.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, December 1, 2011

Tajuk 265 - Bina Research Framework bagi mengetahui standard Master / PhD

Saya berkesempatan menghadiri satu pembentangan pelajar PhD yang berada di semester ke 5. Dari jauh saya lihat proposal yang dipegang oleh pelajar tersebut hampir menyamai tesis sebenar dengan muka surat mencecah 300...pheww...

Dalam pembentangan tersebut, calon menggunakan pre-post experimental design dengan tambahan interview.

Saya sempat bertanya soalan semasa sesi soal jawab, mengapa beliau hanya gunakan t-test sahaja kerana tahap analisis data PhD sepatutnya lebih mendalam. Saya hanya mengagak t-test akan dilaksanakan kerana ada pre-post test dalam kajian tersebut. Calon tidak mengemukakan research framework semasa pembentangan. Saya terus mencadangkan calon mengambilkira aspek gender supaya boleh menggunakan analisis ANOVA faktorial.

Terkejut saya.....opocot....apabila calon tersebut menjawab, dia hanya akan menggunakan analisis korelasi bukannya t-test spt jangkaan saya. Dan menambah bahawa data interview akan digunakan bagi memperkukuhkan analisis korelasi tersebut !!

Timbul persoalan - mengapa calon bersusah payah membuat kajian eksperimental kemudian hanya menggunakan analisis korelasi. Ini bermakna calon tidak faham bahawa kajian eksperimen dijalankan untuk menguji cause and effect dari treatment yang diberikan. Jika sekadar korelasi, tidak perlu dijalankan kajian experimental !! Mengapa ini terjadi kepada calon PhD semester 5 yang telahpun menyiapkan proposal yang begitu tebal !!

Akhirnya calon akur dan akan membetulkan analisis statistiknya. Nampaknya calon mengambil masa yang begitu lama untuk "menebalkan" proposalnya maybe dengan menulis LR, membetulkannya dan menulis semula....sedang perkara asas perkara2 asas seperti membina research framework tidak dihiraukan terlebih dahulu. Memang perkara biasa berlaku pembetulan kepada proposal pelajar, tetapi bukan proposal yang dibentang pada Semester ke 5 oleh calon PhD sepenuh masa!! 

Jadi saya ingin berkongsi secara khusus apakah yang dimaksudkan dengan research framewework, RF. Jgn salah faham dengan conceptual mahupun theoretical framework seperti yang saya tulis dalam entry sebelum ini. 

RF adalah flow keseluruhan rangka kajian yang anda akan jalankan bagi kajian anda. Menyediakan RF akan memastikan kajian anda dapat menjawap persoalan kajian melalui pengumpulan data dari instrument yang betul dan dianalisis dengan teknik yang juga betul. RF digunakan bagi memudahkan anda dan SV anda memastikan kajian anda menepati standard PhD / Master dan mempunyai flow yang logik.

RF ini mempunyai berbagai2 bentuk. Saya sendiri mencadangkan jadual OPISA (sila baca entry terdahulu) ataupun sekadar dua contoh jadual seperti berikut. Jadual ini hanya contoh satu persoalan kajian sahaja, sebabdalam RF sebenar, anda perlu membuatnya bagi semua persoalan kajian anda:

Contoh 1 - A



Katakan calon mengemukakan RF nya utk menjawap salah satu persoalan kajian seperti contoh di atas. Dari pemerhatian saya, analisis regressi berganda didapati bersesuaian bagi menjawab persoalan kajian berdasarkan RF ini. Analisis ini pada asasnya mencukupi utk mereka yang berada di peringkat Master.



Contoh 2 



Dalam contoh 2, hanya ANALISIS factorial 2 x 2 (kerana ada 2 IV iaitu Jantina (J) dan Tempuh Masa (T)) dapat menjawap persoalan kajian dengan instrumen spt yang dinyatakan dalam RF di atas. Secara sepintas lalu, RF bagi menjawab persoalan kajian adalah tepat dan calon boleh meneruskan penulisan.


Contoh 3 



Dalam contoh 3, RF menunjukkan persoalan kajian dijawab dengan analisis t-test sahaja. Jika semua persoalan kajian hanya menggunakan analisis t-test, RF ini menunjukkan kajian anda tidak mencapai tahap PhD yang memerlukan analisis data yang lebih mendalam. Maka mudahlah calon meningkatkan tahap persoalan kajian sehingga memerlukan analisis yang lebih mendalam spt mengunakan Factor Analisis, SEM, Multiple Regression, MANOVA, PLS dsb...




Oleh itu, RF sangat penting untuk anda mendapatkan rangka kajian yang mantap dan sebagai penentuan samada kajian anda mencapai standard Master  / PhD. 



OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...