.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, December 15, 2011

Tajuk 279: PROPOSAL ANDA SEBENARNYA TIDAK DINILAI !

Hello bro.... sudah makan ka? Wa tengok lu jalan sana jalan sini bagi talk...bagi bengkel.... wa manyak cenang hati ooo....


Adalah sikit2.... kongsi dan tukar2 idea....Apa hal ni?


Lu tanya wa apa hal? Wa marah sama lu lah...


Apasal?


Wa tulis penat2 proposal wa.... apsal lu senang2 tulis itu tajuk proposal tak der nilai. Lagipun rumah wa kat Nilai.... sensitif ooo.... 


Penat ker tulis proposal?


Mestilah.... wa tulis tu Chapter 1.... SV wa baca 6 minggu wa tunggu.... itupun penat tunggu.... then wa kena baiki lagi... dan lagi dan lagi dan lagi dan lagi....


Apasal tunggu? Tulislah Chapter 2 pulak.


Tak boleh oooo.... kena tunggu itu green light dari SV, baru boleh tulis Chapter 2.... then green light lagi utk Chapter 3...then green light utk defence then green light... wa pun sudah lupa ada berapa lagi green light....


Banyaknyer green light? 


Wa punya SV kalau semak.... sampai wa confused...


Apasal U pulak yang confused.


Ialah.... wa ingat lah.... SV wa tak perasan yang dia sedang menyemak proposal bukan thesis......semua dia mahu details dan mendalam spt LR tak kritis dan theory tak lengkap (mana nak kritis dan lengkap.... wa masih dalam pembacaan dan mendalami LR).   SV wa kata  "macamana nak tulis thesis, jika tulis proposalpun tak reti...." fullamak berdesing anak telinga wa dia sound tu macam.......then macamana pulak lu kata proposal tak der nilai.... wa 2x confused lah...


Tu macamka? U tau kenapa U buat proposal? Kalau awal2 lagi dah nak tulis mendalam dan details....dan perrrfecttt....perghh... bukanlah proposal namanya..dan  proposal pada zahirnya "tidak ada nilai" dan "tidak pulak utk dinilai".....walapun u tinggal kat Nilai.....proposal sekadar utk pemahaman dan persediaan pelajar sahaja....kerana proposal bersifat draf dgn penekanan kepada research framework, bukan pendetailan.....bertujuan utk meletakkan asas yang betul kepada kajian kita !


Abis.... kalau zahir tak der nilai....batin nya pulak?


Ha ha... pandai ko....batinnya ada nilai, sebab proposal menyediakan pengetahuan ASAS utk kajian lu....Apa yang penting proposal perlulah LENGKAP dan TEPAT bukannya DETAIL dan MENDALAM  sebab ianya baru SEBUAH PROPOSAL......berapa ramai yang desperado kerana siapkan proposal yang sangat detail dan mendalam sehingga hampir tamat cuti belajar.... sedang kajian belumpun bermula.....kat sinilah ISU nya....tak termasuk yang buat part-time.... tidak punya banyak masa nak membelek dan menulis proposal yang dikatakan tidak lengkap2.....


Biarlah bantal pelok panjang..... proposal hanya perlu mantap bukan ler panjang2....
Bagi lah analogi bro.... I love your analogy.... 


Proposal sama macam buat plan rumah. Semua ukuran mesti tepat. Jumlah bilik mesti dinyatakan dgn jelas. Bila ko siapkan proposal, pendetailan adalah kepada ukuran supaya framework rumah ko tu teguh dan mantap, bukan senget atau condong. Tak yahlah nak tanya detail macam bilik nanti nak kaler aper, tingkap nak guna material aper, tiles brand white horse ker.... dll. Semua tu akan timbul bila rangka dah approved dan rumah nak mula bina...


Itu macam ka? 


Ya lah..... sebab jika ikut logik otak pentium IV aku ni.... sepatutnya 1/4 sahaja waktu digunakan utk menyiapkan proposal.... manakala 3/4 lagi utk research dan penulisan thesis..... tapi pada pengamatan aku awal2 lagi at least 1/2 masa paling kurang telah digunakan utk  siapkan proposal....malah sehingga 3/4 masa diperlukan utk mendetailkan proposal...... dan masuk semester 4,5 atau 6 barulah siap proposal.....dan ramai juga yang senyap.... membisu hanyut dibawa oleh proposal masing2.... missing in action !!


He..he.... skang orang dah pakai pentium duo core ler...


Takperlah....aku cuma nak berikan satu statement mudah.....supaya otak pentium duo core lu boleh beri respon dengan cepat....


Apa dia?


Sehebat manapun proposal lu.... sehingga menyamai thesis sekalipun....sampai 2, 3 ratus muka surat....tanpa kesalahan comma dan titik sekalipun.....tak akan ada sesiapapun menilainya....dan tak ada sesiapapun akan berikan kredit kepada proposal tersebut..... sehinggalah lu membuat kajian dan menulis serta menghantar tesis...... Jadi biarlah cukup masa diperuntukkan utk penulisan thesis......kerana thesis inilah yang bernilai kerana ianya akan dinilai..... disemak di viva kan....bukan proposal. Memang ler elok siapkan proposal yang lengkap, namun lebih baik lagi siapkan proposal yang ringkas tapi cukup masa utk siapkan thesis yang lengkap....


Malah.... semasa defence proposal pun.... yang lu paparkan dalam slide utk dipersembahkan bukanlah proposal lu yang dalam dan detail serta tebal tersebut.....TETAPI hanyalah Objective, Research Question, Problem Statement, LR, Method, Analysis Data.... yang semuanya dibuat RINGKASAN sahaja.... yang dibentang dalam masa 30 - 40 minit (wpun anda ambil masa 3 tahun nak siapkan proposal tersebut !!) dan tak sapapun kisah proposal yang lu tulis tebal2 dan detail2 dalam proposal ... sebab yang diambilkira apa yang lu bentangkan itu menepati dan bersesuaian dengan kajian .....dan audien puas hati..... itu sebabnya proposal yang TEBAL dan DETAILS yang lu kendong ke hulu dan ke hilir tu persis  tiada nilai.... 


Aku cuma mengemukakan pengamatan aku jer ... bahawa pelajar dan SV perlu tahu keperluan menyediakan proposal dan tidak melebihi keperluan menjalankan kajian dan menyediakan thesis..... Walaupun sifat proposal adalah draft kajian yang ringkas, lu tidak boleh menulis proposal cincai2..... sehingga perkara asas spt tulis citationpun tak tahu.... nak buat bibliography pun cincai2..... typo error bersepah disini sana.... tulis research question pulak tak synchronise dengan objective dll....


Cuba lu baca email ini dari pembaca blog....baru aku terima.... masih panazzz...


"Salam...walau bahasa tampak ganas tapi bernas...i nearly quit from doing my phd just because of 2 years spending for my proposal...my SV mmg detail giler...every single thing...sampai i plk yg give up......bila i nak quit..dia lah pulak yg sibuk memujuk supaya join balik n promise me the defense will be soon..luckily i ada your blog to refer to...tq doc"


Aisey..... wa caya lu....


Tahu tak per....selepas  2 tahun itupun masih belum defence lagi..... kena main merajuk2 ler pulak....(2 tahun tu boleh buat kubu tau.....utk defense masa perang) sedang proposal yang nak dibentang hanyalah RESEARCH FRAMEWORK dalam masa 40 minit..... silap2 hari bulan tajuk yang dipilih dah pun basi....


Selagi tak tido si Nine ni.... apa kejer pun tak leh buat....


Selepas 2 tahun.....anak yang baru lahir 2 tahun dulupun dah pandai bercakap dan maybe call talian KASIH "Hello....mama caya ni.... hari2 mengadap komputer....mengadap proposal dia....tak abis2...cian caya ....dan 2 tahun tido mama tak peluk....sebab pelok proposal dia tu....hu hu..."

OT



2 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Salam Dr. wahaha... saya baru buat proposal untuk sambung Ma. Tapi susahati sebab tak reti kaedah penulisan sebenar thesis. Bila dah baca yang Dr. post ni...baru la rasa confident balik. Yang penting proposal adalah LENGKAP dan TEPAT!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...