.

"ANTARA BLOG TERBAIK PENGAJIAN TINGGI DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


Phew...menuju ke 1,000,000 page views !!

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

ANTARA TAJUK-TAJUK POPULAR.

Link ke semua Tajuk Popular berikut terletak dibawah ShoutMix.

Tajuk 004 - Ada 11 perkara kajian anda SIGNIFICANCE

Tajuk 014 - Menulis LITERATURE REVIEW yang kritis...sempoiii..

Tajuk 020 - Sample: Purposive atau Convenience atau ?

Tajuk 032 - Kenapa data ordinal tidak normal?

Tajuk 035 - Interpretasi SIGNIFICANT bagi correlation

Tajuk 083 - Sempoinya menulis LITERATURE REVIEW secara kritis !

Tajuk 094 - Tulis PROBLEM STATEMENT tapi TIDAK ADA problem?

Tajuk 100 - Menulis thesis dgn PANTAS "Jika saya menjadi anda"

LINK KE SEMUA TAJUK POPULAR BERIKUT TERLETAK DIBAWAH SHOUTMIX.

Tajuk 119 - Jgn perasan kajian anda boleh ubah policy!

Tajuk 122 - Jgn nak lebeh2 jika guna CORRELATION !

Tajuk 132 - Anda patut lebih TERROR dari supervisor anda !

Tajuk 141 - Tak logic minat RASCH MODEL tapi tak tahu LOGIT?

Tajuk 156 - DROPBOX - File tesis anda dalam bahaya!

Tajuk 184 - Semak Literature Review dgn SIMEC !

Tajuk 185 - Senangnya bina OUTLINE LR !

Tajuk 187 - Tiga rahsia penulisan LR terbongkar... Yezza!

Tajuk 212 - Cari RESEARCH GAP? Gunalah SYNTHESIS MATRIX !!

Tajuk 215 - Kalaulah saya jadi SV.. emmm

Tajuk 233 - CITATION dlm LR – Giler kalau macam ini...!!

Tajuk 238 - Lambat siap tesis – Anda berpenyakit procrastination !

Tajuk 234 - Anda pasti KALUT tanpa PILOT Article

LINK KE SEMUA TAJUK POPULAR BERIKUT TERLETAK DIBAWAH SHOUTMIX.

Tajuk 339 - Thesis: Dont Make It Write, Make It Written !!

Tajuk 240 - "DISCUSSION OF FINDINGS" Jangan pulak anda jadi Pak Pandir.

Tajuk 242 - RESEARCH GAP? - Gunalah HYBRIDIZATION TECHNIQUE

Tajuk 245 - Baca ini anda confirmed kamcing dgn SV

Tajuk 261 - RESEARCH GAP dan Teori Persenyawaan

Tajuk 267 - RESEARCH FRAMEWORK: Kenapa proposal mesti tebal-tebal?

Tajuk 277 - 278: RFOT - Wow !! RESEARCH FRAMEWORK dlm satu mukasurat jer!

Tajuk 279 - Nilai sebuah PROPOSAL..

Tajuk 285 - Thesis dan Awet Muda - Tips untuk suami isteri

LINK KE SEMUA TAJUK POPULAR BERIKUT TERLETAK DIBAWAH SHOUTMIX.

Tajuk 291 - 4 langkah validate + reliability questionnaire

Tajuk 311 - 6 kisah seram calon PhD !!

Tajuk 312 - Anda tak boleh ubah SV, andalah yang perlu berubah !

Tajuk 326 - MENDELEY: Citation + bibliography secara automatik....!

Tajuk 363 - Download template RFOT versi baru dlm MS Word disini !

Tajuk 366 - Empat langkah sempoi tulis paragraph yg KRITIS !!

Tajuk 367 - Bila supervisee jadi BEBAN SV !!

Tajuk 370 – Menulis significance dan Implication of study…

Tajuk 373 - Download desktop calender free here

Tajuk 379 - Download template for writing article AROT

Tajuk 395 - Novelty / Originality kajian anda dipersoalkan?

Tajuk 401 - Download RFOT latest (v4)

Tajuk 405 - Fulamak...Speed Reading (SROT)

Tajuk 417 - 432: Wooow.... ATLAS.TI - 12 Siri Langkah demi langkah

Tajuk 458 - Fulamak...3 Langkah Mudah Gaya UKM Dlm MENDELEY

Tajuk 468 - What is "THE BEST" Thesis?

Tajuk 473 - Sebab supervisee slow sokmo !!

Tajuk 477 - Template RFOT utk download (pdf)

Tajuk 486 - SV timun laut buat kajian singa laut?

Tajuk 487 - Bila Prof nak jadi MARADONA

Tajuk 529 - Calon PhD: Tipah Jgn Tertipu dgn SV !

----------------------------------------

Sila klik link Brochure, Sijil Penyertaan dan Resit yg disediakan di bawah shoutmix.

------------------------------------------------

SENARAI TENTATIF BENGKEL


RINGKASAN BENGKEL:

TESIS CEPAT = TULIS TESIS CEPAT, LIT. REV. & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

SPSS =PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

ATLAS.ti = ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

QNAIRE = BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

April:

- Tulis Tesis Cepat /Mendeley (MPWS, BANGI) - 17 April

- SPSS (MPWS, BANGI) - 6 April

- TESIS CEPAT / Mendeley (Pahang) – 26 April

Mei:

- TESIS CEPAT / Mendeley (MPWS, BANGI) - 8 Mei

- TESIS CEPAT / Mendeley (Melaka) - 15 Mei

- QNAIRE (MPWS, BANGI) - 17 Mei

- TULIS TESIS CEPAT / Mendeley (UUM) - 29 Mei (nhusna@uum.edu.my, 049288151)

Jun:

- Tulis Tesis Cepat / Mendeley (MPWS Bangi) - 5 Jun

- QNAIR (MPWS Bangi) - 7 Jun

- Tulis Tesis Cepat / Mendeley (Tganu kite) - 12 Jun



Pendaftaran bengkel - http://www.postgraduateworkshop.com/


Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke: zahinothman@gmail.com


Sila klik link Brochure, Sijil Penyertaan dan Resit yg disediakan di bawah shoutmix.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, December 30, 2011

TAJUK 290 - Ketahui 10 supervision styles

Aku nak sambung sikit pasal SV tapi kali ini pasal supervision styles pulak.

Apsal ko ni bro….. ko ada buat kajian ker?

Em…. Tak juga..cuma pemerhatian dan kisah2 yang yang aku dengar dan baca..... di sana sini

Woo.. patutlah byk citer ko ni…

Saja aku nak dokumen kan dalam blog ini…. Utk bacaan sahaja…sebab byk students macam kecewa sebab cara supervision tidak menepati expectation mereka...

Perlu ker tahu style supervision ni bro?

Terserah..... bila aku tulis beberapa style supervision yang basic2 jer kat bawah ni, maknanya ko bersedialah berhadapan dengan SV yang mempunyai pelbagai style supervision. Jgn kecewa jika style SV ko tak ngam dgn ko.... atau jeles sebab SV org lain banyak membantu sedang SV ko buat derk jer..... 

Ada berapa stail supervision ko nak tulis ni?

Ntahlah…. Aku tulis jer… tak sure lagi sampai berapa... maybe lapan...

Wokey….. teruskan bro..

Pertama – Style formal

SV dgn style supervision ini menekankan proses supervision yang formal dan ikut schedule. SV jumpa pelajar, supervise dgn cara formal. Arahkan supervisee siapkan tajuk, objektif dll….. Tak ada bincang hal2 lain…. Hanya  research…..supervisee mesti buat appointment secara rasmi….spt melalui PA….dan kes ini selalu terjadi bila SV adalah juga Dekan atau Ketua Jabatan…. Tak boleh main ketuk pintu dan terjah. Kalau SV nak jumpapun…. samada RA atau PA dia yang aturkan…..Emmmm… selalunya research akan berjalan dengan baik sebab SV jenis ini mengikut schedule betul2….
Style supervision ini sesuai utk yang biasa dengan protocol…. Boleh keep up dgn schedule…..

Kedua – Syle tak formal

Yang  ini tak der barrier… tak der schedule.  SV dan supervisee boleh pergi cafĂ© sama2….. boleh bertepuk tampar…. SV boleh call supervisee tengah2 malampun jika nak berbual…. Selalunya SV ni kenal  dengan supervisee….Ada advantage sebab boleh minta bantuan direct dari SV, tak der protokol2.....
Style supervision ini sesuai utk supervisee  yang boleh stay focus dalam membuat research


Ini style ninja !!


Ketiga – Style collaborate

Style ketiga ini menekankan kolaborasi. SV terlibat dalam menjalankan research supervisee, maybe supervisee adalah RA yang juga student PhD atau master bagi project SV. Style ini ada advantage sebab SV akan pastikan kejayaan research yang dijalankan.
Style supervision ini sesuai dengan supervisee yang matured….. dan ada pengalaman sedikit sebanyak membuat research

Keempat – Style coach

Sv jenis ini mementingkan output dan latihan kepada SV. Dia akan pastikan SV memiliki segala kemahiran asas dalam membuat research termasuk memberi pengalaman supervisee membuat presentation di mana2 seminar ataupun menggalakkan supervisee menulis dalam chapter atapun journal bersama. Advantage nya supervisee akan lebih confident….
Style supervision ini sesuai untuk supervisee yang boleh bekerja extra time....

Kelima – Style QC (Quality control ... ala2 Queen Control jugaklah)

SV jenis ini agak cerewet dan memastikan supervisee mengikut semua quality yang diperlukan dalam penulisan thesis. Semua yang ditulis akan dipersoalkan rasionalnya. Semuanya mesti dipastikan sempurna sehingga mencapai satu standard quality yang dikehendaki oleh SV…. Supervisee tak boleh memandai2 tukar itu dan ini wpun kajiannya sendiri..... mesti mendapat green light dari SV.....Selalunya SV pompuan ler….
Style supervision ini sesuai untuk supervisee yang tahan leteran dan berjiwa pasrah... emmmm pompuan jugak lah tu....

Keenam – Style kilang

SV jenis ini mementingkan production….. mesti hasilkan product. Maknanya, sejak awal lagi SV dan latih supervisee menulis dan ada kalanya dalam tempuh membuat PhD, supervisee berjaya hasilkan 3, 4 artikel….  bersama SV….. dan supervisee beruntung wpun terpaksa bekerja keras sejak hari pertama berjumpa SV….
Style supervision ini sesuai utk supervisee yang boleh berdikari dan tahan lasak....

Ketujuh - Style tukul besi
SV jenis ni akan paksa dan pastikan supervisee menjalankan tugas dan mengikut schedule. Lambat jer sikit, siap ko.... sure kena tukul besi.... 
Style ini sesuai dengan supervisee yang super slow.... dan selalu hilang panduan...
Style supervision ini sesuai jika supervisee jenis slow giler.... semua nak kena suruh.... banyak penyakit procrastination...

Kelapan – Style “Lu fikirkanlah sendiri”
SV jenis ini pun ada. Semuanya dibiarkan supervisee tentukan. Jika nak tulis artikel, supervisee lah yang tulis, SV hanya semak dan yang penting nama dia mesti ada. Cepat dan lambat, bergantung kepada supervisee, SV takkan ambil inisiatif apa2…. sebab SV anggap supervisee dah boleh fikir sendiri….
Style supervision ini sesuai untuk supervisee yang boleh mendapatkan “SV angkat” dan suka bertanya tak kira siapa....bagi mengesahkan apa yang dibuat kerana SV sendiri biarkan sahaja….lu fikirlah sendiri....

Wow ada 8 jenis tu bro.....

Abis ko jenis yang mana satu.... soalan bonus ni...

Aku ni novice... baru nak bertatih....  tapi aku suka menjadi SV yang versatile....... sedang berusaha kearah itu....

Amender versatile tu bro?

Versatile tu macam.... tidak mengamalkan satu cara sahaja.... rigid.... bila aku tulis 8 style ni.... aku akan ingatkan diri aku, supaya menjadi versatile....sesuaikan style aku dengan dgn supervisee. Jika yang datang jumpa aku tu jenis kena ketuk dulu baru nak bergerak.... terpaksalah aku gunakan style tukul bro....dan kalau yang datang tu matured..... aku gunalah style collaboration.....baru cool...

Itu macam aku banyak setuju bro.... jgn sampai rigid sgt.... sebab PhD ini perlukan byk tolak ansur dan perbincangan.... omputih kata win-win situation....dan akupun nak jadi student yang versatile... he he...

Pandai ler ko.....

Memang ketara setiap supervisor ada style supervision masing2 yang tersendiri..... 


So.... tu ler kisah petang2 sabtu menjelang Tahun Baru Masehi ni....

Moga berjaya dengan azam baru ko....

OT







TAJUK 289: Contoh RFOT dan komentar.

Buat apa pagi2 ni bro?


Lepaskan gian....?


Gian.... gian apa bro? Ko jgn cakap sebarangan..... 


Gian memegang tanah, baja dan membelai pokok2 aku yang sejak dua menjak ni dianaktirikan....asyik tengok blog ku jer....Pagi ni selepas hantar anak aku Arif praktikal lesen kereta, aku balik dan mula mencantas, menukar pasu dan tanah pokok2 bunga aku.... kuar peluh jantan aku yang selama ini terpendam....


Puas hati tengok anak2 keladi yang subur....
raya nanti dah boleh bawa masuk dalam rumah !


Botak pokok keboja cina aku cantas....sat gi kuarlah daun dan bunga....

Anak kemboja cina yang aku baru nak bonsaikan......
tunggu akar dia berbelit2 dalam pasu tu dulu..

Yang ini dan berumur beberapa tahun..... dah nampak ciri kebonsaiannya....baru diangkat akarnya dan ditanam semula...
(Nak tahu buat bonsai ni.... taip "Tip membuat bonsai kemboja"
dan search dalam blog ini..."




Emm......


Kt dua jam aku aku bermain dgn tanah.....


Apa ko nak tulis kali ni bro....


Pasal RFOT yang diemailkan kepada aku. Sebab tu aku mahu pelajar sendiri kuasai research sendiri dgn menyediakan RFOT yang komprehensif...


Dgn RFOT tak der lah asyik jawab tak tahu bila SV tanya
kajian apa nak buat


Aku dapat dua RFOT yang diminta utk aku komen. Aku cuma nak uploadkan satu sahaja sebab yang satu lagi tu tidak mencapai tahap PhD sementara yang satu lagi, nampak OK cuma analisis statistik sangat basic. Selebihnya biarlah SV masing2 tentukan.....


Dgn RFOT.... semua dah ada dalam gengaman kita, teori, gap, instrument, analisis dll...




Ini contoh RFOT kiriman calon PhD melalui email. Coverage nya lengkap, cuma analisis statistiknya agak basic. Contribution dalam menghasilkan satu instrument baru adalah CLEAR CUT mencapai tahap PhD dengan usaha utk validate instrument tersebut. Cuma validation perlu dibuat secara mendalam dan reliability jika boleh bukan setakat chronbach alpha.... kerana ada analisis spt item discriminant yang lebih detail selain CFA juga.
   


RFOT di atas adalah contoh simple betapa RFOT boleh digunakan bagi mendapatkan overview yang comprehensive dan syabas kepada penulis kerana telah mempunyai research framework yang sesuai utk tahap PhD namun aspek analisis perlu di bincangkan lagi dengan SV.


Bagi RFOT yang kedua (saya tak uploadkan dalam entry ini), penggunaan instrument mengkaji aplikasi web 2.0 dalam kalangan pelajar IPTA adalah tajuk yang "biasa-biasa". Penggunaan instrument TAM yang sedia ada, dan analisis statistik sekadar t-test dan multiple regression adalah kurang mendalam utk PhD. Ini kerana dapatan kajian tidak akan menyumbang sesuatu yang betul2 original kerana kajian hanya melihat aspek prediction sahaja. Kajian  explorasi terhadap kekerapan dalam penggunaan web 2.0 mungkin sesuai utk tahap master dan pada tahap PhD, pelajar tersebut patut menjalankan kajian setapak kehadapan dan lebih mendalam dengan menguji model yang dihasilkan dari teori dgn analisis SEM umpamanya kerana kajian kekerapan penggunaaan web 2.0 atau apa2 aplikasi web dahpun banyak dihasilkan dengan instrumen TAM tersebut.


Emmm camtulah bro...


Memang boleh guna multiple regression, namun biarkan digunakan utk meneroka IV yang baru atau belum diuji lagi. 


Mana ko tahu semua ni bro?


Giler ker? Manalah aku tahu semua kajian2 tu.... tapi dgn melihat RFOT, dapatlah "sesiapa sahaja" yg ada asas research method dan statistic memberikan komen yang  asas.....pendetailan tu biarlah SV yang bagi.....


Kalau macam tu.... aku nak bagi ko tgk RFOT pulak bro....


Banyak ko punya ensem .... ko kan ada SV.... suruh lah dia komenlah....


Ala... boleh lah....ko kan kawan aku....ko pun ensem juga he he....


Ko anta jer..... kakalu aku ada masa aku komen k..... sikit2 jer tau....


Cayalah lu bro...adios dulu....


Wokey.....






OT



.

Thursday, December 29, 2011

TAJUK 288 - Key-in data q'naire ribu-ribu dlm SPSS hanya 30 min bukan 30 hari ! (Bhg 2)

Sambungan Bhg 1....


Amacam bro....ada sesiapa berminat pasal qnaire OMR tu?


Emm nampaknya banyak pertanyaan pasal qnaire OMR yang masuk dalam email aku..... cuma aku nak tambah sikit camner qnaire tu beroperasi...


Ko bisness OMR pulak ker?


Banyak ler bisness ko.... aku bagi tau nipun sebab aku pernah guna.... sempoi....yang buat bisness tu company woo.... bukan aku....aku cuma nak bagi tahu... sebab ramai gak yang ada elaun dan financial support utk print dalam OMR... selain mudah, cepat tak fening kefala.... juga zero mistake !!


Camner operasinya... ko buat ler simulasi... biar lagi sempoi nak faham....


Wokey..... simulasinya adalah .....


Ko dah ada qnaire 60 soalan, dah valid dan realible. Ko nak dpt 500 responden, bermakna ko kena cetak dalam 1000.... dgn harapan dapat reply 500 responden. Jadi ko akan terpaksa key-in data 500 x 60 = 30,000 kali. Emmm.... fening-fening....ko tak jadi cetak secara konvensional tapi nak convert dalam OMR... maklumlah ko baru baca blog drotspss....


Lagipun ko dapat elaun RM800 sebulan dari JPA dengan gaji penuh lagi.... sebab selama ini elaun RM800 tu ko buat bayar ansuran keta (ssshhhh.....sapa bagi tau ko rahsia aku ni?) rasa cam bersalah ler pulak..... tak guna duit tu utk pengajian ko.... dan tak lama lagi gomen akan bagi baucar beli buku, malah belanja apapun di peringkat siswazah boleh deduct income tax....dan anak2 ko pun akan dapat duit dari gomen juga....  bonus pulak baru masyukk....


So ko buat appointment dgn company tu, tanyalah sendiri bayaran cetak dll yang aku fikir taklah mahal.... berbaloi2. Ko pun setuju dan  hantar softcopy qnaire ko.... dan company tu akan convert qnaire ko dalam format OMR, spt contoh Tajuk 288 Bhg 1. 


Mulanya company tu pun convert qnaire ko ikut format yang sesuai dan hantar semula dalam pdf fail utk ko semak..... dan jika ko dah puas hati... dia akan cetak dalam format OMR.


Then ko pun distribute ler...maka responden yang dapat akan jawab qnaire ko tu macam jawab soalan objektif PMR.... kena hitamkan diruangan yang disediakan dgn pencil.


Katakan ko dapat reply 510, maka ko bawa qnaire OMR yang berjaya dikumpulkan semula tu ke company tersebut. Ko kena bincang pulak bentuk format data yang akan dikeluarkan supaya boleh terus dimasukkan dalam SPSS atau excel. Itu kejer company tu lah.... 


Maknanya ko tak payah key-in... mesin OMR yang akan buat dan outputnya terus keluar dalam format yang ko minta dan ko boleh masukkan dalam SPSS atau excel tanpa perlu key-in apa lagi..... Aku dulu dalam 30 minit jer... dah siap semunya !!


Aku guna mesin OMR di fakulti jer.... sebab saya staff, tak tahulah jika students pun boleh minta kebenaran, sebab kalau buat di company tu... sure ada extra charge !


Meh lah aku no phone company tu?


Aku tak nak bagi no tel company tu kat sini, hanya yang minta melalui email jer... biarlah yang berminat sahaja memintanya.


So harap semua yang baca entry ini faham... dan ini adalah alternatif bagi yang melibatkan ramai respondent..... berbaloi2... 


Tapi kalau qnaire ko setakat 30 keping dgn 20 item.... ko buat sendiri jer lah....


Gud luck


OT

Wednesday, December 28, 2011

TAJUK 288 - Key-in data q'naire ribu-ribu dlm SPSS hanya 30 min bukan 30 hari ! (Bhg 1)

Bahagian 1.....


Wooo.... tajuk ko ni dah melampau....


Apasal....


Aku buat pilot 30 respondents pun key-in data kat seminggu bro....berpinau bijik mata aku ni.... fening 3 hari pas tu tak hilang.... nikan pulak ribu2....katakan ini semua tidak benar bro....katakan !!


Bilalah nak abis key-in data ini.....


Iskhh... pehal ko ni.... baca dulu entry ni abis2... nanti ko tahulah...


Abis betullah ker ?


Tajuk tu memang betullah.... bukan auta.... lagipun ada permintaan nak aku buat bengkel qnaire....ada permintaan.... insyAllah saya cuba tunaikan...spt maklumat dalam blog ini...

Ko buat sehari jer ker.... kenapa tak 2 hari?

Ini bengkel intensive hands-on sehari… Boleh jer aku buat 2 hari... mula kul 9 am.. pendaftaran then break... then lunch....then tea break lagi. Pastu sambung balik esoknya 9 am... abis 3 pm...sedang isinya nya sama jugak bro...

Abis kenapa ada yang buat 2,3 hari tu?

Yang tu berbengkel sambil berehat... buat di hotel... makan baek punya...dan sesuai utk yang ada sponsor dan research grant bro.... 

Aku dapat satu permintaan utk kendalikan bengkel qnaire... dan akan berlansung insyaAllah 11.2.2012, dan sesapa yang berminat emailkan sahaja kepada nizza810@yahoo.com. Bengkel ini sesuai bagi yang tiada asas membina dan menganalisis qnaire dengan SPSS. 

Apa content bengkel tu bro?

Aku akan menyentuh aspek berikut:

  • Konsep inference, kenormalan, para dan non-parametric juga scales.
  • Jenis-jenis qnaire
  • Bina qnaire berasaskan contruct dan item yang baik - objectivity dan konsep unidimensional 
  • Bagaimana memahami cronbach alpha digunakan dalam mengukur reliability. 
  • Membina dummy qnaire dari research question
  • Analyse data mulai EDA, discriptive, chi square, t-test, anova, correlation dan simple multiple regression.

Emm.... menarik jugak tu bro...sebab susah juga nak bina qnaire.... then susah pulak nak key-in data dalam SPSS.... mahu sebulan baru siap bro...

Amende ler ko ni.... aku masukkan 800 qnaire dgn 88 item dalam 30 minit jer.... terus boleh run SPSS dgn ZERO MISTAKE lagi !!

GULP ! Ko biar betul bro... jgn nak klentong....otak pentium duo-core aku ni kira ada 800 x 88 = 70400 kali nak key-in data tu.... mahu bertukar bijik mata hitam  aku ni jadi kelabu....

Ko tahu tak adenyer qnaire guna OMR (Optical Magnetic Reader) yang macam ko jawab soalan objective masa ambil PMR dulu.... malah aku dah pernah tulis sikit dalam entry yang lepas...

Byk sangat ler entry ko... aku tak perasan..... camner ha qnaire OMR tu bro?

Perhatikan contoh keratan OMR dalam salah satu kajian aku ni...

Pic 1: Contoh arahan

Pic 2: Ini contoh item Bahagia A - demografi
Pic 3: Ini contoh item Bahagian B

Pic 4: Ini contoh item sehingga 88 semuanya


Pic 5: Contoh lain qnaire yang juga menggunakan OMR

A ah bro... confirmed macam soalan objective lah....

Ada company computer yang boleh convert qnaire conversational ko ke dalam bentuk OMR. Then bila dah converted ko akan run semuanya dalam mesin OMR dan data terus di convert dalam SPSS dalam masa 30 minit jer !!! Pastu tu ko nak run CFA, EFA, cronbach alpha dll... silakan.....

Fulamak.... taklah fening kepala bila nak analisis data bro.... masa 30 hari dah safe...Abis kat nama nak buat dan berapa harganya pulak bro.... dan procedure2 lain...Tambahan aku dapat elaun...dari JPA bro.... tak der hal..... 

Aku cuma war2kan supaya geng2 PhD dan Master yang buat qnaire ada pilihan yang lebih mudah, cepat dan tepat.... 

Cam ner nak buat tu bro?

Email aku jer.... aku akan bagi maklumat details jika ko berminat....sebab takkan aku nak iklankan perkhidmatan yang dibuat oleh company tersebut.... sebab blog ini percuma jer.. tak berbayor....

Ok Ok....nanti aku email ko.......tapi ko jgn tak reply lak email aku.... jimat masa aku 30 hari bro... tak termasuk 30 hari lagi nak hilangkan fening.... mekacih mekacih...

No worries.... pastu ko blanja aku makan nasik arab dah ler.... 

Cantikk... set !!




OT









Monday, December 26, 2011

TAJUK 287 - Research Framework: Post facebook dari LIVERPOOL, England yang wajib anda baca !

Bro.... ko selalu main fbook ker?

Aku jarang buka facebook, sekali sekala sebab byk juga yang tidak berkaitan dgn diri aku ataupun ramai yang menulis just for fun. Apapun aku tabek spring.....toing-toing... DSG buktikan facebook adalah wacana kolaboratif penting...dalam research.

Emmm....

Aku ingin berkongsi satu post fbook... yang baru aku terima dari UK. Ada 23 lagi post yang aku lom buka.... itu yang kadang2 malas gak nak tengok. Namun yang satu ni agak special utk dikongsi bersama.

Pasal apa bro?

Pasal penulis yang guna RFOT (Research Framework OT) spt yang aku tulis dan cadangkan dalam blog aku....then penulis dapati perbincangaan dengan SV went smoothly..... dan dipuji pulak oleh SV. Malah dengan Synthesis Matrix.... penulis telah membaca 65 articles in 10 days...... This is a good and convincing start !! If he can do it, why don't you try...

Wow... cakap omputih ko.... so then ?

Aku cuma nak maklumkan bahawa RFOT tu sesuatu yang very2 practical dan mudah.... bagi pihak students dan SV.... malah kepada mana2 pihak yang ingin memahami research framework mana2 pelajar pun. Aku nak cadangkan supaya apa yang dilakukan tersebut dapat gunakan oleh pelajar2 di IPTA..... sebelum ini tak ada yang guna...so tak der feedback lah. Tup-tup dapat response dari UK.... tahniah kepada Rayme.


Fusss.... jauh ko dapat post tu dari Liverpool, England....


Semasa ke London 2010
Dunia tanpa sepadan bro....tahun lepas aku gi Wimbledon, Chelsea, Reading dan stay di London, tapi  nak gi Liverpool dan Manchester jauh lak kat north England....


Paling aku excited bila entry aku "Anda lebih terror dari SV anda" semakin hari semakin diyakini oleh pembaca blog....sebab itu aku katakan jgn biarkan SV anda tentukan semuanya apa yang anda perlu buat..... kerana situasi ini samalah spt Chef Wan suruh mamak roti canai depan rumah ko tu  buat "Ginger-Molasses Spice Cake with Mascarpone".... 


Mana mamak tahu benda2 tu bro..... lain ler Chef  Wan yang dah buat presentation seantero dunia....


Elok mamak tu sendiri yang jumpa Chef Wan dan siap2 cadangkan resepi baru yang canggih yang mamak tu ada knowledge....seperti "Roti canai crab filament stick and prawn on toast" dan Chef Wan sebagai SV jer.... he he....sure mamak tu tahu apa dia nak buat...

Ok..berikut adalah print screen tersebut utk dikongsi bersama....

For Rayme.... best of luck and tqvm for sharing your experience !!

OT

TAJUK 286 - 5 Jenis Supervisors

Alamak bro tak penat ke…. balik bercuti terus memblog….

Cam biasa jer….

Apa isu ko nak bawak bro?

Cuba ko baca email berikut…. komen sikit… aku terima masa bercuti…

Salam,
Saya ni setiap kali jumpa SV rakam apa dia cakap supaya balik boleh dengar balik nasihat apa yang.....sembang mcm2 cerita lara dia. ….hal nak guna analisis statistik apa pun dia tak nak komen ....semua saya buat sendiri.....baca, bincang dgn kawan, dah tentu silap, kabur sbb tak reti nak buat..Bila tanya banyak2 u discoverlah sendiri...discover sendiri......kajian u, u yg banyak tahu.....good for u.....tu la ayat dia..SAYA TAK MAU CERITA BANYAK2 …..

Kadang2 jelous tengok kawan2 lain....SV beri nasihat, bimbing dgn betul....saya makan hati....susah hati....

Ummi
PhD Candidate
IPTA


Kan ko dah tulis skit pasal SV ni bro….. ko jerlah yang komen…

Aku mmg tak nak komen panjang2…. Sebabnya aku juga SV dan aku dah tulis bab ni dalam entry yang lepas….

So?

Cuma aku nak tambah ker skit lagi…. Buat peringatan semua pihak lah… termasuk ko dan aku …lagipun tak ader dalam bukupun hal berkaitan SV ni….. sendiri faham jer…

SV ni pulak bukan macam beli keta, boleh kita pilih2 … nak Proton ker….nak MyV ker atau MPV….nak matellic atau solid ker….manual atau auto....

SV pulak ada macam2 style, ada 1001 styles....tapi secara kasarnyer….

Pertama:
Authoritarian - Ko lambat jer dia cari dan hambat ko ! Ko kena tahan skit…. SV ni suka tunjuk authority dia… semua kena ikut cakap dia….

Jika ko cakap “saya tak tahu” atau “saya tak faham”…. Dia akan anggap ko malas…tapi kalau ko dapat tunjukkan ko juga tahu malah lebih tahu dari dia.... dia akan respect ko.... 

Kedua:
Democratic - Ko lambat ker ko tak buat aper2 ko…. Dia relex jer! Emmm… yang ni ko boleh buat bincang…. Open minded… tapi ko kenalah tunjukkan intellectual competency ko…kalau ko relex jer... jawab tak siaplah thesis ko...dan kalau ko sentiasa tunjukkan progress.... sure dia suka kat ko... dan sanggup jadikan research ko macam research dia jugak... ko tak nak ker?

Ketiga:
SV yang berada antara yang pertama dan kedua - Ko lambat jer dia minta reason, dan suka bagi idea tapi tak paksa ko ikut, ko masih ada ruang utk memberi cadangan. Cuma ko jgn take thing for granted, tunggu SV ko bagi cadangan sdg ko tak buat aper2....


Kalau cam ni tak per.... dapat Kak Ngah
jadi SV....minumpun bersuap...


Mana baek bro pertama, kedua or ketiga….. ?

Tiga2pun baek,  sebab ko yg kena sesuaikan diri ko, bukan sebaliknya. Sebabnya, peringkat post graduate ko kena buat semuanya sendiri. Jgn tunggu kena hambat atau tak buat aper2 jika SV ko relex jer…. ko yang kena ambil inisiatif…


Sebenarnya ada yang dua lagi bro keempat dan kelima….tapi bukan sangat masuk jenis SV tetapi isu yang lain skit..... 


Keempat....ada SV baru siap PhD, tengah panazzz... Dah lama dia mengidam title Dr. tu... bila dapat jer... fulamak... macam dia tahu semua benda berkaitan research. Perkataan yang famous kalau SV ni jenis ego-centric adalah... "Kalau saya dulu boleh buat, kenapa tidak awak?"  "Saya dulu susah payah cari itu dan buat ini.... awak pun kenalah bersusah payah jugak" ... "Inipun tak tahu... saya semua buat sendiri....." 


A ah lah bro.... cam pernah dengar jer kata2 SV cam tu...yang kelima ?


Yang kelima ni bukan SV baru.... dah otai tapi tak berapa kisah nak upgrade knowledge dia di luar bidang kepakaran. Maybe dah jadi  Prof atau Prof Madya sebab banyak juga paper yang dia dah tulis. Jika dia expert kualitatif, dia tak kisah hal kuantitatif. Jadi, dia tak boleh nak advice hal2 kuantitatif ni...  Kalau bab bercakap dan bagi nasihat... fuhhh... sebab otailah katakan... dan memang terbukti hebat dalam bidang dan cara dia analisis. So bagi jenis yang ke5 ni, elok jadikan SV jika anda membuat kajian yang ngam dgn kepakaran dia... 


Ko tak komen pun email tu bro?


Email di atas? Aku cuma agak SV tersebut adalah campuran keempat dan kelima.... tetapi aku rasa kurang wajar membiarkan supervisee terawang-awang tanpa suatu keputusan yang jelas….spt tak tahu nak komen statistic supervisee…tidak sepatutnya berlaku. Ironinya, bukan advanced statistikpun….. sekadar yang basic sahaja. Paling sadis, jika ada SV bersikap authotarian, suruh buat itu dan ini sedang SV sendiri tak sure.... paling ironi dia sendiripun tak tahu... tapi cakap ala2 tahu....sambil kata student dia tak buat apa2....tu yang sedih tu....atau bersikap democratic.... biar jer student buat sendiri dan serahkan semua kepada student..... macam SV tak tahu apa2....alamat tertekanlah student tersebut.... spt email di atas

So cadangan U?

Sebab itu supervisory committee perlu ada gabungan kepakaran yang boleh menyelia pelajar. Pelajar juga tak boleh sewenang2nya menukar SV tanpa alasan yang kuat. Jadi pelajar berkenaan boleh merujuk dahulu kepada pihak penyelaras program siswazah, dan kemukakan masalah yang dihadapinya dgn jujur dan transparence. Jgn rasa bersalah, sebab ini adalah masa depan anda. Biarlah pihak penyelaras buat keputusan setelah meneliti semua aspek.

Jadi andaian SV tahu semua tidak semestinya benar.... malah mana ada SV tahu semua benda atas muka bumi ni !! Lainlah kalau disekolah, ada silibus khusus yang guru perlu master. Peringkat PhD / Master….. kepakaran SV ada kalanya tidak merangkumi apa yang dikaji….. tetapi supervision masih boleh berjalan jika kedua2 pihak tahu peranan masing2…..SV jgn pula super-ego dan ko pun kena tahu strategi membuat research....jgn dok jumpa SV serah tengkok ko macam tu jer.... maybe Tajuk 287 selepas ni dapat membuktikan betapa ko pun sebagai students kena smart juga !!


Bacalah keseluruhan blog ini supaya ko tahu maksud aku !!

OT

Sunday, December 25, 2011

KEMBARA DI BUKIT TINGGI

Selama 2 hari saya dan famili habiskan masa bersama ke Bukit Tinggi, Janda Baik dan kemudiannya ke Genting. No wifi... no blog..... back to nature....

Kami memilih 3 destinasi tersebut kerana saling berhampiran bagi menghabiskan masa musim cuti sekolah. Nasyrah my niece ikut sekali....

Inilah beberapa pic bagi mereka yang masih belum ke tempat2 berikut utk bersama keluarga.... dan sudah tentunya sedikit tips buat anda...

Pertama, pastikan anda menuju dan mengambil simpang ke Bukit Tinggi BERJAYA HILL.... dari Karak Highway iaitu selepas Genting Sempah.

OK.... bermula semula di Bukit Tinggi..... 


Papan tanda di Bukit Tinggi




Kami konvoi 2 MPV. Suasana kabus dan sejuk menenangkan fikiran


Pemanduan mesti berhemah.....sebab jalan mendaki dan berbelok2...
buka tingkap bagi menikmati udara yang nyaman


Jangan lupa... nak masuk kena bayar RM 12 seorang di Bukit Tinggi + RM3 di Animal Farm




Binaan ala kolonial..... dan nyaman.... sesuai utk lari dari suasana biasa...




Better datang awal pagi.... dalam kul 9 am dah sampai.... lebih nyaman


Tak payah ler naik shuttle ni... baik naik kereta sendiri ke tempat2 yang nak dituju. Mulanya kami naik benda ni... then susah nak bawa barang.... so OK jer bawa kereta ke Taman Jepun
Manjanyer.....


Suasana pagi berkabus ala2 gerimis... seronok wpun terpaksa mendaki....sambil bersenda gurau sesama sendiri...
Ramai yang tak larat pun.....


Spt biasa...center of attraction abang2 dan kakak2....
perasan macho.....


Di laman Jepun..... 


Tak puas manja masa kecik2 dulu ....


Merakam kenangan....




Zuhyar...yang ni bersama rabbits di Animal Farms...


Berani Nine ni....


Memasuki kota ini mengingatkan saya semasa berada di France.... binaan yang cantik dan berbeza.....


Cam2 style diaorang ni !


Budak2 tengok jer terus teringat Shrek 
dan How to train your dragon !!


Pemandangan dari sebuah menara.....
Terpetik bunga di Botanical Garden......

Jauhnya orang kampung den buek meeting......
sampai ko Bukit Tinggi ooo...


Testing,1,2,3.. !!


Dah besar2....kecuali si NINE tu !!


Then bermalam dan makan2 di Janda Baik..... sempat mandi sungai ooo..


Nine ambil peluang mandi sungai Janda Baik...
Dalam "rimba' inilah kami menginap.....
4 bilik yang ditempah !

Sungai di hadapan tempat penginapan kami......

Mandi sakan....


Emmmm....


Apa pandang2..... sejuk tau.....aircond pulak on ...
Esoknya ke Genting.... 


Cuaca cerah semasa bertolak...


Makin tinggi kabus yang dingin menanti 

Seluruh genting diselaputi kabus....



Suasana di Genting.... kabus sgt tebal dan sejuk.....
Datang kul 9 am pun parking dah full....


Anak2 yang dah besar2 tak nak joint mak dan ayah lagi... dah hilang ntah ke mana....


Bawa dan hiburkan hati anak2....


Zuhayr.... favorite bila bab tembak-tembak2 ni...
Pengaruh TV ler tu.....


Curi2 masa utk mengeratkan cinta .....


Biar Kak Long pula yang layan ....
Suasana yang cam real jer di Dinasour Park...


Menyeberangi bukit....


Ni kelemahan Genting.... tak friendly lansung dgn stroller..... Apa guna buat Dinasour Park jika kena naik turun tangga
dan kendong anak ke hulu ke hilir.... iskh....kesian yang bawa anak kecik......then kena pikul lak stroller tu....



Kalau kat London... bas semua dah canggih2....yang ini
klasik sungguh !


Suasana yang sejuk..... di gerai2..... teringat permulaan winter semasa di Adelaide dulu....




Jam 3 pm....sepanjang hari berkabus dan sejuk.....

Ambil peluang melawat pameran (bayaran RM22 sorang)
Riley's Believe it or not.... amazing !!
Antara bahan pameran Repley's Believe it or not..... anak lembu kepala dua yang telah diawet....ada 500 bahan yang dipamerkan...
amazing !


Ukuran sebenar lelaki tertinggi di dunia


Ini hanya bar code.....


then.... disusun dgn kreatif menjadi potrait !
Pintu penjara di England

Alat torture.... zalim nye org zalim dulu 




Salah satu perminanan utk remaja ....
Yang dah berumur jgn nak cuba.... boleh cabut kepala lutut...


Di Chocolate factory...


Kak Ngah dan Kak Long enjoy their time....


Balik ke KL.... singgah di Cheng Ho.... belanja Nashyrah yang dapat
8A dalam PMR.....


Tips terakhir.... masa terbaik membawa anak2 esp jika mereka masih kecik2.....adalah waktu weekdays sebab crowded waktu weekend. Ambil cutipun tak aper....Kesian budak2 kecik nak main itu dan ini tetapi ke Q panjang. Standby baju sejuk.... sebab salah hari bulan.... kabus, dingin dan berangin.... menggigil anak2 kecil sebab jumlah jisim per isipadu mereka lebih besar dari mak dan ayahnya tau....selain mak dan ayah yang dah ada cover  lemak seluruh badan...


Selain di Genting ada surau....ada sebuah masjid besar...  lihat signboard..... apabila anda menuruni genting utk pulang.... sebelum sampai Karak Highway....boleh solat dgn selesa di sana....sebab sangat berangin.... 


OT
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...