.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Wednesday, December 7, 2011

Tajuk 271 – Apabila RESEARCH FRAMEWORK menjadi ALIEN….Bhg 1

Hujan lebat. Jam ditangan menunjukkan pukul 5.45pm. Jalan dipenuhi air. Saya menuju ke bilik kuliah….. kelas bermula 6.00 pm.....40 pelajar saya sedang menunggu…. Diam…tekun membaca. Amazing.. baik betul students bila hujan2 begini.... tak derlah pulak yang masuk lewat.... musykhil ler pulak hati wa ni.... buang tabiat ke diaorang ni?

Emm…. Rupa2nya ada kuiz ….patutlah semua tekun membaca. Sekali sekala kena “acah” juga grad students ni supaya bersedia dan buat revision juga… at least kuasai asas2 research methods.

Saya sebenarnya mendapat satu pengajaran paling berharga dari tugasan yang dihantar oleh pelajar minggu lepas….. iaitu menyiapkan “RESEARCH FRAMEWORK” (RF). Bukan sahaja pelajar yang belajar, saya juga turut belajar dan menimba pengalaman berharga.

Wo wo wo bro…. kongsilah pengalaman tu bro…

Sibuk jer  ko ni…. Aper yang ko nak?

Hujan bro... laparlah...kalu pekena kopi o panas dengan rebus ubi kayu cicah sambal atau ikan masin.... gerenti terangkat bro.... citer lah skit pengalaman berharga bro tu….

Wokey…. Sepintas lalu…. Wa bagi tugasan RF tersebut selepas minta mereka buat proposal ringkas. Wa terkezut….tapi belum sampai ke peringkat tergolek dog…. Hampir semua tugasan menggambarkan pelajar tidak jelas bagaimana membina RF…tanpa RF yang mantap....samalah macam buat rumah guna tiang batang buluh jer bro.... ko pasang jer atap...... ranap ler rumah ko tu....

Pengalaman berharga wa adalah….. sesuatu yang nampak mudah tetapi PENTING spt membina persoalan kajian dalam RF….adalah satu perkara yang masih ALIEN bagi pelajar siswazah.

He he…. Wa pun terasa jugak tu bro…. detail lagi skit bro….

Pertama, tanpa persoalan kajian / hipotesis yang JELAS, pelajar yang masih novice pasti kelamkabut utk menentukan instrument dan kemudiannya analisis data.... yang akan menjawab persoalan kajian atau menguji hipotesis tersebut. Buat research amende jika tak boleh jawab persoalan kajian...

Kedua, asal ada persoalan kajian jer, instrument terus tulis soal selidik…. tak kisah ada ker tidak soal selidik yang nak diguna atau nak kena bina dll…. Itu belum tanya bentuk skor, skala, bilangan item, konstruk, reliability dan validity dll berkaitan soalselidik tersebut. Semuanya nak guna alasan "nantilah aku fikirkan kemudian...." yang akan memakan diri sendiri.... sebab tulis proposal tebal mak datuk....tapi bahagian instrument.... ciput jer satu ayat sahaja....

Memanglah boleh tulis jer soal seidik tetapi sepanjang penyediaan RF tersebut, mestilah dah ada idea  dan penentuan instrumentyang bakal digunakan dari pembacaan literature semasa menyediakan proposal… paling baik instrument yang boleh diperolehi utk digunakan khususnya kepada pelajar Master….. yang PhD tu kenalah bina atau validate semula soalselidik yang nak digunakan…

Ketiga, tanpa instrument yang jelas, dan tanpa skala yang nak digunakan…..maka analisis data akan jadi kabur…. main “taram” jer….


Bina RF mestilah sekukuh Transformer ni bro....
Bukan calang2 org boleh bergambar dengan 
Optimus Prime ni... he he...

Sebagai pensyarah bertaraf biasa-biasa…. Ini satu cabaran bagi wa…yang wa kena pikul bersama pelajar….

Jadi wa akan kemukakan beberapa entry dengan contoh RF yang kabur....bagi dikongsi bersama…. Sebab wa tahu…. ALIEN yang sama juga dihadapi oleh rakan2 calon Master / PhD diluar sana…. termasuklah ko bro….

He he….cam tau jer…. malulah wa….

Dalam entry lepas wa bagi contoh RF yang wa buat.... tapi kali ni wa bagi contoh pelajar yang buat...bagi manfaat semua...Ok….kita sambung…. sebab wa terpaksa ke Pusat Sains negara pagi ini dulu…..

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...