Dalam sosial sains ada empat skala pengukuran iaitu Nominal Ordinal Interval Ratio atau popular dengan akronim No Oil In River. Jangan pening, berikut dipermudahkan perbezaan setiap satunya:
Penjelasan | Contoh | |
N | Angka tiada magnitud hanya mewakili kategori | Jantina (1: Melayu 2:Cina 3: India) Kahwin (1: Ya 2: Tidak) |
O | Angka tinggi ke rendah ada magnitud tetapi selang tidak sama | Pendapat (1: Tak Setuju 2: Tak Pasti 3: Setuju) SES (1: Miskin 2: Sederhana 3: Mewah) (Selang 1-2 dan 2-3 tidak sama) |
I | Angka ada magnitud, tiada sifar mutlak | Skor ujian (0, 20, 45) @ IQ (0, 90, 110, 120) (Sifar tidak mutlak, mustahil tak de IQ lansung) |
R | Angka ada magnitud, ada sifar mutlak | Umur (0, 45, 55) @ Jarak (0m, 50 m, 66m) (Sifar mutlak iatu belum lahir (0 thn) atau tidak bergerak (0 m) |
Bagi aplikasi SPSS, skala interval dan ratio dilayan sebagai satu skala pengukuran sahaja dengan simbol pembaris. Lazim juga skala ordinal spt skala Likert dilayan seperti skala interval.
Banyak tesis yg dibaca, menggunakan korelasi pearson walaupun menggunakan skala ordinal (skala likert) dan tak dikomen oleh pensyarah. So, adakah nilai yg diperolehi daripada analisis statistik antara korelasi pearson dan spearman hampir sama atau tiada perbezaan yg ketara antara kedua2 korelasi pearson dan spearman? Tetapi jika saya menggunakan korelasi spearman dan menerangkan secara lebih detail dalam tesis saya tentang skala n analisis statistik yg sesuai, adalah lebih baik dan menunjukkan kefahaman yg lebih baik juga?
ReplyDelete