.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, November 26, 2010

Tajuk 41: Jangan ingat mudah menulis soalselidik.....

Di Bukit Merah Lake Town Resort..
Teringat lagi apabila seorang calon PhD UKM menyuarakan soalselidik untuk saya komen. Terkejut apabila dimaklumkan nilai alfa yang  tinggi tetapi bila item soal selidik diamati terdapat beberapa kesalahan yang amat ketara dalam penulisan soalselidik tersebut. Soalselidik adalah instrumen yang sering dibina oleh penyelidik sendiri. Oleh kerana calon tersebut adalah calon PhD, yang ingin mengukur konstruk psikometrik yang abstrak, adalah disyorkan beliau (atau anda yang membaca artikel ini) supaya  mengambil inisiatif menjalankan faktor analisis terlebih dahulu bagi memastikan konstruk yang benar2 kuat dan item yang benar2 mengukur konstruk tersebut dipilih.


Jalankan kajian rintis bagi tujuan ini terhadap ressponden dari populasi yang sama tetapi tidak terlibat dalam kajian sebenar. Menjalankan factor analysis akan memberikan weight kepada tesis calon tersebut dan ini menunjukkan beliau menjalankan analisis yang lebih mendalam berbanding pelajar sarjana. Ini kerana factor analysis akan memberikan nilai loading factor yang tinggi kepada konstruk dan item yang mengukur konstruk tersebut secara konsisten. Item dengan loading factor yang rendah perlu dibuang.


Saya syorkan supaya pembina soalselidik meneliti semula item yang dibina supaya:
  • Item perlu jelas dan ringkas (macamana nak ukur sesuatu yang abstrak jika item pun asbtrak juga). 
Contoh: 
Item 1: Setakat manakah anda menghayati solat yang anda lakukan? 
(Item ini sangat abstrak untuk mengukur penghayatan.)

Item 2: Berapa kalikah anda mengerjakan solat tahajud?
(Item ini ukur kekerapan dan boleh kaitkan dengan penghayatan)
  • Konstruk dipilih dari teori dan sekaligus mampu menjawab persoalan kajian.
  • Elak item yang mempunyai maksud berganda atau lebih dari satu pilihan. Contoh: Guru Pendidikan Islam saya suka menegur kesalahan pelajar dan suka memberi nasihat.
  • Jalankan factor analysis dan baiki item anda. Jalankan kajian rintis 2 atau 3 kali sehingga anda dapat menghasilkan item yang mempunyai loading factor dan nilai Cronbach alfa yang tinggi. Siapa kata kajian rintis cukup sekali sahaja? 
  • Sediakan juga beberapa item negatif bagi meningkatkan tumpuan responden dalam menjawab soalselidik dan mengelakkan responden hanya menjawab secara sambil lewa.
  • Elakkan item dua kali negatif kerana sangat mengelirukan.
Contoh:
Apakah pendapat anda tentang kurangnya (-ve) graduan yang tidak memohon (-ve) untuk melanjutkan pelajaran diperingkat sarjana?

Tukar jer menjadi:
Apakah pendapat anda tentang bertambahnya graduan yang memohon untuk melanjutkan pelajaran diperingkat sarjana?
    He he kan sonang !!


    OT

    No comments:

    Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...