.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, December 9, 2011

Tajuk 274 - Fenomena “Why don’t someone told me before!!” Adakah anda mengidapinya? Bhg 1

Bahagian 1:


Salam bro….. wa dengar lu gi Kemaman, tapi stay kat Swiss Garden & Spa Kuantan.. apa hal bro?

Saja cuti sekolah, I belanja duit minyak n toll, my wife belanja hotel pilihan dia…kena care and share bro…. sebab tiap kali dok hotel…. Ala2 honeymoon bro…

Honeymoon?

Kat rumah lain…. Kat hotel “ummppp” nya lain…..lagipun tak sabar nak jumpa calon2 Master / PhD di TATIUC…..ada bengkel kat sana....

APa yang lainnya bro?

Macam tulis blog ni….. kat hotel ada jer idea nak tulis…..

Idea per bro? 


Kat rumah.... dah routine.... idea susah kuar bro...Nak tulis pasal satu fenomena…. Fenomena “Why don’t someone told me before?”

Amende ler pulak ko ni bro….. la ni org beli tiket konsert Fenomena Search, nak tengok Amy Search…. Fenomena amende pulok ko ni?

Percaya tak kalau aku kata, mengetahui selok belok membuat thesis tu lebih penting dari membuat kajian itu sendiri….?

Bahaya ko tulis macam tu....apa maksud ko.....?

Percaya tak aku kata, mengetahui selok belok membuat kek tu lebih penting dari mengetahui bahan yang nak digunakan dalam membuat kek itu sendiri?

Tak fahamlah bro….aku ni bukan spesis suka buat kek bro...

Katalah ko nak buat kek yang dinamakan kek “Once in a life time” memang ko buta kayu nak buat kek tersebut….tapi ada resepi yg dibagi pada ko….so ko baca resepi then tanya mak ko yg jadi SV ko jugak, betul tak bahan2 yang ko beli tu….

Then ?

Then ko ikut jer teknik dalam resepi tu…. ko campur jer bahan ko tu mengikut sequence... aku jamin...kek ko akan menjadi…. Walaupun lambat….patut 3 jam tapi ko buat 4 jam....Batat atau hangus sikit2 tu biasalah… maklumlah buat kek “Once in a life time”

Tapi kalau ko tahu detail apa dia jintan, jin tanah...berapa spesis yang ada, tahu pulak asal usul tepung gandum…apasal harga dia murah dari tepung beras wpun kat Msia org tak tanam gandum… atau apa beza garam bukit dengan garam laut…. Antara madu asli, madu tiruan dan madu 3….Tapi ko tak tahu resepi nak buat kek ”Once in a life time”…sure ko akan fening try-n-error dengan sukatan tepung, garam dll bahan…katakanlah siap dalam tempuh 3 hari.... bukan 3 jam.... atau silap2 hari bulan ko give up sebab kek ko tak akan menjadi.... sedang budget dan motivasi ko dah abis... termasuk beli panadol pain, acti fast, soluble malah menstrual pun ko dah cuba....

Perghh….. mana ko blaja analogy tu bro?

Dapat  ilham honeymoon….Jadi… sudah pasti paling IDEAL  ko kena tahu resepi dan bahan2nya. Tapi antara kedua2nya, mengetahui resepi sering diabaikan….sedang ia juga sangat penting….. malah banyak kes BUKAN KERANA TAK ADA BAHAN YANG CUKUP… TAPI


(I) TAK HIRAUKAN RESEPI SEHINGGA KEK TAK SIAP2…..


(II) MALAH TAK KURANG YANG BELUM ADA PENGALAMAN BUAT KUEH DAH NAK CUBA BAHAN2 BARU DGN RESEPI YANG KONONNYA SUPER ORIGINAL....YANG MUNGKIN DATANG DARI PERASAAN INGIN MENCUBA...


(III) ATAU TERUS INGIN MENCIPTA RESEPI BARU HASIL CADANGAN CHEF POPULAR YANG BARU GRADUATED DARI MASTERCHIEF MALAYSIA....WALAUPUN PENGALAMAN ANDA HANYA MEMBUAT KEK SPAN SAHAJA...

Emmm....kalau macam tu tak yah ler susah2 fikir nak buat kajian yang baik2 dan outstanding bro?


Aku tak kata pun jgn buat kajian yang outstanding.... sebab memang ada pelajar yang hebat....berdikari.... dapat SV yang baik dan hasilkan kajian yang perfect..... aku pun harap semua pelajar boleh jadi seperti itu..... dan siapkan kajian dalam tempoh 3 tahun bagi PhD. Jika ada 10,000 pelajar, maybe 5 - 10% adalah pelajar dgn kajian excellent....yang aku bangga.....tetapi aku highlightkan kat sini adalah utk 90% lagi pelajar master/PhD yang biasa2.....yang berjumlah 9,000 !

Aku kena guna analogy sebab ramai calon Master / PhD kata…. Eleh…. Kami calon Master / PhD bukan budak2…..dah pro lah…. Tahu apa nak buat…motivasi tinggi….ego pun tinggi….SV kami semua lagilah pro tahap gaban…. Apa2 problem pun mesti tak der hal punya….jadi bagi kami….resepi kek “once in a life time” tu macam buat cekodok jer…. atau jemput2…. malah macam goring pisang muahh haha hah…

Fulamak bro…. betul ker tu?

Apernyer yang betul… statistic pemerhatian aku menunjukkan hampir 99.9% (macam cecair X menghapuskan 99.9% bacteria) calon Master / PhD tak sempat siapkan thesis dalam tempuh masa sepatutnya 2 dan 3 tahun…dan 5 tahun tu biasalah… dan yang “gugur syahid” tanpa nesanpun banyak juga…..

Abis apa pulak fenomena tu bro….

Tu kena sambung lepas ini…. Aku nak nak gi swimming kejap…. Sebelum pok gad datang…... Semalam aku mandi, pok gad tu suruh aku bukak baju (pok gad ni kena ikut perintah hotel dialah), sebab dia kata baju aku bukan baju mandi jenama Speed atau jenama ho maha2…aku beli kat PD baju mandi cap ayam warna hitam. Aku tension juga sebab hotel ni kat Tganu bukan kat London, takkan tak boleh consider....abis kalau aku pecat (buka ler tu)  baju aku...nampak ler aurat aku yang six-packed ni…. Sedang hok tu hanya hak milik terpelihara wife aku....bukan utk tayangan umum.....


Jadi?

Aku bla lah....nasib sempat gak 2,3 round pusing swimming pool tu sebelum pok gud perasan aku pakai baju mandi cap ayam... pasal fenomena tu aku citer selepas ini…..


Caya lah bro.... wa ni kalau gi swimming pool main air jer sama macam budak2 tadika...sebab tak tau berenang.... benda basic nipun wa tak pernah belajar...... huhu....sedang selain memanah....berenang tu adalah senaman yang bagus......satu lagi... emmmm


Ada lagi?


Perut wa ni kalau bukak baju..... 1-packed je yang tinggal.... boroi bro... tak macam belum kawin dulu.... huhu.... rasa nak nangis pulak ni....


Sabar bro...sabar...... buruk sungguh kalau ko nangis.....kenalah maintained fizikal ko tu..... bagi wife sentiasa terancam dgn keseksian ko macam dulu2....macam masa bercinta .....aku nak gi dulu.....dah jangan nangis.... jumpa lagi di Bahagian 2....

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...