.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, December 1, 2011

Tajuk 266 - 5 Mitos PhD / Master !!

Saya menggemari rancangan Mythbusters.... kerana banyak mitos yang diterima sebagai benar tetapi akhirnya dibuktikan  palsu. Membuat PhD / MAster juga ada mitosnya... saya cuba senaraikan 5 daripada mitos tersebut...dan memberi kupasan secara ringkas samada mitos tersebut benar atau sebaliknya...

Mitos 1 -  Menjadi calon Master / PhD bermakna menempuh  saat paling getir dalam hidup

Menjadi calon Master / PhD sebenarnya satu pengikhtirafan kemampuan anda untuk menyumbang sesuatu yang baru kepada pengetahuan dalam bidang kajian anda, khususnya melalui penyelidikan yang anda lakukan. Nikmatilah saat yang hanya datang sekali seumur hidup ini sehingga anda benar2 diikhtiraf melalui gelaran  “Dr”. Jadikan ini sebagai SAAT TERINDAH DALAM HIDUP ANDA !!

Malangnya anda beranggapan kesulitan dan kegetiran itu satu kemestiaan dan anda membiarkan diri anda merasai kegetiran tersebut sebagai justifikasi menjadi calon Master / PhD.

Mitos 2. Tidak ada jalan mudah bagi calon Master / PhD menghasilkan kajian.

Terlalu banyak jalan yang boleh membantu menjadi calon yang berjaya. Mulakan dengan langkah yang betul seperti mencari gap kajian dan mantapkan research framework.

Malangnya anda tidak ada panduan utk memulakan kajian anda maka anda mengambil masa terlalu lama untuk mendapatkan gap dan research framework anda. Anda terlalu sibuk mencari tajuk kajian yang sesuai… sedang tajuk kajian bukanlah perkara pertama yang anda perlu cari....malah paling sadis… anda tak tahupun apa itu gap dan research framework dan kenapa anda perlu memantapkan kedua2nya terlebih dahulu.... menyebabkan anda terkial2 sepanjang perjalanan anda dan menjadikannya semakin getir... walhal anda tidak perlu melalui semua itu..!!

Mitos 3. Membuat penyelidikan peringkat Master / PhD bermakna anda bekerja berseorangan.

Dunia telah berubah. Maklumat bukan sahaja dihujung cari anda tetapi juga dihujung cari rakan2 seperjuangan anda. Terdapat ramai pakar dan rakan2 yang sudi membantu anda memberi penjelasan dan mendapatkan artikel2. Ambil tahu dan joint rangkaian facebook, blog, dll (seperti Doctorate Support Group) bagi anda meminta bantuan merentasi sempadan IPTA malah sempadan geography.

Malangnya, anda tidak joint mana2 group, tiada discussion group dan dok termenung sendirian mengenang nasib….

Mitos 4. Menunggu benar2 bersedia baru memulakan penulisan.

Menulis tesis adalah suatu yang rumit kerana manuskrip yang dihasilkan tebal dan terperinci. Oleh itu anda perlu memulakan penulisan proposal yang standard seawal semester 1 tanpa perlu menunggu lantikan SV, habis coursework dahulu dll. 


Malang sungguh anda yang ada pengalaman membuat master tetapi tidak terus memulakan penulisan proposal PhD. Lagi awal anda mulakan penulisan lagi awal anda membina asas kukuh dan pemahaman menyeluruh kepada penyelidikan anda. Pelajarilah menulis tesis secara efisyen dan pantas melalui aplikasi document map / navigation pane bagi tujuan tersebut, nescaya penulisan anda anda lancar dan anda boleh menyusun maklumat dalam proposal anda secara sistematik.

Malangnya anda menunggu semester 3 baru nak mulakan penulisan dengan harapan anda telah bersedia. Ingatlah, anda tidak akan pernah bersedia jika anda tidak memulakan penulisan anda. Semakin awal anda mula menulis, semakin awal anda menguasai kajian anda.

Saya tidak boleh bayangkan seorang pelajar yang membentangkan proposal  pada semester ke 5 atau 6 dan kemudiannya mendapati proposal tersebut terlalu banyak yang perlu dibetulkan. Alangkan baiknya jika perkara tersebut berlaku pada semester ke 2 atau 3 yang mana masih ada masa utk membetulkannya.

Mitos 5. Master / PhD  hanya untuk mereka yang muda, genius yang membuat kajian yang dasyat2.

Kajian peringkat master /PhD hanyalah sebagai satu pra-syarat untuk mendapatkan ijazah Master / PhD bagi calon yang boleh bekerja secara sistematik. Menghasilkan tesis Master / PhD hanyalah satu usaha  ‘a contribution to knowledge’ dan bukannya bertujuan utk mengubah dunia atau sebarang polisi atau menghasilkan sesuatu yang super “original” atau membuat sesuatu yang belum pernah dibuat sebelumnya. Jika benar2 anda ingin "mengubah dunia"....  selesaikan dahulu PhD anda !!

Tambahan membuat kajian peringkah master / PhD memerlukan kemahiran yang “boleh dipelajari”. Tambahan sekarang, banyak ruang dan peluang utk memperolehi kemahiran tersebut. Teknik mencari gap kajian, menghasilkan research framework, penentuan saiz sample, analisis statistik, teknik menulis kritis, menggunakan software spt endnote atau NVIVO... semuanya skills yang boleh dipelajari… tanpa memerlukan anda seorang yang genius….Cari atau anjurkan sesama sendiri. Takkan itupun SV anda perlu bagitau. 


Contohilah Persatuan Siswazah Fakulti Pendidikan UKM yang menganjurkan bengkel saban minggu. Paling mengharukan, bengkel tersebut juga dikendalikan oleh bekas pelajar PhD UKM dan pensyarah sendiri dengan bayaran yang sgt minimum berbanding dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi. Mereka juga berjaya memohon satu ruang yang besar dengan kelengkapan meja dll yang membolehkan pelajar Master / PhD berjumpa, berbincang dan menganjur bengkel2.

Persoalannya adakah anda telah "cuba" menguasai kemahiran2 tersebut?


OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...