.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Wednesday, December 7, 2011

Tajuk 272: 3 thn tak siap proposal, 5x tukar tajuk - Email yang mesti anda baca !!

Berikut saya lampirkan satu email yang saya terima dari salah seorang peserta bengkel. Selalunya email saya terima pendek dan ringkas.... tapi yang ini agak panjang lebar. 


Saya copy and paste sebijik2 email tersebut cuma saya tukar satu nama kepada xxxx. Saya masukkan dalam blog ini kerana ada bahan utk direnung bersama...

i.   Penulis dah 3 tahun baru dapat menyiapkan proposal
ii.  Penulis bertukar 5 kali tajuk kajian

iii  Bertukar SV
iv. Penulis hampir putus asas
v. Penulis adalah pelajar sepenuh masa, bergaji dan berbiasiswa
vi. Penulis terpaksa menunggu green light Bab 1 sebelum menulis Bab 2 seterusnya.....



Ditakdirkan akhirnya penulis tergerak utk mempelajari teknik penulisan dan kemahiran ini telah menghasil satu momentum..... bacalah email tersebut....



Salam Dr. OT.
Bersyukur kepada Allah. Alhamdulillah. Terima kasih Dr. di atas ilmu yang disampaikan. Pengalaman lalu saya sebagai pelajar PHD agak payah dan laluannya sukar jika dibandingkan sekarang ini (masih lagi pelajar PHD). Setelah hampir tahun ke tiga, saya masih tidak dapat menyiapkan proposal saya, bayangkanlah perasaan saya yang bercampur baur antara maruah dan tanggungjawab. Maruah kerana semua orang tahu termasuklah orang kampung bahawa saya sedang menyambung pengajian tahap kedoktoran dan tanggungjawab pula ialah saya bercuti sepenuh masa diberi gaji malah diberi lagi biasiswa semata-mata untuk menyelesaikan pengajian saya.

Pada bulan 6 tahun ke tiga, saya telah bertukar supervisor dan tajuk kajian turut bertukar untuk kali ke-5. Disaat saya hampir putus asa (lebih kurang bulan 8 - tahun ke tiga), pertolongan Allah sampai... pada masa itu kawan saya telah memberitahu saya tentang workshop Dr.OT dan dia hendak ke KL pada hari itu juga. Saya hanya digerakkan oleh Allah untuk menemaninya kerana saya tidak pun mendaftar workshop tersebut. Oleh krn kawan saya seorang yang positif dan dia menyatakan tidak ada masalah untuk saya menyertai dan boleh dibayar pada masa itu maka dengan senang hati saya bertolak pada malam itu juga (esoknya workshop). Sememangnya saya hanya berserah kepada Allah.....

Pada hari tersebut, kami sesat di KL dan di Serdang. Kebetulan saya seorang kawan lain telah menunggu di sana (workshop Dr. OT). Dia telah memaklumkan kepada Dr. OT yang kami lewat krn sesat dan apa yang saya terharu ialah Dr. OT sanggup menunggu kami sebelum memulakan workshopnya.

Sebelum itu, saya pernah dengar tentang document map melalui xxxxx (kawan yang hendak ke KL) tapi tak tahu cara penggunaannya. Walaupun xxxxx ada pengalaman tentang document map tapi dia masih mahu menyertai workshop ini dan perkara ini menyebabkan saya tertanya-tanya apa yang istimewanya???

Semasa menjalani workshop Dr. OT saya masih merasakan document map sesuatu yang biasa sebab semuanya ada dalam Microsoft Office Word cuma kita tak tahu cara penggunaannya. Dalam kepala saya, saya hanya memikirkan masalah kajian saya berbanding workshop yang disampaikan.

Apabila saya pulang, supervisor (SV) baru masih lagi tidak membaca bab 1 saya dan memberitahu saya agar tidak membuat bab 2 lagi sehingga mendapat green light utk bab 1 . Oleh itu, saya meluangkan masa saya menukarkan bab 1 itu kepada bentuk document map termasuklah bibliografi. Rupa-rupanya bukan mudah kerana settingnya lari dari bentuk asal dan terima kasih sekali lagi pada Dr. OT kerana membantu saya apabila menghadapi masalah ketika memasukkan nama dalam bibliografi (manage sources).

Dipendekkan cerita, saya telah mendapat green light untuk bab 2 dan bab 3 dari SV. Saya masih menghadapi masalah apabila memasukkan bibliografi dalam bentuk APA (word). Lagi sekali Dr. OT membantu saya.

Akhirnya saya dapat menyiapkan ketiga-tiga bab pada bulan awal 10 dan minta SV menyemak writing saya. Pada akhir bulan 11 saya mohon untuk bentang (propose) tapi malangnya SV masih tidak puas hati dengan isi dan susunan writing saya. Saya buat pembetulan lagi sekali dan mohon tarikh untuk bentang. Akhirnya SV saya bersetuju memilih tarikh 15.12.2011 untuk pembentangan saya tapi dengan syarat buat pembetulan lagi bab 2 (major correction). 

Bayangkanlah saya kena hantar selewat-lewat pada 2.12.2011 (dua minggu sebelum pembentangan) dan saya hanya ada masa seminggu sahaja. Setiap pembetulan pula mesti ditunjukkan kepada SV. Pada masa itu, dengan izin Allah document map adalah penyelamat saya kerana dalam penulisan tesis, koheren (kesinambungan antara bab dan sub topik) adalah sangat penting.

Oleh kerana kekangan masa, setiap pembetulan, saya hanya meminta SV saya menggunakan document map untuk melihatnya semula. Nasib baik SV baru ini seorang user friendly dengan IT maka dia hanya menggunakan email dan memeriksa ketiga-tiga bab dengan document map. Bayangkan saya mendapat email drp SV lebih drp 5 kali. (sekali email lebih dari 2-3  pembetulan atau mungkin lebih). Bayangkan lah kalau tidak ada document map... dan pada hari itu (pagi) saya kena buat pembetulan bab 3 juga. Pada masa yang sama, saya kena hantar sebelum pukul 5 p.m. Akhirnya lebih kurang pukul 3 p.m. baru lah SV membenarkan saya utk printkan ketiga-tiga bab dan compile kesemuanya. Bayangkan saya hanya ada dua jam termasuk masa untuk photostat 6 copies  (pergi kedai photostat).

Dalam tempoh utk menyiapkannya, saya diuji lagi sekali dengan masalah isi kandungan dalam word. Pada masa itu, lagi sekali Dr. OT memberi idea membantu saya. Akhirnya saya berjaya jua menghantar proposal saya pada jam 5.05 p.m.

TERIMA KASIH DR. OT. Dengan izin Allah, Dr. tidak membantu saya dalam penulisan kajian saya tetapi Dr. membantu saya dalam teknikal mempermudahkan dan mempercepatkan penulisan kajian saya. 

Doa saya agar Allah mempermudahkan urusan Dr. sekeluarga sebagaimana Dr. telah mempermudahkan urusan saya.

N
USM
8 Dis 2011




Walaupun setiap research adalah unik.... dan cabaranpun unik dan berbeza....namun satu persamaan tak kira research apapun yang anda buat.... anda perlu menulis secara detail dan tebal... maka anda perlukan kemahiran yang efisyen dan pantas dalam menulis, mengedit, mengorganize, reproduce, checking, formatting etc menggunakan kemahiran samada MSWord document map / navigation pane (for social science), LaTex (for engineering / equations) ataupun Scrivener (for mac) !!


Jgn menaip di laptop anda seperti mesin taip.
Table of content yang anda taip 3 jam  hanya memerlukan 3 saat dengan document map... 


Saya juga telah menyentuh mengapa proposal perlu ditulis 3 bab serentak dan bukan bab demi bab.... (namun SV sering menasihatkan pelajar siapkan bab by bab.... saya sendiri tak tahu kenapa sehingga ada istilah..... selagi tak dapat greenlight Chapter 1, tak boleh tulis Chapter 2 dan seterusnya...... ) seperti kupasan dalam entry Tajuk 189 .... serta mengapa perlu mencari research gap (byk entry saya jelaskna hal ini) bukannya mencari tajuk sehingga boleh diubah2 beberapa kali...... bukan sekali TETAPI sehingga 5 kali.....perghhh wa cakap lu !


Saya juga menjangkakan penulis email di atas telah menyiapkan satu proposal yang tebal......(sesetengahnya lebih tebal dari thesis SV sendiri!) dan bab ketebalan thesis ini saya kupas dengan panjang, dalam dan lebar.....sila baca Tajuk  267.....


Apapun yang telah berlaku, syukurlah..... bengkel sehari document map dan sedikit nasihat telah membetulkan perspektif penulis email dan beliau sudahpun mendapat momentum utk meneruskan penyelidikan dan penulisan beliau. Syabas moga jgn menoleh kebelakang lagi.... ibarat batton 4 x 100m telah berada di tangan anda ....PECUT JGN TAK PECUT.....




OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...