan berjiwa pasrah... emmmm pompuan jugak lah tu....

Keenam – Style kilang

SV jenis ini mementingkan production….. mesti hasilkan product. Maknanya, sejak awal lagi SV dan latih supervisee menulis dan ada kalanya dalam tempuh membuat PhD, supervisee berjaya hasilkan 3, 4 artikel….  bersama SV….. dan supervisee beruntung wpun terpaksa bekerja keras sejak hari pertama berjumpa SV….
Style supervision ini sesuai utk supervisee yang boleh berdikari dan tahan lasak....

Ketujuh - Style tukul besi
SV jenis ni akan paksa dan pastikan supervisee menjalankan tugas dan mengikut schedule. Lambat jer sikit, siap ko.... sure kena tukul besi.... 
Style ini sesuai dengan supervisee yang super slow.... dan selalu hilang panduan...
Style supervision ini sesuai jika supervisee jenis slow giler.... semua nak kena suruh.... banyak penyakit procrastination...

Kelapan – Style “Lu fikirkanlah sendiri”
SV jenis ini pun ada. Semuanya dibiarkan supervisee tentukan. Jika nak tulis artikel, supervisee lah yang tulis, SV hanya semak dan yang penting nama dia mesti ada. Cepat dan lambat, bergantung kepada supervisee, SV takkan ambil inisiatif apa2…. sebab SV anggap supervisee dah boleh fikir sendiri….
Style supervision ini sesuai untuk supervisee yang boleh mendapatkan “SV angkat” dan suka bertanya tak kira siapa....bagi mengesahkan apa yang dibuat kerana SV sendiri biarkan sahaja….lu fikirlah sendiri....

Wow ada 8 jenis tu bro.....

Abis ko jenis yang mana satu.... soalan bonus ni...

Aku ni novice... baru nak bertatih....  tapi aku suka menjadi SV yang versatile....... sedang berusaha kearah itu....

Amender versatile tu bro?

Versatile tu macam.... tidak mengamalkan satu cara sahaja.... rigid.... bila aku tulis 8 style ni.... aku akan ingatkan diri aku, supaya menjadi versatile....sesuaikan style aku dengan dgn supervisee. Jika yang datang jumpa aku tu jenis kena ketuk dulu baru nak bergerak.... terpaksalah aku gunakan style tukul bro....dan kalau yang datang tu matured..... aku gunalah style collaboration.....baru cool...

Itu macam aku banyak setuju bro.... jgn sampai rigid sgt.... sebab PhD ini perlukan byk tolak ansur dan perbincangan.... omputih kata win-win situation....dan akupun nak jadi student yang versatile... he he...

Pandai ler ko.....

Memang ketara setiap supervisor ada style supervision masing2 yang tersendiri..... 


So.... tu ler kisah petang2 sabtu menjelang Tahun Baru Masehi ni....

Moga berjaya dengan azam baru ko....

OT







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...