.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Monday, December 19, 2011

TAJUK 283: PROPOSAL? SATU LAGI EMAIL YG WAJIB DIBACA....

Belum sempat saya meneruskan penulisan berkaitan Viva, saya ingin kemukakan satu email lagi... kali ini dari seorang calon PhD.... dari IPTA terkemuka di Utara Semenanjung...

Emailnya panjang lebar, penuh doa dan emosi...penulis lampirkan Jadual OPISA bersama emailnya utk saya semak....mengundang reaksi kepada saya.  Nampaknya Jadual OPISA yang saya cadangkan dalam blog ini sangat berguna utk semakan Research Framework, walaupun ringkas. Bagi anda yang sedang menyiapkan proposal mahupun thesis, mengapa tidak ringkaskan Research Framework anda samada dalam bentuk Jadual OPISA ataupun Template RFOT1, dan minta pakar2 lain atau pensyarah lain yang anda kenal utk double check (jgn hantar kat saya pulak....). Rujuk blog jika anda tak tahu apa itu Jadual OPISA dan RFOT1. 




Berbalik kepada email yang dikirim...walaupun panjang....berikut adalah bahagian yang relevan yang saya paparkan kerana saya perlu menjawap email ini kerana dah janji... moga dapat pengajaran kepada pembaca blog..


...yang sentiasa dalam doa dan emosi ayahanda....

Cuma sebelum itu, sukacita saya nyatakan bahawa, saya hanya ibarat semut dititian usang..... yang takkan mampu memahami dan mendalami segala pertanyaan atau luahan pembaca blok saya yang dah menjangkau puluhan ribu dgn hits blog ini pula telah menjangkau ratusan ribu. Byk juga persoalan dlm email yang saya hanya jawab sepintas lalu.... atau saya tangguh nak jawab lansung lupa.....(emmmm) sebab terlalu byk ler dlm in-box saya.... 

Apapun email berikut sgt berkait dgn tajuk yang saya bincang.... berkaitan proposal


TQ Dr,  saya amat berharap sangat Dr boleh tolong supaya saya dapat proceed ke next stage utk buat data collection n ke tahap sterusnya. Blog Dr tu dah jadi rujukkan beratus2 kawan2 saya. Selepas baca semua pakat kata........awat la aku tak baca dulu lagi.....banyak masalah yg sangkut2 nak buat PhD ni dpt dileraikan dgn penerangan sempoi Dr. 

Sekarang sampai masa yang saya takuti untuk buat data collection, analisis dan interprete data.  Perkara saya paling lemah dan takut sekali bila saya baca tajuk 64 dan 65 - Salah pilih statistik kajian anda "going down to drain", kemudian dr cakap kajian tak mantap n not PhD standard kalau just guna t-test. Dalam kajian saya memang guna analisis t-test dan  multiple regression saja. Dr cakap lagi tentang analisis yang mantap dan nak bagi weight pada reserach tu bina item sendiri. So saya bina item sendiri. Saya rancang  Tapi saya risau bimbang, tidoq tak lena dok fikir tentang analisis statistik yang saya guna. BETUL KE TAK BETUL. BETUL KE APA YANG SAYA BUAT. So saya pun rancang ikut obj, soalan kajian, fikir dan cek dgn entry dari blog Dr dan buat Jadual OPISA yang saya attach. Saya mohon pertolongan pada Dr beri komen, betul ke apa analisis yang saya nak buat tu. Jika salah Dr tegur dan pasti saya akan baiki. 

Bila ada student yang keliru dan tak pandai statistik mcm saya tanya soalan mcm ni tentu Dr tertanya2 ttg SV  saya kan. SV ok. ...semoga Allah permudah segala urusan Dr....amin
Ikhlas 

PhD Candidate


Komentar saya sepintas lalu berdasarkan semata2 Jadual OPISA (Research Framework)  yang dilampirkan dalam email pengirim yang saya tak boleh dedahkan disini....sekadar berkongsi komen...

Objektif 1 : Tidak jelas bentuk skor / skala. Jika IV adalah nominal spt yang ditulis, maka analisis t-test tidak boleh dijalankan. Gunakan Chi-Square.

Objektif 2 : Tidak jelas bentuk skor / skala. Jika berkaitan persepsi, saya tidak fikir skor anda dalam bentuk interval (spt yang ditulis). Saya percaya skor anda dalam bentuk ordinal (sebab anda menggunakan soalselidik terhadap persepsi)

Objektif 3 - 5 : Jika anda guna Likert 5 point - maka data anda adalah ordinal bukannya interval spt yang anda dakwa. Sila gunakan summated scale jika anda ingin apply t-test


Objektif 6: Persoalan kajian tidak synchronise dgn analisis multiple regression yang anda ingin jalankan. Persoalan kajian anda seperti menguji hipotesis dengan signifikan dan saya tidak dapat bayangkan bagaimana anda akan membuat multiple regression !! Persoalan berkaitan multiple regression selalunya spt " Manakah antara faktor P, Q dan R yang paling mempengaruhi aktiviti S". Ini menyebabkan saya terfikir.... anda tahukah apa itu multiple regression ?




Hah.....barulah dua-dua synhronise.....

Timbul persoalan lagi:
1. Mengapa ada interview dan apa tujuan interview? 
2. Bagaimana anda bina soal selidik anda.... adakah anda guna Factor Analisis atau bagaimana?
3. Peringkat PhD tak boleh sekadar bina soal selidik sendiri dgn uji chronbach alpha sahaja....

Walaupun sekadar merujuk kepada Jadual OPISA (rujuk blog saya tajuk berkaitan jika tak tahu apa itu OPISA) yang agak kelamkabut dan tak lengkap yang dihantar kepada saya, byk komen yang telah saya berikan di atas. 

PERSOALAN BESAR SAYA:
Mengapa setelah lulus proposal dan dah pun bersedia utk menjalankan kajian serta mengumpul data ... pengirim email masih tak jelas banyak perkara asas......termasuk persoalan kajian yang tak mantap serta analisis data yang meragukan... 

Jadi apakah yang diperolehi oleh pengirim email semasa proposal defense beliau? Saya tak boleh jawab dan tak tahu apa yang berlaku. Timbul juga persoalan dibenak otak pentium IV saya ni -  Jika dah pun "lulus" proposal yang tebal dan detail.....tapi mengapa research framework masih belum mantap....? Sapa nak tolong jawap persoalan ini. Saya minta pengirim email tolong jawabkan ....


Nasihat saya, rujuk semula kepada SV anda. Tak perlulah sebut saya yang suruh pulak atau komen itu ini....anggaplah  komen sebegini boleh datang dari sesiapapun....sebab kemantapan research framework adalah t/j anda seorang dengan nasihat SV. Maybe ada yang terlepas pandang... 

Saya cuma utarakan sebagai realiti yang menguatkan lagi isu yang saya kupas dalam blog saya..... dan saya tidak menulis hanya kerana saya nak menulis.... tapi inilah yang menyedarkan saya kenapa saya perlu terus menulis....jika masih ada kudrat... dan kelapangan....

OT



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...