.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Monday, December 26, 2011

TAJUK 286 - 5 Jenis Supervisors

Alamak bro tak penat ke…. balik bercuti terus memblog….

Cam biasa jer….

Apa isu ko nak bawak bro?

Cuba ko baca email berikut…. komen sikit… aku terima masa bercuti…

Salam,
Saya ni setiap kali jumpa SV rakam apa dia cakap supaya balik boleh dengar balik nasihat apa yang.....sembang mcm2 cerita lara dia. ….hal nak guna analisis statistik apa pun dia tak nak komen ....semua saya buat sendiri.....baca, bincang dgn kawan, dah tentu silap, kabur sbb tak reti nak buat..Bila tanya banyak2 u discoverlah sendiri...discover sendiri......kajian u, u yg banyak tahu.....good for u.....tu la ayat dia..SAYA TAK MAU CERITA BANYAK2 …..

Kadang2 jelous tengok kawan2 lain....SV beri nasihat, bimbing dgn betul....saya makan hati....susah hati....

Ummi
PhD Candidate
IPTA


Kan ko dah tulis skit pasal SV ni bro….. ko jerlah yang komen…

Aku mmg tak nak komen panjang2…. Sebabnya aku juga SV dan aku dah tulis bab ni dalam entry yang lepas….

So?

Cuma aku nak tambah ker skit lagi…. Buat peringatan semua pihak lah… termasuk ko dan aku …lagipun tak ader dalam bukupun hal berkaitan SV ni….. sendiri faham jer…

SV ni pulak bukan macam beli keta, boleh kita pilih2 … nak Proton ker….nak MyV ker atau MPV….nak matellic atau solid ker….manual atau auto....

SV pulak ada macam2 style, ada 1001 styles....tapi secara kasarnyer….

Pertama:
Authoritarian - Ko lambat jer dia cari dan hambat ko ! Ko kena tahan skit…. SV ni suka tunjuk authority dia… semua kena ikut cakap dia….

Jika ko cakap “saya tak tahu” atau “saya tak faham”…. Dia akan anggap ko malas…tapi kalau ko dapat tunjukkan ko juga tahu malah lebih tahu dari dia.... dia akan respect ko.... 

Kedua:
Democratic - Ko lambat ker ko tak buat aper2 ko…. Dia relex jer! Emmm… yang ni ko boleh buat bincang…. Open minded… tapi ko kenalah tunjukkan intellectual competency ko…kalau ko relex jer... jawab tak siaplah thesis ko...dan kalau ko sentiasa tunjukkan progress.... sure dia suka kat ko... dan sanggup jadikan research ko macam research dia jugak... ko tak nak ker?

Ketiga:
SV yang berada antara yang pertama dan kedua - Ko lambat jer dia minta reason, dan suka bagi idea tapi tak paksa ko ikut, ko masih ada ruang utk memberi cadangan. Cuma ko jgn take thing for granted, tunggu SV ko bagi cadangan sdg ko tak buat aper2....


Kalau cam ni tak per.... dapat Kak Ngah
jadi SV....minumpun bersuap...


Mana baek bro pertama, kedua or ketiga….. ?

Tiga2pun baek,  sebab ko yg kena sesuaikan diri ko, bukan sebaliknya. Sebabnya, peringkat post graduate ko kena buat semuanya sendiri. Jgn tunggu kena hambat atau tak buat aper2 jika SV ko relex jer…. ko yang kena ambil inisiatif…


Sebenarnya ada yang dua lagi bro keempat dan kelima….tapi bukan sangat masuk jenis SV tetapi isu yang lain skit..... 


Keempat....ada SV baru siap PhD, tengah panazzz... Dah lama dia mengidam title Dr. tu... bila dapat jer... fulamak... macam dia tahu semua benda berkaitan research. Perkataan yang famous kalau SV ni jenis ego-centric adalah... "Kalau saya dulu boleh buat, kenapa tidak awak?"  "Saya dulu susah payah cari itu dan buat ini.... awak pun kenalah bersusah payah jugak" ... "Inipun tak tahu... saya semua buat sendiri....." 


A ah lah bro.... cam pernah dengar jer kata2 SV cam tu...yang kelima ?


Yang kelima ni bukan SV baru.... dah otai tapi tak berapa kisah nak upgrade knowledge dia di luar bidang kepakaran. Maybe dah jadi  Prof atau Prof Madya sebab banyak juga paper yang dia dah tulis. Jika dia expert kualitatif, dia tak kisah hal kuantitatif. Jadi, dia tak boleh nak advice hal2 kuantitatif ni...  Kalau bab bercakap dan bagi nasihat... fuhhh... sebab otailah katakan... dan memang terbukti hebat dalam bidang dan cara dia analisis. So bagi jenis yang ke5 ni, elok jadikan SV jika anda membuat kajian yang ngam dgn kepakaran dia... 


Ko tak komen pun email tu bro?


Email di atas? Aku cuma agak SV tersebut adalah campuran keempat dan kelima.... tetapi aku rasa kurang wajar membiarkan supervisee terawang-awang tanpa suatu keputusan yang jelas….spt tak tahu nak komen statistic supervisee…tidak sepatutnya berlaku. Ironinya, bukan advanced statistikpun….. sekadar yang basic sahaja. Paling sadis, jika ada SV bersikap authotarian, suruh buat itu dan ini sedang SV sendiri tak sure.... paling ironi dia sendiripun tak tahu... tapi cakap ala2 tahu....sambil kata student dia tak buat apa2....tu yang sedih tu....atau bersikap democratic.... biar jer student buat sendiri dan serahkan semua kepada student..... macam SV tak tahu apa2....alamat tertekanlah student tersebut.... spt email di atas

So cadangan U?

Sebab itu supervisory committee perlu ada gabungan kepakaran yang boleh menyelia pelajar. Pelajar juga tak boleh sewenang2nya menukar SV tanpa alasan yang kuat. Jadi pelajar berkenaan boleh merujuk dahulu kepada pihak penyelaras program siswazah, dan kemukakan masalah yang dihadapinya dgn jujur dan transparence. Jgn rasa bersalah, sebab ini adalah masa depan anda. Biarlah pihak penyelaras buat keputusan setelah meneliti semua aspek.

Jadi andaian SV tahu semua tidak semestinya benar.... malah mana ada SV tahu semua benda atas muka bumi ni !! Lainlah kalau disekolah, ada silibus khusus yang guru perlu master. Peringkat PhD / Master….. kepakaran SV ada kalanya tidak merangkumi apa yang dikaji….. tetapi supervision masih boleh berjalan jika kedua2 pihak tahu peranan masing2…..SV jgn pula super-ego dan ko pun kena tahu strategi membuat research....jgn dok jumpa SV serah tengkok ko macam tu jer.... maybe Tajuk 287 selepas ni dapat membuktikan betapa ko pun sebagai students kena smart juga !!


Bacalah keseluruhan blog ini supaya ko tahu maksud aku !!

OT

1 comment:

  1. oh benar 200% apa yang dikata..sapa sapa nak wat research baik baca keseluruhan blog ni...banyak keyword dan panduan..jarang jumpa blog macam ni..thank dr OT

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...