.

"ANTARA BLOG TERBAIK PENGAJIAN TINGGI DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Sunday, January 1, 2012

TAJUK 291 - 4 langkah validate (dan realibility) questionnaire (Bhg 1)

Bahagian 1...

Tak sangka bro.... hari ni dah masuk 1 January 2012. Umur dah semakin singkat....kubur makin dekat.... 

A ah....tapi aku tengok malam tadi bergumbira semua umat manusia lelaki perempuan bersorak menyambut 2012....

Ntah lah... aku cam sayu jer.... namun hidup wajib diteruskan.... ada satu email perlu aku jawab....


Ko kat mana ni?


Aku baru hantar anak aku jumpa kawan dia....kat Giant Senawang, now aku lepak sat lepaskan haus.... jeng jeng jeng.... buka note book spillproof  Fujitsu aku.... apa lagi.... nak tulis sesuatu lah.....sambil order mee maggi rebus dan kopi obeng.....sebab kat rumah tak leh makan maggi... he he....pas ni nak balik Rembau sat, petik buah rambutan...


Disinilah idea ku curahkan.... dgn bantuan Samsung S2 utk merakam semuanya...kat sejam aku dok kat sini.... macam student
tergesa2 nak siapkan assignment...




Pelek lah ko ni bro.... amende lagi ko nak tulis! 

Pasal validate questionnaire..... 

Ko perasan tak satu bende?

Amende tu?

Calon PhD / Master social science biasanya bina qnaire atau ambil qnaire org lain, modified then tunjuk kat pakar (kadang2 kawan2 dia jer) dan terus katakan ..... VALIDATED !! Pastu kira chronbach alpha.... emmmm dapat 8.99.... mak ai tingginyer.....

Apsallak bro....?

Chronbach alpha tu diambil setelah item ko betul2 validated.... sebab nilai alpha tu kadang2 tinggi wpun qnaire ko tak valid. Sebab tu, nilai alpha tu kita tentukan kemudian tau.....

Aku nak bagi contoh 4 langkah validate qnaire dan kemudian mencari realibility, terutama qnaire yang ko buat sendiri....

Langkah 1:

Mula2 cari teori.....then tentukan  construct berdasarkan LR. Katakan anda ada 5 construct dengan 50 item dalam skala Likert yang ko bina. Ko mesti bina item tersebut dalam bentuk pernyataan positive dan juga negative bagi mengawal ketekalan respon. Item berpenyataan negative ini akan ko transform dalam pernyataan positif apabila menganalisis data dalam SPSS.

Langkah 2:
Ko serahkan 50 item tersebut utk content validity kepada panel of expert. Selalunya pelajar berpuas hati dengan 2 panel sahaja, yang ada kalanya tidak memenuhi pun criteria seorang pakar. Pakar sahaja TIDAK MEMADAI jika dia bukan pakar dalam menentukan samada item yang ko bina tersebut mengukur kandungan secara satu dimensi atau multidimensi. 

Pakar TIDAK LAYAK mengesahkan kandungan jika tak tahu membuat penilaian berdasarkan dimensi yang ingin diukur. Ko perlulah pastikan pakar tersebut mengesahkan bahawa setiap item yang ko bina mengukur satu dimensi sahaja, selain mengukur apa yang ko nak ukur. Ko tidak boleh berpuas hati dengan merujuk kepada PAKAR contohnya dalam HOBI, untuk sahkan instrument soal selidik ko jika PAKAR tersebut tiada pengetahuan tentang maksud dimensi yang menjadi asas penentuan construct validity.

Contoh item: 

- Saya suka bermain bola sepak dan badminton untuk mengisi masa lapang.

PAKAR mungkin kata...OK... valid sedang pernyataan di atas TIDAK VALID kerana mengukur dua dimensi. Responden mungkin suka bermain bola tetapi tidak suka badminton atau sebaliknya. Item ini tidak objective dan mengukur lebih dari satu dimensi. Item patut ditukar kepada 2 item:

- Saya suka bermain bola sepak untuk mengisi masa lapang.

- Badminton adalah sukan kegemaran saya

Saya syorkan jika anda membuat soalselidik, dapatkan at least 6 pakar

Mak oi.... banyaknyer bro.... giler ker?

Ha ha.... lagi giler jika buat instrument qnaire tapi perasan valid dan reliable..... 

Abis sapa yang 6 org tu?

Ko lantik 2 pakar content, 2 pakar psychological / educational measurement dan 2 pakar bahasa.   Ko baca balik entry Tajuk 137 utk dapatkan penjelasan lanjut pasal benda ni. Jadi setelah dikomen dan dibaiki oleh 6 pakar tersebut, katakan anda hanya ada 40 item.... yang lain digugurkan sebab ntah apa2 yang ko tulis !!!

Wokey.... aku akan buat cam tu.... then?

Penatlah..... sambung Bahagian 2 boleh tak?

Potong stim jer la ko ni.... ok..ok....

OT


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...