Penulisan literatur memang mudah bagi yang dah pakar, tapi amatlah susah bagi kami yg dlm proses belajar. Dan lebih susah lagi bila tak dapat banyak bahan n tak dpt nak susun bahan. Rasanya bahagian inilah yg paling kurang student berjaya buat dengan baik. Saya akan cuba n cuba tetapi kena minta bantuan juga orang yang pakar untuk semak. Kalau ada kursus pendek (2-3 jam) untuk latihan penulisan literatur ..saya orang pertama nak daftar n saya boleh cari kawan2 lain.
Puan Rahayu:
He..he.. rintihan yang sama saya alami dulu. Hidup ni satu kitaran. Langkah sejuta bermula dari langkah pertama. Nasihat saya, anda buat sahaja LR wpun dengan 5 artikel. Bila jumpa anda tambah lagi. Cara menambah tu adalah kepandaian “metacognitive” yang sukar untuk diajar. Namun dengan kecanggihan MSWord, anda boleh mempermudahkannya. Katakan anda menulis tentang teori A, kemudian terjumpa bahan mengkritik teori tersebut, adakah tulisan anda yang awal tersebut sia-sia? Anda boleh insert kritikan tersebut sebagai extention information kerana kritikan dalam sosial sains bukan “absolutely wrong” tetapi lebih kepada penilaian dari pelbagai perspektif. Gunakan dengan bijak kritikan tersebut bagi memberi “weight” kepada kajian anda. Susun LR mengikut tahun dahulu….kemudian baru keluarkan asingkan mengikut tema utama supaya lebih mudah anda menyusun idea anda. Tiada jalan mudah untuk hasilkan LR yang baik kecuali….. TULIS…TULIS…TULIS…TULIS dan TULIS… Penyu ni wpun kelihatan lambat tapi kegigihannya tiada tandingan.... |
No comments:
Post a Comment