Dalam Tajuk 24, saya katakan apabila anda menguji hipotesis (katakan ujian-t) anda sebenarnya menggunakan graf normal yang terhasil dari sampling distribution of mean (min bagi sampel2) untuk membuat inferens kepada graf normal z-distribution (bagi populasi) iaitu anda menginferens dari sampel ke populasi.
Bwh kawasan graf normal (skor z) bagi sampling distribution of mean, terdapat dua hujung graf yang mana nilai z skor adalah ekstrem dan jarang ditemui (wpun ada dalam taburan). 5% kawasan katakan hujung kanan graf dinamakan kawasan kritikal kerana sangat jarang menemui nilai min seperti yang berada dalam kawasan tersebut kerana nilai minnya ekstrem. Ini sama seperti anda menyebut aras signifikan (alfa = 0.05). Kawasan ini mempunyai nilai skor z = 1.65 (anda kena tahu ingat kuliah statistik anda).
Sekiranya anda mempunyai min sekumpulan pelajar yang diambil dari populasi yang sama (rujuk Tajuk 24), dan dapati skor z = 1.78 (dinamakan z obtain) adalah melebihi nilai 1.65, maka min ini termasuk dalam kawasan kritikal. Kawasan ini adalah kawasan yang anda boleh rumuskan bahawa min kumpulan tersebut sangat berbeza secara signifikan (atau cukup besar perbezaannya) dari min populasi yang normal. Ini menunjukkan ada sesuatu yang telah menyebabkan min sampel tersebut berbeza dari min populasi dari mana sampel tersebut diperolehi.
Jika anda membuat kajian eksperimen terhadap sampel tersebut, maka dengan yakin (aras keyakinan 95%, aras signifikan 0.05) anda boleh katakan perbezaan tersebut adalah disebabkan oleh kajian anda.
No comments:
Post a Comment