.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, December 20, 2011

TAJUK 285: 10 TIP: AWET MUDA, AWEK MUDA, AWAT MUDA. UTK BACAAN YG DAH KAWIN SAJA !!

PERSOALAN “AWET MUDA”, “AWEK MUDA” DAN “AWAT MUDA”

Salam 1Malaysia….. Salam 1blog….Salam 1file1thesis….. macam2 salam la ni bro…

Tapi jgn sampai lupa salam yang sempurna...Assalamualaikum..dapat pahala dan satu doa…..

Citer pro bro pagi2 ni….

Kita kona skit dari tajuk research …..kita sembang pasai lain no….

Awat nyer hang cakap utara ni bro?

Saja.... kitakan 1 Malaysia. Ni nak habaq kat hang ni…Baru2 ni saja aku singgah kat satu bank… nak tanya soalan pasai pinjaman Islam kat bank tu….

So?

Aku baru bukak mulut…. Seorang pegawai muda bank tu terus beriya2 jelaskn dgn panjang lebaq…dengan loghat utara. Dia kata baru grad dari UUM….

Kemudian aku sampok, dan aku habaq kat dia…aku ni nak masuk 50!

Tekesima budak tu…..

Apsal bro…. ?

La… dia ingat aku ni 40 tahun bro….. dan awek aku pun…diapun confident aku akan ambil loan tu….. dan sure dia akan dapat komisen….masyukkk….

Dia pun tanya "Awat muda?"

Nilah yangvaku nak habaq kat hang ni...

Sapa pulak awek hang tu?

Wife aku ler …. yang ikut sama….

Jadi aku nak citer skit pasai “awet muda” dan “awek muda”…. Bagi menjawab soalan budak tu… “awat muda” ?



Pic kenangan....Adelaide Harbour... menyusuri sungai dgn ikan lumba2...
Ni aku nak bagi tips sikitlah pasal awet muda....calon PhD atau master perlu kelihatan cergas, aktif dan ceria bro. Jangan lembek jer... sebab hang perlu bekerja extra time menyiapkan tesis. Cergas tak semestinya utk orang muda.... yang dah kawin dan berumur mesti lebih berusaha utk cergas kerana byk stamina diperlukan.... utk layan anak2... dan berkejar kesana kemari dan utk buat ibadah. Dan jgn lupa.... kena layan wife atau suami dgn penuh enthusiasm... perlukan energi yang terpacar2 diwajah.... bukan layan ala2 kadar jer bro.... so hang kena cergas.....!!

Fuyoo... 

Hang pernah dengaq tak umuq kronologi dan umur biologi?

Emmm…. Tak pernah bro….

Kita ni ada dua umuq tau….

Ramai org dok kisah umoq kronologi…. Dan disambut meriah dgn hepi besday tiap tahun….

Abih bro…. apa pulak umoq biologi tu?

Meh aku habaq umoq kronologi dulu.....Umoq kronologi mudah nak kira….. kalau hang sambut besday hang yang ke 35 tahun ni, maknanya umur kronologi hang 35 tahun lah.

Katakan hang ada 2 best friend, Samad dan Salleh yg  sama2 sambut besday dgn hang, maka masing2 mempunyai umuq kronologi 35 tahun la…semacam hang la

Tapi…… umor biologi berbeza. Katakan Samad seorang yang cergas, aktif dalam sukan serta bebas penyakit kronik, maka umoq biologinya menyamai  umoq kronologinya atau mungkin lebih muda. Sementara itu, Salleh pulak ada darah tinggi dan kencing manis serta masalah obesity…. Umuq biologinya mungkin menyamai seseorang yang berusia 70 tahun!  Salleh tak leh makan itu dan ini, tak der stamina dan operasi horman serta pergerakkan jantungnya  sama seperti seseorang yang berusia kronologi 70 tahun.


Samad kalau dengan wife dia.... masih kuat chemistry....exothermic bro....hot dan ganazzz.....walaupun tak minum kopi kapal api dengan ekstrak tongkat Ali dan 40 campuran ginseng sedang Salleh pulak macam sejuk jer....... sebab dia semput....

Abis aku yang 45 tahun ni?

Katakan hang secara umumnya sihat tapi tak secergas Samad, umoq biologi hang mungkin 45 tahun.

Kesimpulannya, umoq biologi bergantung kepada tahap kesihatan. Paling lekeh biarlah umoq kronologi kita sama dengan umoq biologi. Taknaklah umoq baru masuk 40 tapi tahap kesihatan macam umoq 50 tahun !! Tapi lebih ideal umoq biologi hang lebih rendah dari umoq kronologi bukan sebaliknya....

Jadi konsep awet muda aku adalah sihat at least umor kronologi sama dengan biologi. Tapi kalau nampak lebih muda dari umur kronologi….. he he macam aku ni….. tu dah kira satu bonus….

Hang ni perasan no…..

Bukan aku perasan…. Org lain yang perasan lah…. ….dan terbukti bila aku jumpa kengkawan atau bekas anak murid aku semasa aku mengajar depa dulu.....ramai yang kelihatan lebih “senior” dari aku…..


Aksi lasak...mengapa tak mencuba go kart  sekali sekala!
Dan satu perkara… umoq biologi nilah sebenarnya umoq kita…. jangan hang tak tau....bukan umoq kronologi ...yang kita dok tiup lilin tiap tahun tu….dan jgn hairan kalau ada org yang berumoq 60 tahun boleh jogging seperti seseorang yang sihat yang berumor 30 tahun !!

Abis berapa umoq biologi hang?

Aku sendiri tak check….. dan hang boleh check secara kasar on-line… dngn masukkan beberapa butir2 yang diminta…. Dan hang akan tahu umoq biologi hang…

Jadi nak awet muda..... utamakan kesihatan dulu dan dalam masa yang sama jgn lupa penampilan diri, khususnya kaum hawa.... biar suami terasa jalan dengan awek muda..... he he. 

Pakaian sedondon....dgn warna yang fresh.......asal jgn yang ketat2....dan jgn malu2 daring skit macam mula2 kawin...
(Bila lah pulak aku jadi perunding imej ni...!)
Dalam satu majlis meraikan ex-student yang kawin.....
jgn makan byk sangat... nanti boroi !!


Baru atau lama kawin pun perlu maintained daring... sebab ini naluri manusia.... naluri muslimah juga...

Aku nak kongsi tips awet muda supaya hang tak kelihatan lebih "senior" dari umoq hang sendiri... 

Pedia bro.... tak sabaq aku nak tahu bro....

Oklah.... ini bukan tips dari seorang pakar.... sekadar apa yang aku lakukan secara routine jer....


1. Aku tak merokok - jadi imej "senior" dgn bau rokok yang busuk tak ada.. dan minta maaf kalau aku katakan aku simpati pada isteri  yang suaminya merokok.... (tak busuk ker?) dan mengapa masih menghembuskan asap rokok depan isteri dan anak2 esp dalam kereta...... wpun itu hak masing2.... aku tak suka bila gi makan2 ada lelaki apatah lagi pompuan sebelah meja hembus asap rokok sampai kepada anak2 aku..... (aku anggap mereka ini tak ada perasaan menghormati org lain)..... aku mahu imej bersih.... apa tak lagi aku Muslim...


2. Aku solat sbg kewajipan, dan ini membawa fadhilat yang semua kita sedia maklum dan berjemaah dgn awek aku, at least setiap subuh dan baca Al Quran juga bersama2. 


3. Aku cuba jaga penampilan diri... bukan selalu... sekali sekala jer.... supaya memberikan imej segar....samada pakai sedondong dengan awek aku.. . dan aku kadang2 pakai jeans ke ofis bro... tapi bukan yang lusuh ler..... 


4. Aku jogging waktu lapang, biasanya hari minggu...dengan awek akulah.......cuma lately macam sibuk sikit....byk juga yang ter"missed"
Berjogging dgn wife secara konsisten wpun hanya weekend....usia tak menghalang  meneruskan apa yang dilakukan semasa muda2 dulu.. wife adalah teman dan kekasih aku bro...




Sambil jogging tu sambil memadu kasih.... (ini pemandangan di Bukit Expo UPM) bagi budak2 remaja satu mesej jelas... kalau nak pelok2..... kena kawin dulu !!

5. Menjalankan aktiviti adventurous bersama2 keluarga... supaya psikologi badan kita tidak jadi tua sebelum usianya....


Bersama anak sulong (aruah isteri) di satu percutian sekeluarga....
Young at heart !!

Kembara mencabar....tetap sedondon...
Keluarkan peluh dan stamina bersama....ON and OFF bed !!
Apapun halangan yang datang....anak-anak tetap menjadi keutamaan....jiwa dan raga ku....

NINE... si bongsu yang menambah seri dalam hidup

Sentiasa cuba bersama keluarga.....
6. Walaupun tak sunyi dari dugaan demi dugaan dalam hidup, terutama selepas pemergian aruah isteri tersayang.....aku tidak jadikan ianya sebagai penyebab utk bersedih..... dan bersedih...dan bersedih.....
Santai bersama anak2 bujang.... buat macam member jer...


7. Aku buat apa yang anda suka dengan bersungguh2.... once aku mula tulis proposal dan thesis ...dan saya explore animation dan document map... aku buat sungguh2... begitu dgn blog.... bila dah mula buat... terus jatuh cinta...... aku juga suka bonsai.... semua ini buat aku tenang and cool


8. Kalau ada yang tak kena antara aku dgn wife ...dan anak2.... biasalah lumrah rumahtangga....sedangkan lidah sendiri lagi tergigit...inikan pulak lidah isteri yg selalu digigit...... he he...aku lebih banyak diam.... biarkan keadaan reda dan OK semula... insyaAllah tak lama... Aku tenang jer.... tak nak kerut2 muka... wpun perasaan tension seketika.....Aku juga takkan ucapkan kata2 yang boleh menyinggung perasaan wife.....dan kalau tak caya tanyalah awek aku tu bila ada kesempatan berjumpa......Aku anggap wife juga sebagai best friend and girlfriend....esp bila jalan2.... pegang tangan dia jgn tak pegang...dan kalau dalam lift aku buat nakal sikit ... muuuuaahhhh....... selepas perhatikan tiada camera dalam lift tu....maklumlah zaman cyber....


 9. Mungkin aku ada anak2 kecik macam NINE.... nampak ler macam muda jer he he....main dgn anak2 akan menambah ketenangan... diwajah...... 


 10. Hubungan suami isteri mesti sentiasa intim...panazz dan hangattt.... sebab tu setiap pic dgn wife mesti aku pelok dia. Bila chemistry ini sentiasa wujud....vibration sentiasa ada... horman jantan testosteron akan sentiasa kekal pada tahap yang baik.... tak menurun sehingga sejukkk dan dinginn. Tahap hormon testosteron ini jika sentiasa stabil... akan melambatkan signal kepada sistem badan. Jika hormon lelaki ni rendah.... cepatlah  rambut gugur..... dan beruban....  selain dari faktor  keturunan...


Disinilah antara rahsianya.....emmm
Hubungan intim jgn seperti berikut:


5 tahun pertama kahwin  - Tri weekly (kadang lebih bro...)
6 - 10 tahun kahwin - Try weekly (seminggu sekali jer ker?)
> 10 tahun - Try weakly !! (jgnlah lembek bro... cergaslah sikit !)


Cuba kekalkan passionate hubungan tersebut.... dan kesibukan serta anak dan thesis bukanlah alasan utk tidak menikmatinya spt mula2 kahwin. Jika tak dapat kekalkan frequency nya tak per.... tapi intensity dan passionate nya mesti sama.... so pandai2lah buat strategi hati ke hati and be open antara kedua pihak......jgn main masam2 muka atau sensitif bila ditegur....dan ambil kesempatan berada disuasana baru macam bila bercuti ...dan stay dihotel dalam suasana lain dari rumah.... dan melakukan sesuatu yang "extra"....jauh dari gangguan anak2.... 

Mengapa ini boleh berlaku? Kenapa tak berterus terang?

Fullamak bro.... cam real ler citer ko..... berhenti jantung 2 piston 4 injab aku ni kejap......

Itulah citer real aku serba ringkas...... lain orang lain caranya....yang pasti aku tak makan aper2 ubat atau jamu spt Rosyam Nor atau gi facial treatment macam Anuar Zain....pakai bedak sejukpun tak.... aku ni org biasa.. .. org kampung yang bedal jer semua depan mata !!! Syampoo rambutpun pakai yang wife punya ( he he pecah rahsiaa...) Maybe sedikit perkongsian ini dapat menyemarakkan hidup kita.....aku dan ko....sementara masih menghirup udara dan sebelum dipanggil Ilahi.......


OT 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...