Statistical Power bergantung kepada (i) alfa (ii) power (1- β) (iii) saiz kesan (iv) saiz sampel. Kajian anda mempunyai statistical power apabila anda menetapkan lazimnya alfa 0.05 (95% keyakinan), beta 0.2 (80% elak Ralat Jenis 2) dan saiz kesan yang anda jangkakan katalah 0.3 (30% dah cukup besar dalam kajian sains sosial). Bagaimana dengan saiz sampel?
Lupakan dulu statistical power kerana secara tradisinya, saiz sampel ditentukan juga oleh rekabentuk kajian.
(i) Jika anda melakukan kajian experimental, n = 30 (bagi setiap kumpulan) adalah memadai secara statistiknya (alfa = 0.05) dan tidak timbul persoalan statistical power ASALKAN anda dapat merasionalkan prosidur kawalan yang ketat (sampel rawak, kawalan pembolehubah extraneous) supaya sebarang perbezaan yang diperoelhi adalah hasil rawatan bukan secara kebetulan.
(ii) Bagi kajian survey, jadual Krejcie & Morgan (1970) dalam “Determining Sample Size for Research Activities” (Educational and Psychological Measurement, ms. 607-610) boleh digunakan ASALKAN jumlah populasi diketahui. Contohnya jika saiz populasi adalah 1000, maka n=128 pada aras keyakinan 95%.
(iii) Bagi statistical power, software G*Power boleh membantu anda (ianya percuma):
G*Power adalah software analisis bagi saiz sampel dan statistical power yang meliputi pelbagai prosidur statistik seperti berikut:
i. t-tests (independent samples, correlations, and any other t-test),
ii. F-tests (ANOVA, multiple correlation and regression, and any other F-test),
ii. F-tests (ANOVA, multiple correlation and regression, and any other F-test),
iii. Chi2-tests (goodness of fit and contingency tables).
iv Software ini juga mengira nilai power bagi sesuatu saiz sampel, saiz kesan dan nilai alfa.
(Maklumat lanjut: Erdfelder, E., Faul, F., & Buchner, A. (1996). GPOWER: A general power analysis program. Behavior Research Methods, Instruments, & Computers, 28, 1-11)
No comments:
Post a Comment