.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, December 8, 2011

Tajuk 273: Fening tak jumpa2 article.- Email yang mesti anda baca !!

Saya terima satu lagi email yang agak panjang Kali ini dari UNIMAS. Saya ringkaskan email tersebut dengan menggantikan nama penulis sebagai Miss Y serta menukar variable kajian sebagai X dan Y supaya identity kekal anonymous. Ini adalah email tersebut:

Salam
Saya Miss Y dari UNIMAS ingin bertanyakan sesuatu tentang pilot journal. Saya sekarang mengalami kesulitan dalam mencari pilot journal untuk kajian saya, iaitu hubungan antara X dan Y dengan kepuasan. 

Sebelum ini saya sudah berusaha untuk mencari jurnal utama sebagai rujukan dalam menjalankan kajian ini, namun saya masih lagi gagal untuk mengenal pasti jurnal atau kajian lepas yang paling rapat dengan tajuk saya.Hal ini menyebabkan penulisan saya menjadi tidak konsisten dan isi penting yang hendak diutarakan tidak sampai.

Segala maklum balas saya ucapkan terima kasih, dan saya minta tolong dengan masalah yang saya alami ini kerana saya betul-betul tidak tahu apa langkah yang seterusnya yang saya perlu ambil...Sekali lagi, terima kasih atas kesudian untuk membaca emel saya ini....

Miss Y
8.12.2011


Saya telah mula mendapat signal dari apa yang telah saya bincangkan dalam entry2 blog sempoi ini. Inilah penyakit yang dihadapi oleh penyelidik novice iaitu - cari tajuk dulu then cuba sesuaikan tajuk tersebut dengan article mainstream. Apa yang sepatutnya dilakukan oleh penyelidik bertaraf pelajar dan novice adalah mencari gap dalam article mainstream..... barulah bina working title. Bila ini dilakukan, tiadalah persoalan nak cari pilot article lagi.... 


Jelas dalam email di atas, Miss Y telah awal2 lagi menetapkan tajuk dan apa yang ingin dikajinya tanpa sebarang sebarang pembacaan awal, sebab itu dia tak tahupun journal apa yang patut dibaca.... Apa yang berlaku, Miss Y cuba mencari artikel utama / pilot / anchor yang sesuai dengan apa yang dia ingin kaji dan ditetapkan dulu. Ini adalah langkah mencuba nasib yang selalunya tidak akan menyebelahi anda... tetapi akan memeningkan kepala anda berpanjangan...

Saya ulang...Miss Y sepatutnya mencari leading journal dalam bidang kajiannya terlebih dahulu, dan seterusnya membaca artikel2 terkini dalam journal tersebut bagi mencari gap yang sesuai utk kajian Miss Y dan sesuai juga dengan minat dan pengetahuan beliau.  Jadi tak timbul soal tak jumpa artikel utama... atau tiada teori yang sesuai.... atau belum tahu method yang appropriate atau soal selidik yang tak ada....

Bila Miss Y tak jumpa artikel kerana tajuk kajiannya bukan dari kajian mainstream…. Mulalah dia mencuba teori itu dan ini…. yang difikirkan sesuai dengan tajuk dia sendiri…mana tak ke bambu dek SV. Sebab itu Miss Y perlu mencari gap yang datang dari perbahasan dan isu yang timbul dalam  kajian mainstream bidang tersebut... bukan cari tajuk sukati sendiri sahaja.....maka Miss Y akan fening berpanjangan....

Bagi yang masih diperingkat awal, elakkan dari intention membuat kajian dengan isu yang datang dari ilham pujangga dan sentimentol sendiri. Saya selalu mengingatkan pembaca......membuat kajian bukan kajian utk memuaskan hati sendiri….tapi menyumbang sedikit pengetahuan dalam bidang kajian anda....

Itu sahaja…. 


isteri dah lama menjeling...
kerana malam semakin hening…..
dan suasana bertambah dingin.....
tentu ada sesuatu yang dia teringin.....


Selamat malam......


OT

1 comment:

  1. Terima kasih di atas perkongsian Dr.. Aduss rasa terkenalah pulak..syok sendiri buat tajuk, lepas tu mulalah fenin..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...