.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Wednesday, December 7, 2011

Tajuk 271 – Apabila RESEARCH FRAMEWORK menjadi ALIEN….Bhg 2

Kita sambung lagi....


Berikut adalah antara RF yang dibina oleh pelajar, yang saya ringkaskan:


Contoh 1:


a. Persoalan Kajian: Apakah faktor yang mempengaruhi stress dalam kalangan guru berdasarkan demografi


b. Strategi: Menentukan faktor yang paling dominan dalam mempengaruhi stress berdasarkan pengalaman bekerja, jantina serta sesi mengajar.


c. Instrument: Soal selidik


d. Analisis: Ujian-t bagi membandingkan skor pengalaman bekerja, jantina dan sesi mengajar


Komentar:
Persoalan kajian dan instrumen yang terlalu umum. Skala instrument tidak dinyatakan dan bagaimana skor2 akan diperolehi. Adakah pelajar akan membina soal selidik atau menggunakan soal selidik yang sedia ada? Mengapa pula ujian-t digunakan jika sekadar ingin mengetahui faktor yang mempengaruhi stress. Semuanya tidak synchronize! 


Contoh 2:


a. Persoalan kajian: Bagaimanakah keberkesanan modul PBS (Penilaian Berasaskan Sekolah) dalam kalangan guru kemahiran hidup?


b. Strategi: Meneliti keputusan peperiksaan pelajar selepas setahun menggunakan PBS, berbanding dengan keputusan peperiksaan pelajar tahun sebelumnya


c. Instrument: Soalan peperiksaan


d. Analisis: Ujian-t


Komentar:
Sekali lagi, persoalan kajian terlalu umum. Persoalan kajian mesti dipecahkan kepada beberapa persoalan kajian yang lebih khusus, dengan menyatakan variable yang ingin dikaji. Keberkesanan tidak boleh ditentukan hanya dengan membandingkan keputusan peperiksaan dua batch yang berbeza. Juga, soalan peperiksaan yang diberikan kepada satu kumpulan / batch tidak memberikan apa2 maklumat tentang keberkesanan PBS. Perbandingan min skor dua batch yang berbeza dengan ujian-t juga tidak boleh dilakukan. Pelajar sepatutnya menggunakan model generik seperti Model CIPP atau Model Kirk-Patrick misalnya utk menilai keberkesanan perlaksanaan PBS kerana perlaksanaannya melibatkan satu kumpulan sahaja.


Oleh itu, selagi RF masih belum jelas, diperbetulkan, pelajar akan terkial-kial untuk meneruskan perjalanan. Hanya setelah mendapatkan RF yang jelas dan synchronize....barulah pelajar boleh mendalami lagi bacaan dan penulisan secara lebih fokus... .


OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...