.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, December 16, 2011

Tajuk 280: ADAKAH PROPOSAL SEBUAH ILLUSI NGERI ?

Saya tulis bahawa proposal persis tiada nilai dan kali ini saya tambah lagi bahawa proposal hanyalah satu illusi. Nak tahu kenapa...?  teruskan membaca sampai habis entry ini...


Saya terima beberapa rasa tidak puas hati…. bila saya tulis Tajuk 279....proposal persis tiada nilai. Antara alasan yang diberi.....

Alasan 1: Proposal perlu details sebagai persiapan menulis thesis

Alasan 2: Proposal dedahkan diri kepada critism oleh SV….. baik utk menjalankan kajian

Alasan 3: Proposal yang ringkas membahayakan pelajar kemudian hari.

Terima kasih, saya terima semua alasan di atas tanpa terma dan syarat. Saya cuma..... ulang lagi.... saya cuma musykil mengapa proposal perlu disiapkan dengan mendalam seolah2 tiada sebarang kesalahan yang perlu wujud dan tiada apa2 komen lagi selepas itu….dan perlu disiapkan dgn kritis..... hatta memakan masa sehingga  2 tahun untuk disiapkan !


Saya lebih percaya bahawa menulis dengan kritis adalah satu proses dan pelajar perlu bermula dengan proposal yang maybe tidak begitu kritis dan proses ini akan terus dipelajari sehingga menghasilkan penulisan thesis yang lebih kritis dan mendalam.

Saya juga musykil, mengapa proposal tidak boleh dianggap sebagai membina asas yang kukuh utk kajian malah proposal boleh dibentangkan lebih dari sekali…. sama juga seperti kajian rintis, yang kebanyakkan pelajar malah SV menanggapnya hanya perlu dijalankan sekali sahaja... then everything is PERFECT!

Saya percaya, tiada sempadan yang jelas antara proposal dan thesis. Sebab itu saya berpendapat, proposal secara mudah boleh dianggap sebagai ILLUSI sahaja kepada kajian dan tidak perlu TERLALU DETAIL sehingga bertahun2 baru boleh DEFENSE…..dan perlu LULUS utk meneruskan kajian dan mula menulis thesis.

Saya guna perkataan ILLUSI kerana tiada sempadan yang jelas antara proposal dan thesis kerana menulis PROPOSAL dan THESIS adalah satu proses berterusan dan berkesinambungan (dengan izin - guna bahasa canggih sikit)

Saya katakan illusi kerana naskah proposal anda yang tebal tersebut tidak akan dihargai lagi akhirnya... emmmm.. apabila anda mula menulis thesis...

Saya katakan proposal adalah ILLUSI kerana akhirnya sedikit demi sedikit illusi tersebut hilang dan muncul pula thesis yang menjadi tujuan utama anda melanjutkan pelajaran, dan parsyarat utk anda bergelar "Dr".... 

Jadi, tiada istilah LULUS proposal, sebab proposal bukannya satu ujian….. ianya proses yang berterusan


Jika ini difahami….. kuranglah STRESS yang dihadapi pelajar….proposal boleh terus dikritik oleh SV dan komiti….. tak payah tunggu sehingga betul2 perrfecctt (sebab mana ada propsoal research yang perrfecctt) …Sebab tu defense proposal juga adalah proses berterusan hatta selepas selesai kajian dan menghantar thesis pun anda perlu defense.... kali ini dalam viva pula....
Saya peluk botol minuman atau sebuah tiang.... Inilah ILLUSI


Faham ke ni? Nak bagi analogi? 

Saya tak dapat fikirkan analogy…..so saya gunakanlah pengalaman saya bagi menerangkan maksud di atas.

Secara ringkas, saya membentangkan “proposal” saya sebanyak 3 kali.

Pertama: selepas 3 bulan membaca dan mendalami focus kajian, saya berjaya menyiapkan draf proposal ringkas, saya present depan supervisory committee  dan kemudian dihadapan semua pelajar Master / PhD yang dijemput . Pada prinsipnya proposal saya diterima, mestilah ada komen2 dari audience. Tahu jer lah Mat Salleh, semua dia nak komen... ada yang saya terima dan ada yang saya tak terima sebab tak relevance dgn kajian saya ....but its OK...

Then saya mula menulis proposal secara intensif dan menambah kedetailannya, kerana pada dasarnya komponen utama dalam kajian saya telahpun diterima utk memulakan kajian. Saya mula menambah Chapter dari 3 ke 5 Chapter (tentunya dengan document map) dan illusi proposal saya mula kabur... dan imej thesis dah mula kelihatan....

Kedua: Selepas menjalankan pilot, saya bentangkan lagi "proposal" saya, di satu seminar anjuran Flinders University, sebagai kertas cadangan kajian. Saya masih mendapat komen… sebab ramai sifu2 yang hadir ketika itu….so no worries.... bertambah mantap lagi kajian yang bakal saya jalankan...

So saya teruskan penulisan saya, dengan lebih mendalam lagi…dan mengambilkira komen2 tambahan yang baru saya terima…..tetapi bukan bersifat core….. Saya semakin yakin utk memulakan kajian dan balik ke Malaysia utk memungut data. Illusi proposal makin kabur..... imej thesis dan mula jelas....

Ketiga: Selepas setahun dan mendapat data lengkap, saya present sekali lagi, dalam seminar fakulti di University of Adelaide pula….masih mendapat komen dari aspek analisis data….

Saya teruskan penulisan dan illusi proposal dah hilang sepenuhnya..... imej thesis telah muncul....saya tak berlengah lagi..... membuat pendetailan dgn bantuan SV.......

Menjelang SATU TAHUN 10 BULAN, saya berjaya  lengkapkan sepenuhnya Thesis saya , dan diterima tanpa sebarang masalah oleh supervisory committee , kecuali keperluan utk membuat proofread kali terakhir, sebab Bahasa Inggeris saya berbelit2….Thesis saya telah sedia utk dihantar ke external examiners..... Sementara itu, saya present paper saya di Brunei Darussalam.... amin semuanya selamat

Jadi, memastikan proposal BETUL-BETUL PERFECT….. dan dipastikan tiada cacat celanya utk pembentangan dengan memakan masa sehingga 4, 5 semester adalah sesuatu yang saya emmm….. macam tidak kena dengan maksud dan tujuan asas proposal.

Proposal perlukan komen dan kritikan yang berterusan…. Malah dalam vivapun masih ada pembetulan yang perlu dilakukan. Cuma, semasa viva, sepatutnya hanya berlaku minor correction…..

Sebab itulah saya sangat sensitive jika pelajar terpaksa menahan rasa, memendam jiwa….. kerana berada ditakuk proposal selepas 2 tahun…. sedang semua asas2 proposal dah siap…. hanya pendetailannya sahaja yang tak abis2 dibaiki….. 


Kenapa saya mempunyai perasaan tersebut? Kerana Allah mempermudahkan saya melalui semuanya dan menjadikan pengalaman membuat  proposal sebagai satu illusi indah....bukan illusi ngeri yang banyak dihadapi oleh pelajar....so saya seboleh2nya ingin mempermudahkan pelajar, bukan kerana suka2 tetapi kerana saya yakin itulah yang sepatutnya berlaku diperingkat penyediaan proposal. 


Tetapi masih ramai pelajar yang peringkat proposal malas membaca, explore... baca sikit2 jer....baca 2, 3 kali tak faham terus giveup...takut jumpa SV sebab tak ada persiapan....sedang peringkat inilah pembacaan dan exploration yang paling crucial... bagi menyediakan asas proposal yang mantap...Jika ini yang berlaku.... andalah yang bertanggungjawab membina illusi ngeri anda sendiri..... 
Lukisan diatas sebuah simen rata sebuah parking lot.....

Walaupun dilukis di atas simen rata, saya seolah-olah berada atas tangga .....inilah juga sebuah ILLUSI


Bagaimana dengan ini? 


Cukup dulu... saya bersiap utk hadiri seminar tahun akhir pelajar..... yang berlangsung pagi ini.....Saya akan ke Uitm Segamat esok.... sehingga jumpa lagi...




OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...