.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, December 2, 2011

Tajuk 268 - SAPA KATA RESEARCH PROPOSAL MESTI TEBAL ? BHG 2

Sambungan.......


Abis bro..... camner RP leh nipis lak? 


Come on bro.... ini bukan soal nipis atau tepal tapi soal keperluan yang sepatutnya diutamakan....


Biar aku jelaskan begini......tugas SV utk semak 5 aspek berikut.....


1. Research gap (pernyataan masalah) - pastikan wujud gap yg genuine, sesuai peringkat Master / PhD  


2. Objektif kajian - menyeluruh dan menggambarkan aspek kajian 


3. Persoalan kajian - cukup mendalam utk mencapai objektif dan mencapai tahap Master  / PhD dengan analisis data yang akan menjawab persoalan kajian


4. LR - semak teori yang akan digunakan sesuai dengan keperluan kajian (10 pages)


5. Method - pastikan sampling, instrument dpt membekalkan data yang akan menjawap persoalan kajian. Analisis juga perlu bersesuaian bagi menganalisis data tersebut (10 pages)


Lima aspek utama ini adalah aspek yang PENTING, PRIORITY untuk disemak dah di verify oleh SV dan utk di present semasa defend. Yang lain2 tu boleh dikembangkan semasa penulisan sebenar thesis.


Jadi, jika hanya aspek di atas dberikan tumpuan dalam penulisan RP, rational 50 pages utk RP peringkat PhD dah memadai.... sebab aspek 1. 2. dan 3. di atas pun tak akan melebihi 5 pages.....setuju? 


Saya tak leh bayangkan ada proposal pelajar sehingga 200 - 300 pages....dan banyaknya masa yang digunakan bagi menulis..edit...tulis..edit.... sebelum dikira layak dan dibenarkan (setelah mengisi borang..) melalui proses defend.


Pelajar Master memerlukan masa utk memahami cara penulisan secara kritis dll dan semua ini pasti belum dapat dikuasai diperingkat penulisan RP....kerana pembacaan LR yang perlu didalami dari masa kesemasa....dan dari situ dibimbing oleh SV bagi menghasilkan penulisan kritikal dan ini bukan hal yang perlu ditekankan diawal peringkat penulisan RP. Pelajar PhD yang dah ada pengalaman menulis thesis peringkat Master sepatutnya tidak menghadapi masalah dalam menghasilkan penulisan kritis !


Oleh itu...RP pada pandangan aku tidaklah perlu begitu mendalam dan tebal..... sebab itu bukan tujuan UTAMA menghasilkan RP....Maaflah jika aku fikir semakin lama semakin pelajar spt berlumba2 menebalkan RP...mengambil masa yang lama..... kerana pelajar2 sebelum merekapun dilihat berbuat demikian....dan anggapan ini diturun temurunkan.....


Abis bro.... nak salahkan sapa?


Tak salah sapa2......maybe kerana anda pelajar....anda diam dan ikut jer lah.........cuma aku fikir apa yang berlaku sekarang ini sesuatu yang perlu direnung semula.... kerana banyak hal yang berlaku lebih kepada anggapan dan ikut2an sahaja.....gagal membezakan ramuan yang asas dengan ramuan tambahan....antara yang utama dengan yang boleh dikemudiankan.....(priority dah tak ada).... at the end of the day..... pelajarlah yang memikul semuanya....


Betullah bro.... kesian kat kitorang tau....


institutechildrenslit.net


Satu lagi aspek yang sentiasa bermain2 dalam kepala aku ni...


Apa dia bro?


Dulu tempuh pengajian sepenuh masa bagi PhD perlukan masa 5 tahun dan Master perlukan 3 tahun dan biasiswa serta cuti belajar ditawarkan mengikut jangkamasa tersebut.


Sekarang semuanya disingkatkan ke 3 (PhD) dan 2 tahun (Master) tetapi perlaksaan diperingkat fakulti tidak banyak menyebelahi perubahan tersebut.


Apsal bro?


Pelajar mendaftar pada Semester 1 dan wajib mempunyai penasihat... dan SV hanya dilantik apabila pelajar telah bersedia..... Ini sahaja dah memakan masa beberapa semester sebelum pelajar dikira bersedia.... 


Bagi pelajar sepenuh masa Master contohnya, SV patutnya perlu terus dilantik berdasarkan proposal permohonan pelajar dan pastikan mereka defend proposal di akhir semester 1. Barulah pelajar boleh bergraduate dalam tempuh 4 semester. Kalau lantik SV pun dah masuk semester 3..... bila ler pulak nak abiskan dalam tempuh 4 semester.... 


Dulu sebaik sahaja saya mendaftar program doctorate saya di Adelaide, terus dapat SV dan Co-SV.... dan dalam tempoh 3 bulan (1 semester) saya berjaya membentang dan defend proposal saya..... namun situasi ini tidak berlaku disini....Semua ini dimungkinkan lagi dengan bimbingan yang betul dari SV.... bantuan penulisan efisyen soft-copy dengan document map MSWORD (pelajar sains sosial) atau Latex (maybe sesuai utk pelajar teknikal seperti engineering) bagi memudahkan editing serta bantuan perisian lain seperti end-note.... 


Abis camno....?


Aku cadangkan elok juga fakulti terus lantik SV dan pelajar wajib memulakan penulisan RP sebaik sahaja mendaftar di semester 1 serentak dengan mengambil kursus research method dan statistics atau lain2 yang wajib. Ini bermakna kursus tersebut membantu memantapkan lagi pengetahuan pelajar dan dalam masa yang sama SV membimbing dan menjustifikasikan standard Research Framework supervisee. 


Target adalah pembentang proposal selepas Semester 1 tetapi sebelum Semester 2 bermula. Jika ada supervisee yang slow skit tu lazimlah.... so semua mesti defend sebelum semester 2  berakhir......maka target nak graduated 2 tahun bagi Master dan 3 tahun bagi PhD akan kelihatan lebih logik......dari apa yang diamalkan sekarang


Saya percaya, statistik dari ribuan siswazah membuktikan hampir TIADA pelajar Master atau PhD yang bergraduate dalam tempuh atau lebih awal dari tempuh tersebut (2 dan 3 tahun) di Malaysia.....jadi pasti ada sesuatu yang tidak kena atau kena diperbetulkan.... sekurang2nya inilah yang saya perhatikan dari "kacamata" saya yang "lens"nya dah lama tak berganti.....dan "frame" nya pun dah longgar....makin terlondeh bila melihat tebalnya proposal pelajar yang diusung kesana kesini tetapi belum layak utk defend......sedang yang akan di defend hanyalah beberapa slide powerpoint berkaitan  Research Framework sahaja.....tak lebih dan tak kurang.....dengan had masa presentation ditetapkan 30 - 40 minit bagi mempertahankan RP walaupun masa diambil utk menyiapkan RP tersebut telah memakan masas 4,5, atau 6 semester...... berbaloikah itu ? Anda jawablah sendiri....



Sudah pastilah jika pensyarah yang dah lulus dan mendapat PhD akan meneruskan tradisi penulisan RP sebegini....malah akan memastikan RP supervisee nya setebal RP yang dia sendiri pernah defend..... roda akan berputar lagi....dan terus berputar.....maka supervision culture yang sama berterusan....kepada generasi seterusnya.... dan anda kini berada dalam rantaian culture tersebut....


Kesimpulannya..... berbalik kepada isu.... perlukan RP begitu tebal dan lengkap seperti thesis? Pada hemat saya, RP hanya perlu mencakupi aspek2 utama spt pernyataan masalah, objektif, persoalan kajian, teoretical framework, instrument dan analisis data tetapi secara ringkas utk memastikan standard yang menepati Master atau PhD... itu sudah memadai...


OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...