Statistical Power bergantung kepada (i) alfa (ii) power (1- β) (iii) saiz kesan (iv) saiz sampel. Kita masih belum membincangkan power (1- β) lagi. Bagaimana nak kira nilai beta? Saya sendiri cuba untuk membaca bab Power Analysis (Alan, S.K dan Nadeen L.K, 2004) dan mendapati penjelasan β terlalu statistik untuk dibincangkan disini. Mungkin inilah agaknya tiada perbincangan mendalam berkaitan hal ini dalam buku research methodology sains sosial. Saiz kesan pula adalah ukuran kekuatan hubungan antara variable. Katakan purata berat pemain bola sepak di Malaysia adalah 70 kg manakala 78 kg bagi pemain di England. Maka perbezaan 8 kg ini ukuran saiz kesan berat pemain Malaysia berbanding pemain England. Ada 3 cara mengira saiz kesan iaitu (i) koefisen relation (spt Pearson) (ii) perbezaan min piawai (seperti Cohen’s d) (iii) nisbah ganjil (bagi data dikotomi). Jadi mana satu untuk dipilih?
No comments:
Post a Comment