.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, November 5, 2010

Tajuk 19: Skala Likert boleh jadi nominal, ordinal atau interval....

Anda sedang menyediakan satu soalselidik 30 item (10 item x 3 constructs) berskala Likert 5 poin: 1: Sgt Tak setuju - 5: Sgt setuju. Selepas 100 responden menjawab, anda boleh analisis item anda


(i) satu persatu item dan menganalisis seperti 50 % responden sangat bersetuju bahawa…20% pula...
(ii) mencari korelasi antara  konstruk 1 dan konstruk 3 yang mana anda ranking kan skor konstruk 1 diikuti dengan meranking skor konstruk 2. Kemudian gunakan rumus spearman rho bagi mengetahui korelasi antara kedua konstruk.


(ii) menjumlah skor setiap konstruk: min bagi konstruk 1 adalah 3.8 (s.p.= 0.68) menunjukkan kumpulan responden lebih cenderung untuk bersetuju bahwa….sementara min bagi konstruk 2 adalah 3.0 (s.p = 0.71). Ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan antara min skor konstruk 1 dan min skor konstruk 2 ….

Perhatikan bahawa dalam kes (i) data dilayan sebagai katogeri atau nominal dengan statistic diskriptif, kes (ii) data dilayan sebagai ordinal dengan menggunakan statistik non-parametrik dan kes (iii) data dilayan sebagai interval dengn menggunakan statistik paarametrik ujian-t.


Jadi persoalan mana satu yang sesuai bergantung kepada persoalan kajian anda. Sebab tu ler instrumen anda perlu dibina bagi  mendapatkan data yang boleh dianalisis sehingga menjawab persoalan kajian... 






OT


2 comments:

  1. Skala likert 5 point sering digunakan dlm kajian, tetapi terdapat juga yg menggunakan skala likert 7 point. Adakah perbezaan antara keduanya terhadap hasil kajian kita? Atau adakah skala likert 7 point ini digunakan dlm kes tertentu sahaja?

    ReplyDelete
  2. Mengapa tarikh dan masa yg tercatat pd komen saya tak ikut tarikh dan masa sebenar wkt saya post komen ni, sedangkan waktu n tarikh pada laptop saya ni betul?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...